BAB 31: CEMBURU KE?

356 10 0
                                    

Hentakan stiletto merah cili bergema dalam lobi Syarikat Saladin. Ava Ratna sedang membuat kemunculan bergaya dengan dress pendek juga berwarna merah. Kelibatnya membawa perhatian daripada warga Saladin.

Siapa yang tidak mengenali Ava Ratna, bakal suri Noah Dzulkarnain tetapi tidak ramai yang tahu yang Ava Ratna merupakan bekas kekasih Noah Iskandar. Hanya mereka yang rapat saja mengetahui hakikat ini. Gisela juga tidak mengetahui yang Ava pernah menjadi kekasih Is.

"Suka buat grand enterance datang sini. Ingat dia seorang yang lawa gamaknya. Eleh takat jadi tunang Encik Nine, tak heranlah. Boyfriend aku lagi hensem daripada Encik Nine." cemuh Jemy.

Gisela, Amy dan Fifiy yang juga berada di meja penyambut tetamu hanya memerhati kelibat Ava Ratna sekali lalu. Gisela tampar lengan Jemy kerana suara Jemy yang agak lantang.

"Jemy, kuat sangat suara kau. Dengar dek Cik Ava... mampus kita." bisik Gisela.

"Ahhhh! Ada aku kisah. Dah dia yang tarik perhatian kita kat sini. Saja la tu. Ingat dia sorang yang cantik." Jemy tidak pedulikan Gisela yang sudah gelisah.

Ava Ratna tidak jadi menuju ke lif tapi langkahnya dipusing ke tempat Jemy dan Gisela berdiri. Sampai di hadapan mereka, Ava hanya tersenyum sinis.

"So... how are you, losers? Terpegunkan tengok aku? Kau siapa nak lawan aku? Nobody! Setakat PA heh tiada siapa yang pandang." Ava ketawa mengejek.

"Cik Ava dah kenapa nak sindir-sindir kami?" Jemy mula naik angin.

"Yang kau terasa kenapa pula? Kau PA ke? Oh! tidak... kau hanya penyambut tetamu dan kerani cabuk saja. Kau tak layak cakap dengan aku pun."

"Kau!!!"

"Jemy, sudahlah. Kita kat pejabat ni. Jaga etika sikit. Jatuh reputasi syarikat ni kalau kita buat perangai macam ni." Gisela cuba meredakan kemarahan Jemy.

Jemy mendengus marah. Sejak dari mula lagi dia tidak suka kepada Ava Ratna. Setakat menjadi kekasih Nine, dia tidak kisah tapi dia meluat perangai Ava yang seperti diva itu. Macamlah syarikat ini dia yang punya.

"Maafkan kami Cik Ava. Kami yang salah. Cik Ava silalah naik cepat. Rasanya Encik Noah Dzulkarnain dah tunggu Cik Ava sekarang."

"Well... of course Nine sedang tunggu aku, bukannya tunggu kau kan." Ava ketawa kuat, seronok tengok wajah Gisela berubah.

"Kau kena ingat Gisela. Nine hak milik aku. Kau jangan cuba-cuba nak rampas Nine. Buruk akibatnya nanti." Nada Ava sudah berubah menjadi tegas.

Gisela diam. Malas nak bertekak pasal itu pagi-pagi begini... boleh menjadi murung pula jika difikirkan. Entah berapa ribu kali dia tegaskan yang dia langsung tidak sukakan Nine kepada Ava tetapi Ava tidak pernah percaya.

Jemy masih mahu membuka mulut untuk melawan tapi kemunculan Noah Iskandar merencatkan mulutnya dari bercakap. Senyuman Jemy bertukar manis selepas Noah Iskandar menghampiri mejanya.

Amy dan Fifiy juga tersipu-sipu malu melihat Noah Iskandar sedekahkan senyuman manis kepada mereka pagi ini. Gisela sudah ternganga melihat rakan-rakannya dah macam terlebih minum gula selepas melihat tampang Noah Iskandar.

"Hey girls... beautiful day isn't it? And same goes to you, my dear." Noah Iskandar menghulurkan sekuntum bunga kepada Gisela.

Gisela tergamam. Mimpi apa pula Noah Iskandar berlagak romantik hari ini. Bunga di tangan Noah Iskandar dipandang lama. Entah dari mana dia petik bunga itu pun dia tak tahu.

