Bab 18:

328 14 1
                                    

Noah Dzulkarnain memandang tajam kearah pasangan yang sedang asyik bersembang dari tadi. Melalui cermin dinding yang sudah dibuka tirai, dia dapat melihat dengan jelas kelibat Noah Iskandar dan Gisela. Apa yang mereka bualkan sehingga Gisela begitu asyik tersenyum dari tadi.

Hatinya panas apabila selalu serius dengannya tapi dengan Noah Iskandar, Gisela boleh pula bergelak ketawa. Apa yang lucu pun dia tak tahu. Setahunya Noah Iskandar tidak pandai berjenaka tetapi kenapa Gisela nampak begitu teruja sekali.

Tak boleh jadi ni. Apa saja yang kau miliki akan aku rampas walaupun aku sudah bertunang dengan Ava Ratna. Lelaki boleh berkahwin empatkan. Noah Dzulkarnain tersenyum senget mengingatkan kemungkinan tersebut. Mahu kena kerat dengan Ava jika dia berkahwin dengan Gisela.

Sudahlah Ava pantang berjumpa dengan Gisela, pasti akan timbul drama di pejabat ini. Entah mengapa Ava amat bencikan Gisela dia pun tidak tahu. Jika hendak dibandingkan siapa yang lebih cantik, rasanya Ava lebih cantik dan seksi daripada Gisela.

Noah menekan interkom..

"Gisela, suruh Iskandar masuk."

Mendengar arahan Noah Dzulkarnain, Gisela segera menyampaikan kepada Noah Iskandar.

"Awak, bos suruh mengadap dia." Gisela memuncungkan mulut menunjuk kearah Noah Dzulkarnain.

Noah Iskandar berpaling melihat ke dalam bilik papanya dan dia dapat melihat renungan tajam atau lebih tepat lagi renungan membunuh Noah Dzulkarnain. Noah Iskandar sekadar senyum senget, langsung tidak takut dengan renungan tersebut.

Noah Iskandar tidak terus masuk ke dalam pejabat Noah Dzulkarnain tetapi dia menunduk dan mendekatkan kepalanya kepada Gisela, lebih tepat lagi merapati ke telinga Gisela.

"Kau senyum sikit sebelum aku masuk bilik...lebih baik lagi kalau kau senyum gatal." Bisik Noah Iskandar kepada Gisela.

Gisela ternganga. Tidak menjangka Noah Iskandar akan berkata begitu kepadanya. Noah Iskandar pula tersengih lebar melihat wajah cuak Gisela.

"What the he.." Sebelum sempat Gisela mencarut, Noah Iskandar meletakkan jari telunjuknya di bibir Gisela.

Mata Gisela membulat besar, terkejut dengan tingkah Noah Iskandar yang tidak dijangka itu. Noah Iskandar sekadar senyum dan menuturkan perkataan smile secara simulasi kepada Gisela. Gisela mengerdipkan matanya dan sejenak mata mereka bertaut.

"Syyy..just do what I said."

Entah apa yang merasuk Gisela, spontan bibirnya melengkung membentuk satu senyuman manis. Dia pun tak tahu apa yang Noah Iskandar jampi keatasnya sehingga dia terpaku dan menurut kata Noah Iskandar begitu saja. Noah Iskandar senyum suka melihat Gisela.

Tanpa disedari Gisela, Noah Iskandar sengaja untuk menyakitkan hati Noah Dzulkarnain. Dia tahu Nine sukakan Gisela dan dia cuba untuk menggoda Gisela agar Nine berasa lebih terancam. Melihat wajah cemberut Nine dia sudah tahu Nine sedang memendam rasa.

Noah Dzulkarnain yang melihat aksi intim itu semakin panas hati, lantas dia bangun dan berjalan laju menuju kearah pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka dia terus melaung kearah Noah Iskandar.

"Noah Iskandar Dato' Salahuddin, kau masuk sekarang!"

Teriakan Nine mengejutkan staf di tingkat tersebut. Masing-
masing menundukkan kepala kononnya tekun buat kerja. Noah Iskandar sekadar senyum sinis dan Gisela..kejung dengan aksi luar alam Noah Iskandar.

Setelah berpuas hati mengenakan Nine barulah kaki melangkah menuju ke bilik CEO Saladin, bersedia untuk bersoal jawab dengan abangnya. Pintu bilik diketuk terlebih dahulu, bukan dia tidak boleh terus masuk tetapi dia masih ada adab dan etika bekerja walaupun dia anak Dato' Salahuddin.

Noah Iskandar berdiri tegak di hadapan Noah Dzulkarnain. Mulut masih terkunci, menunggu patah kata daripada Noah Dzulkarnain. Hati masih membara tapi Nine tahan saja buat masa ini. Dia mencerun pandangan kepada Noah Iskandar, melihat jika terdapat kecederaan pada Noah Iskandar.

