BAB 47:WAJAH SEBENAR IKMAL

320 13 0
                                    

Ikmal tersengih melihat wajah-wajah kehairanan melihatnya muncul dalam pejabat. Kaki melangkah perlahan menghampiri meja Dato' Salahuddin tanpa mempedulikan abang iparnya. Dengan wajah tidak bersalah, Ikmal terus duduk di kerusi Dato' Salahuddin membuatkan Noah Dzulkarnain melompat dari tempat duduknya.

"Apa yang uncle buat?" suara Nine hanya keluar dari celah gigi.

Ikmal hanya tersenyum sumbing tetapi masih duduk di kerusi itu sambil memusing kerusi beberapa pusingan.

"Kenapa?" Mata menikam wajah Nine.

"Itu tempat Nine eh papa..." Nine garu kepala kerana tersilap cakap sambil tersengih.

Ikmal ketawa... mula-mula perlahan tetapi lama kelamaan ketawanya menjadi bertambah kuat. Entah apa yang lucu pun dia tak tahu tapi dia hanya mahu mengejek anak beranak yang berada dalam bilik itu sekarang. Mereka mungkin tidak dapat menghidu apa yang akan dia buat sekejap lagi.

"Mal pergi mana selepas kenduri? Kakak Mal risau sangat..." Dato' Salahuddin cuba meredakan ketegangan dalam bilik itu.

Ikmal menghentikan kerusi dari berpusing, mata memandang wajah abang iparnya. Senyuman yang tersirna tadi perlahan-lahan menguncup. Wajah ceria tadi tiba-tiba berubah dengan soalan Dato' Salahuddin.

"Kak Lisa risau? Mestilah kakak risau sebab Mal satu-satunya adik dia tapi Abang Din risau tak?" Ikmal kembali tersenyum.

"Abang pun..."

"Atau abang lebih risaukan Nine dan Is... maklumlah merekakan anak-anak abang. Apa yang terjadi kepada Nine dan Is selama ini... abang risau tak?"

"Apa maksud Mal?" wajah Dato' Salahuddin berubah.

"Apa yang uncle cakap ni?!" Nine menjerkah Ikmal.

Noah Iskandar dan Gisela saling berpandangan, mereka berdua sudah dapat agak apa yang Ikmal lakukan selama ini. Sementara itu, Ava Ratna jelas-jelas tercengang dengan adegan di depan mata dan dia masih membeku di tempat duduknya, takut hendak masuk campur. Wajah Ikmal amat berlainan ketika ini, bengis semacam.

Ikmal hentak tangannya ke meja selepas Nine menjerkahnya.

"Kau jerkah aku Nine?! Setelah apa yang aku buat untuk kau... kau naikkan suara kepada aku?" Ikmal meluru kepada Nine dan terus mencekak leher baju Nine sehingga Nine tercekik.

"Nine!!" Dato' Salahuddin, Noah Iskandar dan Ava Ratna segera menghampiri Nine tapi langkah mereka terhenti apabila Ikmal mengeluarkan pistol dari celah pinggangnya.

Mereka semua tergamam dengan tindakan luar biasa Ikmal terutamanya Dato' Salahuddin, Noah Dzulkarnain dan Ava Ratna. Noah Iskandar dan Gisela hanya mampu telan liur. Nampaknya Ikmal sudah membuka pekungnya. Noah Iskandar dapat rasakan Ikmal sudah dapat menghidu rancangan Dato' Salahuddin mengumpulkan mereka semua hari ini.

Nine terkaku dalam pegangan Ikmal, tidak berani bergerak. Kalau dia melawan rasanya pistol itu akan meletup menghancurkan kepalanya. Ikmal menolak Nine ke arah Dato' Salahuddin membuatkan dia hampir terjatuh tapi sempat di tahan oleh papanya. Dua beranak itu berpeluk seketika sebelum Nine menghampiri Ava Ratna.

Ketika itu Ikmal mengambil telefon bimbit dan menghubungi seseorang. Tak lama kedengaran pintu dibuka dan muncul dua lelaki bertubuh kekar serta berwajah bengis. Kedua-dua makhluk itu berdiri menghadang pintu bilik Dato' Salahuddin seperti pengawal keselamatan lagaknya.

"Apa yang Mal buat ni?" Dato' Salahuddin cuba bertenang.

"Apa yang sepatutnya Mal lakukan setelah sekian lama Mal rancang."

Hari sebelumnya.

Ikmal sedang bersenang lenang di tempat persembunyiannya. Setelah gagal membunuh Noah Iskandar, Ikmal lari menyembunyikan diri di sebuah resort milik sahabatnya. Dia tahu polis akan mencarinya kerana dia merupakan suspek utama kerana salah seorang pelaku sudah ditangkap. Walaupun sehingga hari ini polis masih belum memberkasnya tapi dia masih takut untuk keluar.