Tidak mahu memalukan Noah Iskandar, Gisela mengambil juga bunga  telang dari tangan Noah Iskandar dan tertawa kecil. Sah! Noah Iskandar petik bunga itu di tepi jalan.

Jemy, Amy dan Fifiy sudah jatuh rahang melihat drama di depan mata manakala Ava sudah mencebik meluat. Dalam hati masing-masing tertanya-
tanya... sejak bila Noah Iskandar dan Gisela ada hubungan?

"Jumpa aku tengah hari nanti. Kita lunch sama-sama sambil bincang pasal hari pertunangan kita." Noah Iskandar berbisik kepada Gisela. Gisela hanya senyum dan mengangguk.

Bunyi jeritan kedengaran daripada Amy, Jemy dan Fifiy selepas Noah Iskandar beredar dari situ. Jemy mengibas wajahnya dengan tangan tanda dia kepanasan dengan drama yang diibaratkan sebagai berita yang paling mengejutkan di Syarikat Saladin ini.

Ava Ratna menggetap bibir kuat. Sejak bila Noah Iskandar mempunyai hubungan cinta dengan Gisela? Dia mula rasa cemburu. Noah Iskandar merupakan cinta pertamanya, sedikit sebanyak dia rasa sakit hati melihat senyuman Noah Iskandar.

Senyuman Noah Iskandar nampak bahagia. Adakah Noah Iskandar sudah menemui bahagianya di sini? Apa yang Ava tidak tahu yang dia bakal menerima kejutan apabila berita pertunangan Noah Iskandar dan Gisela bakal diumumkan sebentar lagi.

"Hmmm... you still a loser. Is hanyalah budak pejabat di sini tapi Nine bakal CEO. Kau tahu kan kami akan bernikah tak lama lagi. Kau boleh berangan saja dengan Is sebab aku tahu Is masih sayangkan aku." Ava berlalu selepas yakin dapat menyakitkan hati Gisela.

"Apa kejadahnya budak bongkak ni?! Lantak kat oranglah nak suka ke apa. Yang dia tu sibuk kenapa?" Angin Jemy masih belum reda. Tangan diangkat tinggi seolah-olah ingin memukul Ava.

"Biarkanlah dia Jemy. Bukan ada faedah pun." Gisela bersuara walaupun dia agak terkejut dengan pernyataan Ava.

"G, Cik Ava pernah bercinta dengan Noah Iskandar ke?" Fifiy pandang Gisela yang kelihatan termenung.

Amy dan Jemy juga memandang Gisela, menuntut satu penjelasan.

"Haah G, Encik Is pernah bercinta dengan Cik Ava?" Soalan sama daripada Jemy.

Gisela angkat bahu. Dia pun tidak tahu sejarah hidup Noah Iskandar. Mereka sendiri tidak bercinta lagi, baru saja kenal tapi Noah Iskandar sudah melamarnya.

Adakah lamaran Noah Iskandar sekadar untuk menjauhi dirinya daripada Ava? Tiba-tiba Gisela memikirkan kemungkinan tersebut. Apa pula akan terjadi dalam perhubungan mereka jika Ava masih mengaku yang Noah Iskandar masih sayangkan dia? Ahhh! Pening.

"G! Betul ke?" Amy juga tidak sabar untuk mengetahui cerita yang sebenar.

"Aku tak tahu. Aku dan Is... hubungan kami masih baru, aku tak sempat pun nak berkenalan dengan lebih lanjut. Tapi..."

Amy, Jemy dan Fifiy mendekatkan diri mereka kepada Gisela. Mesti ada lagi ayat selebihnya selepas ayat tapi itu tadi.

"Tapi?"

"Kami akan berkahwin tak lama lagi."

Mata Amy, Jemy dan Fifiy hampir terkeluar dari soket... terlalu terkejut dengan pernyataan yang keluar dari mulut Gisela.

Mereka baru tahu Gisela sedang bercinta tapi berkahwin? Dalam masa terdekat ini? Mereka belum pun sempat mengorat Noah Iskandar tapi Gisela dan Noah Iskandar sudah nak kahwin?

Tak lama... kedengaran jeritan melangsi di lobi Syarikat Saladin sehingga mengejutkan siapa saja yang berada di situ.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now