Noah Iskandar tercegat di tepi Gisela yang sudah tidak sedarkan diri. Dia tidak menyangka Gisela boleh pengsan hanya kerana dia hendak membatalkan majlis mereka.
Gibran masuk ke dalam bilik untuk melihat pasangan itu, terkejut melihat Gisela sudah terbaring di tepi katil. Matanya terbeliak memandang Noah Iskandar.
"Apa yang kau dah buat Is?!" Gibran menarik baju Noah Iskandar.
"Aku... aku tak buat apa-apa pun. Aku cuma..." Noah Iskandar mati kata. Perlukah dia memberithu Gibran hasratnya tadi?
Kalau dia memberitahu Gibran, rasanya hari ini dia akan masuk hospital sebab di belasah oleh Gibran.
Noah Iskandar tahu Gibran amat sayangkan Gisela. Apa saja yang berlaku kepada Gisela, Gibran akan pertahankan adiknya itu.
Keadaan bertambah kalut apabila Amy, Jemy dan Fifiy tiba di muka pintu bilik. Mereka menjerit serentak melihat Gisela tidak sedarkan diri.
Jeritan Amy, Jemy dan Fifiy membuatkan Baba Qadri dan Dato' Salahuddin berhenti berbincang dengan Qaid dan Ghadi.
"Apa dah berlaku?" Baba Qadri memandang ke atas rumah.
Qaid hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu. Mata mereka semua tertumpu pada bilik Gisela khasnya kerana suara jeritan datang dari arah bilik Gisela.
"Jom kita pergi tengok. Entah apa yang budak-budak itu buat." Dato' Salahuddin kelihatan agak tenang walaupun roman wajahnya nampak risau.
Baba Qadri, Dato' Salahuddin dan Qaid bergegas masuk ke dalam rumah. Ghadi dan rakan-rakannya yang lain tidak mahu masuk campur kerana mereka tahu Qaid dapat mengawal keadaan.
Umi Khatijah tidak dapat berganjak dari tempatnya kerana masih menemani Datin Ismalisa yang masih lemah. Di atidak perlu risau sebab baba akan menyelesaikan segala masalah di dalam rumah itu.
Baba Qadri hampir membuka silatnya apabila melihat Gisela pengsan dan sedang diangkat oleh Noah Iskandar dan Gibran. Gisela diletak di atas katil supaya lebih selesa.
Qaid mengarahkan Tiga orang gadis rakan Gisela beredar dari situ. Dia takut mereka akan membuat kecoh. Gisela baru pengsan pun dah jerit macam Gisela sudah meninggal. Perempuan memang macam tu ke?
Amy, Jemy dan Fifiy segera bersedar dan duduk bersama Umi Khatijah dan Datin Ismalisa. Wajah masing-masing sudah bera apabila ditegur oleh Qaid tadi. Walaupun perlahan tapi nada suara tegang Qaid jelas kedengaran pada telinga mereka.
Nak buat macam mana, dah mereka terperanjat... mestilah menjerittengok Gisela pengsan. Tak kan nak gelak suka kut. Amy membebel dalam hati.
Baba Qadri duduk di sebelah Gisela. Mata Gisela masih terpejam rapat, langsung tidak sedar kehadiran baba di sebelahnya.
Noah Iskandar yang berdiri di hujung katil hanya mampu menunduk kepala. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Kenapalah mulutnya begitu celupar ingin membatalkan perkahwinan padahal semua yang ada hanya menunggu dia menjabat tangan Tok Kadi saja.
"What have you done, Is?" Lembut saja suara Dato' Salahuddin bertanyakan Noah Iskandar.
Gibran yang duduk di sebelah kiri Gisela menjeling tajam ke arah Noah Iskandar. Dia langsung tidak menunjukkan tanda simpati kepada Noah Iskandar.
Noah Iskandar hanya memandang sayu kepada papanya. Mulutnya terkumat kamit untuk menuturkan sesuatu tapi tiada ayat yang mampu keluar dari mulutnya.
"Kenapa tuduh Is?" Noah Iskandar hendak kata lain tapi soalan lain pula yang ditanya kepada Dato' Salahuddin.
Dato' Salahuddin hanya ketawa mendengar soalan dari mulut anaknya. Dah nak kahwin pun masih tidak matang.
"Dah kau seorang ada dengan G tadi, mestilah sebab kau G pengsan." Gibran panas hati dengan Noah Iskandar.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...