Gisela menyapu laman rumah sementara umi Khadijah menemaninya sambil duduk di atas pangkin di bawah pokok rambutan. Gisela menghayun penyapu lidi selaju mungkin sehingga berterbangan habis daun-daun kering yang terdapat di situ. Umi Khadijah hanya tersenyum melihat telatah Gisela. Macam itulah dia jika dia marah terutama kepada baba Qadri atau Gibran. Cara Gisela protes dalam senyap.
"Dahlah sapu tu Meen, bukan daun yang Meen sapu tapi dengan tanah sekali Meen sapu." Umi Khadijah tergelak kecil sambil menghirup kopi.
Gisela melempar penyapu ke sisi. Mood untuk menyapu sudah hilang. Mata mengerling ke atas rumah, lebih tepat ke arah ruang tamu di mana empat orang lelaki sedang berbincang. Tanpa. Gisela. Ya, mereka berbincang tanpa dia padahal dia yang menyelamatkan Noah Iskandar.
"Ini tidak adil! G yang tolong dia, kenapa baba tak bagi G berbincang sama." Gisela mendengus marah. Hidungnya sudah kembang kempis, nasib baik tak keluar api macam naga. Kalau tak habis rentung penduduk Kampung Buluh Merimbun.
"Meen, dah berapa kali umi pesan, jangan ganggu baba dalam urusan dia. Meen tahukan baba tak suka perempuan masuk campur." Umi sedaya upaya menenangkan Gisela.
Dia tahu baran Gisela. Gisela berbeza jika dibandingkan dengan Gibran. Gibran lebih tenang dan suka bergurau, sebab itu dia sesuai menjadi doktor.
"Abang Qaid pun satu, bukan nak bela G padahal..." Gisela ketap bibir. No..no..dia tidak boleh pecahkan rahsia Noah Iskandar. Tidak dari mulutnya.
Gisela menyertai umi duduk di atas pangkin. Dia melabuhkan kepala di atas riba umi. Umi segera membelai lembut rambut Gisela. Mata umi berkaca tapi umi masih boleh bertahan daripada membiarkan airmata jatuh. Kasihnya kepada Gisela tidak berbelah bagi.
Tidak lama kemudian, baba Qadri memanggil umi masuk. Umi tanpa berlengah terus melangkah masuk ke dalam rumah. Gisela tidak menghalang sebab dia tahu umi begitu taat kepada baba. Tidak pernah mengeluh atau berkasar dengan baba. Umi sekadar berdiam diri jika dia tidak berpuashati dengan baba dan umi tidak pernah membiarkan perselisihan mereka berlanjutan.
Gisela sendiri berasa yang dia tidak dapat menandingi umi. Dia tahu dia seorang yang panas baran dan bukan seorang yang penyabar. Ditinggalkan keseorangan di situ membuatkan Gisela jadi tidak tentu arah. Nak sambung menyapu pun mood sudah hilang. Nak jirus pokok bunga, malaslah pula. Akhirnya dia sekadar duduk dan menghayun kaki dan berangan.
Gisela berasa seperti ada seseorang duduk di sebelahnya. Disangkanya Gibran atau Qaid yang duduk di situ tetapi dia tersentak setelah melihat kelibat Noah Iskandar. Gisela telan liur. Dia tidak pernah duduk sedekat ini dengan Noah Iskandar. Tiba-tiba dia rasa dadanya begitu susah untuk bernafas.
Noah Iskandar sekadar senyum nipis melihat Gisela termenung di pangkin seorang diri. Kalau di pejabat, dia susah untuk bertegur sapa dengan Gisela tapi dia rasa dia perlu menyatakan sesuatu kepada Gisela.
"Ehem..Giselle, saya nak ucap terima kasih kerana menyelamatkan saya semalam. Tak sangka kampung awak kat sini ya. Ingatkan kau budak bandar, tak nampak rupa budak kampung pun."
Gisela memandang Noah Iskandar dengan pandangan yang tidak percaya. Boleh pula bercakap beradab, ingatkan hanya tahu cakap sinis sahaja.
"Hmmm..tak ada hallah. Kalau orang lain pun saya tetap tolong bukan awak saja dan untuk pengetahuan awak bukan semua budak kampung selekeh tau. Kami pun ramai yang belajar dan bekerja luar kampung so don't underestimate kampung people."
Noah Iskandar sekadar tertawa kecil. Susah sungguh Gisela mengawal barannya lebih-lebih lagi apabila menyentuh tentang dirinya.
"Awak memang berani. Kalau gadis lain rasanya dah tinggalkan saya seorang di situ."
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...