Namun kedatangan Fahmi, salah seorang rakan subahatnya mengubah pendiriannya dari terus bersembunyi. Hanya Fahmi yang tahu keberadaan Ikmal. Fahmi yang bertugas di bahagian HR merupakan mata dan telinga Ikmal. Segala pergerakan dalam syarikat itu akan dimaklumkan kepada Ikmal.

Fahmi mengetuk bilik Ikmal dengan kuat sambil mata meliar memerhati sekeliling... risau jika ada polis mengintip. Setelah pintu dibuka, Fahmi cepat-cepat masuk dan menutup pintu dengan cepat.
Ikmal hanya memandang gelagat Fahmi sebelah mata. Malas hendak melayan kedatangan Fahmi yang sering mengunjunginya sejak dia berkurung di situ.

"Mal... Mal... aku rasa kau kena balik pejabat esok." Tanpa salam... tanpa mukadimah terus Fahmi terjah Ikmal.

"Hoi! Kau dah kenapa? Masuk-masuk saja terus suruh aku balik? Apa hal?" Ikmal masih lagi tenang.

"Kau jangan berlagak tenang sangat, Mal. Aku dapat berita Dato' nak bersara. Esok dia nak umum siapa yang akan ganti dia."

"Eh! Bukankah Nine yang akan jadi CEO?" Ikmal sudah duduk tegak, agak risau melihat wajah Fahmi yang langsung tidak meyakinkan dia.

Fahmi hanya menggeleng. Bukan itu yang dia dengar daripada rakan-rakannya. Memang selama ini mereka menjangka Noah Dzulkarnain akan menggantikan Dato' Salahuddin tapi dengan kepulangan Noah Iskandar, rasanya Dato' Salahuddin sudah menukar fikiran.

"Dato' sudah tidak percayakan Encik Nine. Aku dengar dari Kak Az, Dato' sudah tukar wasiat. Bahagian kewangan dah buat siasatan tentang perbelanjaan Nine. Rasanya Dato' nak dedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Encik Nine."

"Kalau Nine disiasat maka..."

"Betul! Kau akan terseret sama sebab selama ini kau yang guna duit itu."

"Tak mungkin..."

"Ikmal... sedarlah. Aku rasa Dato' dah tahu kegiatan kau. Aku rasa dia tak akan dakwa Encik Nine cuma dia tak akan bagi jawatan CEO kat Encik Nine."

"Takkan dia nak bagi jawatan kat Is yang tak pernah pegang jawatan penting dalam syarikat. Kerja dia hanya despatch saja. Dia tak tahu selok belok dalam syarikat."

"Apa yang kau cakap Mal?  Encik Is tak tahu selok belok syarikat? Kau tahu tak yang Encik Is yang jalankan siasatan. Habis dikorek segala dokumen dalam semua bahagian."

"Is? Tak mungkin. Dia hanya pengangkut barang... mana mungkin..."

"Kau silap Mal, Encik Is adalah seorang peguam di UK. Dia bekerja dengan firma peguam yang terkenal kat sana."

"Kenapa kau tak beritau aku?! Aku ingat..."

"Aku pun baru tahu... itu pun Kak Az terlepas cakap, kalau tak sampai sudah kita tak tahu."

Ikmal ketawa dengan kuat... ketawakan diri sebenarnya. Mengapa dia boleh lalai selama ini. Dia amat percayakan abang iparnya yang mengatakan Noah Iskandar hanya bekerja sebagai pengangkut beg di lapangan terbang.

Tak lama ketawanya berhenti dan dia segera beralih memandang Fahmi. Senyuman senget diberikan kepada Fahmi yang tercengang.

"Tak apa. Abang Din dah mulakan perang. Aku tak boleh kalah kali ini. Aku dah rancang berpuluh tahun benda ni. Kali ini aku tak akan mengalah. Segalanya dah aku persiapkan dan masanya sudah tiba."

"Hahaha... Dato' Salahuddin... Dato' Salahuddin... nampaknya kau dah dapat menghidu apa yang aku rancangkan selama ini. Aku tak akan berpatah balik walaupun aku terpaksa bunuh kau dan ahli keluarga kau."

"Fahmi... kau keluarkan segala dokumen yang aku sediakan selama ini. Esok bawa ke pejabat. Kita jumpa di sana. Sekarang balik! Aku nak panggil tentera aku. Baru Dato' Salahuddin tahu siapa aku yang sebenarnya. Hahahaha."

Wajah Fahmi berubah pucat melihat Ikmal dah jadi macam orang gila. Segera dia meninggalkan Ikmal dan balik melakukan tugas yang diarahkan kepadanya. Seriau pula dia melengah-lengahkan pekerjaannya melihat kelaku Ikmal.

Entah apa yang bakal berlaku esok, Fahmi harapkan agar semuanya berjalan dengan lancar tapi melihat wajah Ikmal umpama harimau yang bangun tidur tiba-tiba dia rasa sesak nafas.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now