Noah Iskandar kembali ke kedai makan Gegar Tomyam setelah selesai menyalin baju yang disimbah air secara tidak sengaja tadi. Ketika masuk ke dalam kedai, matanya meliar mencari kelibat Gisela. Meja yang diduduki oleh Gisela dan rakan-rakannya telah kosong.
Mereka kembali bekerja gamaknya atau Gisela takut untuk berhadapan dengannya. Noah Iskandar menilik jam tangan Tissotnya. Patutlah..sudah pukul dua rupanya. Sebagai pekerja mereka mesti berada di pejabat tepat pukul 2 petang.
Noah Iskandar tersenyum sinis. Gisela hendak lari ke mana sementelah mereka bekerja di bawah satu bumbung. Kau tunggu aku wahai cik eh dia lupa nama perempuan itu. Dia pernah dengar papa panggil Meen sementara sepupunya panggil G semasa di airport hari itu.
Entahlah kenapa dia boleh tak ingat nama perempuan cemerkap itu dan kenapa dia hilang ingatan dengan nama itu, dia pun tidak tahu. Mungkin sebab perempuan itu tidak cantik...tidak juga. Gisela mempunyai package lengkap sebagai seorang wanita. Ahh! Persetankan perempuan itu. Noah Iskandar tidak mahu bertemu lagi kerana takut dia mandi air manis buat kali ketiga.
Noah Iskandar tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja kerana kerjanya sudah selesai sebelum rehat tadi. Dia mempunyai banyak masa lapang, sebab itu dia boleh lepak dengan Edry lagi. Nampak saja Noah Iskandar, Edry tidak sabar-sabar melambai ke arah Noah Iskandar.
"Is..cepatlah..nasi dah sejuk ni." Suara lantang Edry memecah di dalam kedai itu.
Noah Iskandar sekadar mengangkat tangan tanda menyuruh Edry bersabar.
"Kau ni tak sabarlah. Kenapa kau tak makan dulu?"
"Tunggu kaulah. Eh! Cepat pula kau salin baju. Ada baju spare ke?" Edry menilik baju yang dipakai Noah Iskandar. Kenapa Noah Iskandar pakai baju golf jenama Tommy Hilfiger padahal Noah Iskandar tidak bermain golf.
"Hei! Kau rembat baju papa kau ye." Lantas dia ketawa kuat.
"Isyy..apa kau ni. Aku pinjamlah. Aku malas nak balik..lagipun kalau aku balik salin baju jenuh pula kau nak tunggu aku."
Tawa Edry masih tersisa melihat Noah Iskandar dah macam golfer pro..t-shirt yang dipakainya pula agak ketat sehingga menampakkan ketul-ketul lengannya. Namun apa yang dipakai oleh Noah Iskandar, dia tetap kelihatan tampan.
Mereka menjamu selera tanpa memperdulikan mata yang asyik memandang. Siapa yang tidak pandang jika dua jejaka hot sedang menjamu selera di situ..tempat makan rakyat marhean.
"Kau okey tak ni?" Tanya Edry setelah lama mendiamkan diri.
"Kenapa kau tanya?"
"Taklah..tadi aku tengok muka kau macam nak makan orang dah lepas kena simbah air. Kau marah dia ke?"
"Eh! Dia orang pergi mana? Dah balik pejabat ke?"
Noah Iskandar langsung tidak menjawab pertanyaan Edry tetapi dia pula yang tanya Edry balik. Malas sebenarnya hendak memanjangkan cerita. Tak menarik pun baginya.
Bukan dia jatuh hati pun..geram lagi adalah.Edry tidak berpuashati selagi Noah Iskandar tidak menjawab soalannya.
"Is! Kau marah tak ni?"
"Kau dah kenapa nak paksa aku ni? Taulah lawyer..ni bukan mahkamah."
"Aku bukannya apa, aku cuma nak tahu je..salah ke?"
"Salah tu tidak cuma tak betul." Noah Iskandar tersengih apabila teringat ayatnya dah macam ayat adik Eton dalam Bujang Lapok.
"Ahhh! Malaslah nak layan kau."
"Kalau malas jangan layan."
Edry menghirup barli aisnya. Panas pula dia dengan Noah Iskandar hari ini. Sudahlah cuaca pun panas terik, bertambah panas bara dihatinya.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomansaTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...