BAB 32: BUNTU

337 12 0
                                    

Pintu dikuak kasar sehingga mengejutkan Noah Dzulkarnain dan Ikmal. Wajah Ava Ratna merah tanda marah.

Ikmal hanya tersenyum melihat Ava yang muncungnya dah macam Diva AA. Nasib baik cantik, kalau tidak dah lama dia cium bibir merah merekah itu.

"Uncle, keluar dulu. Nanti kita bincang lagi." Ikmal malas untuk berlama-lama di situ. Dia tahu sebentar lagi perang akan meletus.

Nine mengangguk, tidak peduli akan bapa saudaranya. Matanya asyik memandang tampang Ava yang semakin jelita.

Air liur diteguk untuk menghilangkan rasa kesat di kerongkong. Tak kira berapa kali dia bertemu dengan Ava, dia tidak pernah berasa jemu menatap wajah cantik Ava.

Dia berasa amat beruntung dapat memiliki Ava. Tidak sia-sia dia merampas daripada Noah Iskandar dulu.

Ava masih mencuka ketika dia menghampiri Nine. Hatinya masih pedih melihat keakraban Noah Iskandar dan Gisela. Mereka bercinta ke?

"Hei! Kenapa pagi-pagi monyok je ni? Siapa buat you marah ni?" Nine akui dia terpaksa melayan rajuk Ava dulu sebelum kemarahan Ava meletus dengan lebih teruk.

Ava pandang Noah Dzulkarnain... apa bezanya Nine dengan Noah Iskandar? Rasanya mereka berdua sama kacak tapi kelebihan rupa tetap kepada Noah Iskandar.

Namun Nine lebih pandai melayan dan memujuk rayu jika dibandingkan dengan Noah Iskandar. Noah Iskandar amat pentingkan kerjayanya sehingga dia jarang meluangkan masa dengan Ava.

Sebab itu Ava berpaling arah, dia lebih sukakan perhatian yang diberikan oleh Nine. Nine lebih pandai membeli jiwanya tapi Ava tidak tahu punca sebenar Nine mendekatinya.

Dia cuma tahu yang dia lebih cintakan Nine daripada Noah Iskandar yang beku itu. Tapi kenapa Gisela sukakan Noah Iskandar?

"Nine, you tahu tak yang Is bercinta dengan PA papa you?"

Tak guna meneka dalam kesamaran, lebih baik dia tanya terus dengan Nine... lebih cepat dia mendapat jawapan.

"Hmmm... " Nine merengus perlahan. Nak cerita ke tidak. Kalau tak cerita, lambat laun Ava akan tahu juga.

"Bukan takat bercinta, mereka nak kahwin dah pun." Nine mengambil tempat di sebelah Ava.

"Whattt?!!!!" Suara Ava yang kuat dapat didengari hingga keluar bilik Nine. "Kah... kah... win?" Ava terpempan mendengar berita yang disampaikan oleh Nine.

"Imposible..." Ava masih lagi terpaku.

"Apa yang mustahilnya? Is sendiri bagitau I dan papa. Memang mereka akan berkahwin tak lama lagi."

"The funny thing is... papa nak buat majlis sama dengan kita."

Ava kalut berpaling memandang Nine. Nine sekadar mengangguk tanda mengiakan kata-katanya itu.

"Tidak! I tak mau bersanding sekali dengan mereka. Rosak I punya wedding of the year jika kita bersanding sekali. I tak nak! I benci dia." Kebencian yang ditujukan kepada Gisela semestinya.

"Tak boleh... itu salah satu syarat papa."

"Salah satu? Jadi ada syarat lagi?" Ava sudah pegang kepala. Tiba-tiba dia rasa pening.

Nine mengangguk laju. "And... please...  I don't want you to freak out but..."

Ava sudah cuak. Apa yang telinganya bakal dengar pula ni? Dia mula rasa risau. Mendengar yang dia akan bersanding dengan Is dan Gisela pun dia dah panas hati, apa pula berita yang Nine akan perdengarkan padanya lagi?

"Papa nak siapa yang lahirkan cucu dulu, dia yang akan jadi CEO." Perlahan saja suara Nine, mata tak lepas pandang Ava yang semakin gelisah.

"Tidak! Papa you tak boleh buat macam ni. You tahukan I tak mau anak lagi. I nak kembangkan bisnes I sampai luar negara. Kalau I ada anak, macam mana I nak kerja? Anak akan ganggu I."

"Tapi Ava, I perlukan anak untuk jawatan itu. Tak kan you nak Is jadi CEO? I macam mana? You pula? Tak kan nak duduk di bawah Gisela?"

"No... no... no... I tak sedia. Jangan paksa I. You suruh papa you buat syarat lain. I tak boleh beranak sekarang."

"Please Ava, sekali ni ja. Lepas tu kalau you tak mau beranak lagi, I tak kisah. Cukuplah kalau ada seorang anak. Demi jawatan CEO... Pleaseeeee."

Ava mendengus geram. Dia tidak sangka Dato' Salahuddin akan buat syarat yang berat sebegitu.

"Yang papa you tiba-tiba nak buat syarat bagai tu, dah kenapa? You anak sulung, sepatutnya you la yang jadi CEO. Ini tak... ingat pertandingan ke? Siapa yang lebih subur, gitu?" Ava melampiaskan kemarahannya kepada Nine.

Nine hanya tersengih mendengar ayat terakhir Ava. Adakah Ava takut dia tidak boleh mengandung? Ava ada sembunyikan sesuatu daripadanya ke?

"Tak kan you tergugat dengan Gisela kut?" Ava pukul lengan Nine. Dia paling tak suka dibandingkan dengan budak kampung itu.

"Tolonglah. I dan budak kampung tu... jauh beza tau. Siapa dia nak lawan dengan I yang vogue ni?"

"Haaa... tau pun. Jadi tak jadi masalah kan?" Sengihan Nine bertambah panjang.

Ava mendengus kasar. Nine tak faham ke apa yang dia cakap? Dia tak mahu mempunyai anak lagi, bukan sekarang. Dia sebenarnya tidak sukakan kanak-
kanak. Rimas.

"Nine... pleaseee..."

"Kalau you tak kisah I tak jadi CEO, I tak akan paksa you. I boleh ja jadi pekerja biasa..." Nine cuba reverse psychology untuk meyakinkan Ava.

"Tak ada cara lain ke?" Ava hampir mengalah apabila Nine mengugutnya cara halus.

Nine menggeleng. Dia yakin Ava akan menurut kehendaknya. Ava tidak akan mahu kalah dengan Gisela.

Suasana menjadi sunyi. Ava sudah tidak mampu untuk bertelagah lagi. Nak tinggalkan Nine, dia sudah terlanjur beberapa kali dah dengan Nine.

Ava sudah lama mengambil pil perancang ketika bersama Nine jadi dia tidak rasa untuk berhenti selepas dia berkahwin nanti.

Perlukah dia berkorban untuk Nine? Kusut memikirkan masalah yang timbul dalam masa sehari.

"Uncle tahu cara untuk ada anak tanpa perlu mengandung. Nak uncle tolong?"

Ikmal tersenyum sambil bersandar di muka pintu. Dia mendengar segala-galanya. Tidak mungkin dia membenarkan Nine mengalah kepada Noah Iskandar. Dia perlukan Nine untuk merealisasikan rancangannya.

Nine terpelangah sementara Ava menarik senyuman manis.


NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now