BAB 19: MASALAH JIWA GISELA

302 12 1
                                    

Gisela duduk termenung di tepi tasik buatan berdekatan taman perumahannya. Taman rekreasi itu dipenuhi oleh pengunjung... ada keluarga membawa anak-anak bermain, ada golongan warga emas berjalan perlahan di sekeliling tasik dan terdapat golongan remaja melepak sambil bergurau senda.

Namun Gisela langsung tidak peduli semua pergerakan yang berlaku di sekelilingnya. Fikirannya melayang, memikirkan misi untuk menyelamatkan Noah Iskandar. Malangnya sebelum dia memulakan aksi, Noah Iskandar terlebih dahulu membuatkan jantungnya hampir luruh.

Segala tindak tanduk Noah Iskandar ketika di pejabat tempoh hari membuatkan Gisela kelu dan terkaku. Perbuatan Noah Iskandar secara tiba-tiba itu membuat Gisela ingin menilai kembali saranan sepupunya itu.

"Kau sedang kira berapa ekor ikan dalam tasik tu ke?" satu suara menyapa telinga Gisela.

"Hah?!" Gisela berpaling dan melangut melihat insan yang menegurnya.

Pandangannya bertaut dengan pandangan Noah Iskandar yang berdiri sambil mencekak pinggang di sebelahnya. Noah Iskandar santai dengan baju dan seluar riadahnya. Peluh meleleh dari wajahnya menandakan dia baru selesai berjoging.

"Apa kau buat di sini?" Noah Iskandar pandang Gisela atas bawah.

Melalui pakaian Gisela, Noah Iskandar tahu Gisela hanya mengambil angin di situ... tiada keinginan untuk beriadah pun. Dari jauh dia nampak Gisela sedang termenung... tak tahu apa yang Gisela fikirkan. Masalah negara gamaknya.

"Saya saja ambil angin. Penat... nak tenang fikiran jap."  Tanpa memandang Noah Iskandar, Gisela menjelaskan tujuannya ke situ.

"Ohhhh.... ingatkan tunggu pakwe tadi..." Noah Iskandar ketawa kecil, lucu dengan kata-katanya sendiri tapi dalam hati berdebar hebat jika kata-katanya itu benar belaka.

Gisela ketawa tapi hambar. Lucu pula mendengar pernyataan dari mulut Noah Iskandar.

"Pak we... heh... kalaulah ada." Perlahan saja suara Gisela.

Noah Iskandar pandang Gisela... lama. Apa maksud Gisela?  Dia tidak tahu pula  Gisela masih single. Noah Iskandar tarik senyum. Nampaknya dia boleh meneruskan misinya untuk menggoda Gisela tanpa rasa bersalah.

Noah Iskandar mengaku yang hatinya mula menyukai Gisela dalam diam. Dia mula jatuh suka ketika Gisela menyelamatkannya malam itu. Dia menyangkakan Gisela seorang gadis yang sombong ketika mereka berjumpa buat pertama kali di syarikat.

"So... dah tenang?" Pelik melihat Gisela masih lagi berdiam diri.

Rumput yang berada di depan Gisela sudah habis dicabut oleh gadis itu. Noah Iskandar tarik sengih melihat gelagat Gisela. Entah apa yang merunsingkan fikiran Gisela, dia pun tak tahu. Dia tidak pandai meramal seperti Nujum Pak Belalang.

Gisela pandang lama wajah Noah Iskandar. Mulut terkumat kamit untuk menyatakan sesuatu tapi kosa kata langsung tidak terkeluar dari bibirnya yang mungil itu.

Gisela masih berkira-kira untuk bertanyakan Noah Iskandar mengenai kejadian di pejabat tempoh hari. Adakah Noah Iskandar bersungguh-sungguh atau sekadar berlakon?

Kalau benar Noah Iskandar berlakon mesra, adakah dia juga perlu berlakon untuk menjayakan lakonan tersebut. Perlukah dia menjayakan misi untuk memerangkap Noah Dzulkarnain dan Ikmal?

Kacau! Fikiran Gisela serabut memikirkan perkara ini sebab hati dia tak kuat untuk berpura-pura bercinta dengan Noah Iskandar kerana...

"Jom..." Noah Iskandar tarik tangan Gisela.