"Kau pergi mana seminggu ini? Nasib baik pejabat ni papa yang punya kalau tak dah lama kau kena buang kerja."

Noah Iskandar mendengus, dia ingat aku budak darjah dua nak ingatkan tentang etika kerja. Nampaknya Nine cuba untuk bermain drama dengannya. Sudah la upah orang pukul aku, boleh pula dia tanya ke mana aku pergi. Bisik hati Noah Iskandar.

"Maaf Nine, aku emergency leave..terpaksa ikut Edry balik kampung dia kat Pahang..dah alang-alang kat sana, aku ambil cuti sekali."

Noah Dzulkarnain memandang pelik kearah Noah Iskandar. Jawapan Noah Iskandar langsung tidak selari dengan apa yang menimpa Noah Iskandar. Mengapa Noah Iskandar menipunya? Menurut orang upahannya, mereka sudah membelasah Noah Iskandar dan mencampaknya ke gaung.

Atau orang upahannya yang membohonginya? Apa motif mereka untuk menipu pula? Pening pula kepalanya bila memikirkan perkara itu. Dia garu kepala. Serabut.

"Kenapa Nine? Kau rasa aku ke mana?" Soal Noah Iskandar pula. Seronok melihat wajah Nine yang berkerut seribu itu.

Best juga permainan ini. Nine ingat dia boleh mainkan aku. Salah besar Nine, sekarang Iskandar dah besar. Dia pun boleh kenakan Nine jika dia mahu tapi dia mahu lihat sejauh mana Nine akan bertindak.

"Taklah..aku ingatkan kau kemalangan ke apa? Risau juga aku, aku contact tapi tak dapat."

"Apa yang buatkan kau terfikir yang aku kemalangan?" Noah Iskandar mula melancarkan perang saraf.

Noah Dzulkarnain termangu-mangu, alamak...aku silap cakap pula. Bagaimana kalau Noah Iskandar mulai syak penglibatannya? Kalau semuanya terbongkar apa kata papa pula? Jawatan CEO yang diidamkan pasti terlepas daripada tangannya.

"Lagipun kalau aku accident,mesti polis dah cari kau. Kaukan waris terdekat aku." Noah Iskandar menambah lagi perisa dalam kekalutan Nine. Sempat lagi dia tersenyum sinis.

"Masalahnya kau nak pergi mana pun beritahu aku dulu. Tak pun kau inform pejabat. Ni tak kau hilang begitu saja. Aku pun risau kalau jadi apa-apa dekat kau." Noah Dzulkarnain buat nada sedih. Harap Noah Iskandar termakan dengan lakonannya.

"Ohh! How sweet of you Nine. Okey, aku janji aku tak buat dah. Lepas ni aku akan bagitau kau dan HR. Aku harap kau tolong cover aku masa aku hilang seminggu haritu. Boleh kan?"

Homai! Tak perlu teka pemenang pelakon lelaki terbaik Anugerah Skrin tahun ini. Ternyata dua beradik ini cukup pandai berlakon, menutupi tingkah laku yang bertentangan.
Noah Iskandar memandang sinis kepada Nine.

"Hmm..kali ini saja tau. Lain kali aku tak akan cover kau lagi. Pandai-pandailah kau nak cakap dengan Dato' Salahuddin nanti." Selagi boleh bersabar, dia akan bersabar.

Nine perlukan rancangan yang lebih baik untuk menyingkirkan Iskandar. Sakit mata, sakit hati tengok Noah Iskandar boleh lagi senyum dihadapannya. Kau tunggu Is, masa kau akan tiba nanti.

"Err..satu lagi..apa hubungan kau dengan Gisela?"

Haha! Dah kata Nine akan tanya juga mengenai hubungan dia dengan Gisela. Jerat sudah mengena tapi dia kesian juga dengan Gisela yang menjadi tikus putih dalam rancangannya.
Ini semua salah Qaid. Qaid yang mengesyorkan kepadanya agar menjalinkan hubungan dengan Gisela.

Noah Iskandar tidak mahu berbincang dengan Gisela mengenai rancangan itu sebab dia tahu Gisela tidak sukakannya. Mana kau tahu Iskandar? Dia tahu sebab layanan Gisela amat dingin ketika berada di rumah baba Qadri.

Apa yang Noah Iskandar tidak tahu yang Qaid juga menyuruh Gisela rapat dengannya. Lawak betul..keduanya diberi task yang sama tetapi Noah Iskandar dan Gisela tidak tahu yang mereka diberi tugasan yang sama. Entahlah apa yang akan terjadi di antara mereka berdua nanti.

"Kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Maybe I fall in love with her."

Noah Dzulkarnain ternganga.

Secepat itu Noah Iskandar jatuh cinta?

Siap confess dengan dia lagi.

Apakah?




Hahahaaa

Terkejut tak? Tiba-tiba Is confess.

Apa pula reaksi Gisela?

Happy reading and thank you for the votes.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now