Malas untuk menunggu jawapan Gisela, Noah Iskandar mengajak Gisela pergi dari situ. Dia tahu Gisela ada masalah yang berat sehingga begitu sukar untuk Gisela meluahkan kepadanya.

"Hah!!" sekali lagi Gisela terngadah. Pelik pula tiba-tiba Noah Iskandar mengajaknya.

Noah Iskandar hampir tergelak melihat wajah blur Gisela. Comel.

"Jom makan, aku rasa lapar pula duduk saja-saja di sini. Tak kan kau dah kenyang makan angin kat sini?" Noah Iskandar ketawa perlahan, tak sangka dia dapat buat lawak hambar.

"Hah?!" Gisela masih lagi clueless, tak sedar yang Noah Iskandar buat lawak. Muka masih lagi cuak melihat Noah Iskandar ketawa seorang.

"Dah! Tak payah buat muka tapai basi kat situ. Aku ajak makan ja, bukan ajak kahwin pun."

OMG... wajah Gisela bertambah merah mendengar Noah Iskandar asyik merapu dari tadi. Itulah Gisela, kalau engkau cakap tadi tak adalah Noah Iskandar nak merapu bagai. Awak tu dah jadi robot... tak tahu nak cakap apa eh robot pun dah ada perasaan sekarang tau. Bisik hati Gisela.

Gisela bangun dan menepuk punggungnya yang dilekati rumput kering dengan wajah cemberut. Saja nak tutup gelisah wajahnya dengan lawak tak antarabangsa Noah Iskandar itu.

"Saya dengarlah. Ingat saya kenyang ke makan angin kat sini. Kalau angin tu macam nasi okeylah juga, boleh kenyang sampai malam dan free lagi."

"Maaf, saya termengelamun tadi... banyak sangat masalah saya kena hadapi. Masalahnya bukan masalah saya pun tapi saya dah terjebak dalam masalah orang lain."

"Dulu abang Qaid dah suruh jadi polis... abang Gibran suruh jadi doktor tapi saya tak mau. Saya tak mau kerja teruk dan memerlukan tenaga fizikal dan otak untuk menyelesaikan masalah. Nak juga jadi setiausaha... saya ingat jadi PA ni tak adalah masalah teruk sangat. Paling lekeh pun kena mengorat dengan anak CEO tapi..."

"Itulah anak CEO yang ada pun lebih buaya daripada buaya senang... macam mana nak buat suami. Makan hati adalah kalau jadi isteri dia. Lagi pun..." Gisela tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana ayat seterusnya adalah dia lebih sukakan anak bongsu CEO itu. Hehehe.

Setelah mendapat kembali kesedarannya barulah Gisela dapat menjawab kata-kata Noah Iskandar. Noah Iskandar hanya tersenyum senang mendengar celoteh Gisela. Dia sudah dapat agak masalah yang membelenggu hidup Gisela.

Masalah berkenaan Noah Dzulkarnain. Dia tahu Nine cuba untuk menggoda Gisela walaupun dia sudah bertunang dengan Ava Ratna. Ava Ratna pula cukup insecure dengan Gisela walaupun sudah terang lagi bersuluh Gisela tidak sukakan Nine.

Apa yang Noah Iskandar tidak tahu yang Gisela sudah sukakannya dan Gisela pula tidak tahu yang Noah Iskandar sudah mula jatuh hati kepadanya.

Jadi apa pula akan terjadi jika kedua insan itu masih berdiam diri? Apa yang pasti keduanya disuruh berlakon menjadi kekasih oleh orang yang sama tanpa diketahui oleh Noah Iskandar atau pun Gisela.

Let's follow the flow.

Perkara itulah yang bermain dalam kepala Noah Iskandar dan Gisela sekarang.

Apa-apa pun makan dulu sebab...

Gendang gendut tali kecapi..
Kenyang perut boleh fikir lagi.

***********************************************************

Maaf kerana lama tak update story ini. Cik Inzzz tertengok kat fb ramai penulis guna nama Noah sebagai watak utama jadi Cik Inzzz jadi blur sekejap. Takut pula dikatakan meniru tapi nak buat macam mana... nama tu kan universal.

Story Cik Inzzz adalah dari kepala otak Cik Inzzz sendiri jadi jika tersama anggaplah semuanya adalah kebetulan kepala otak kami sama.

Peace!!!

Terima kasih kerana sudi baca story ini.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now