Noah Dzulkarnain dan Ava Ratna sudah berlepas ke Paris untuk berbulan madu. Mereka langsung tidak singgah ke rumah untuk berjumpa Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa, terus ke airport untuk menaiki penerbangan ke negara yang dikatakan untuk pasangan menyemai cinta. Paris... kota cinta. Betul ke? Author pun tak pernah sampai.
Noah Iskandar dan Gisela? Malas nak ke mana-mana, tidur semalam di rumah Dato' Salahuddin dan esoknya mereka pulang ke rumah baba Qadri pula. Itu pun selepas dipaksa oleh Dato' Salahuddin supaya pergi honeymoon.
Ketika di rumah Baba Qadri pun Gisela dan Noah Iskandar di gesa supaya berbulan madu. Kononnya untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Yalah, mereka belum kenal betul-betul dan tiba-tiba saja nak berkahwin.
Baba Qadri merasakan mereka perlu berjauhan dari keluarga untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi di antara satu sama lain. Akhirnya Noah Iskandar dan Gisela akur dengan cadangan Baba Qadri.
Noah Iskandar dan Gisela hanya menunggang superbike untuk ke Pulau Pangkor. Kenapa Pulau Pangkor? Sebab author memang suka pulau-pulau ni. Ahaks.
Selepas check in di Pangkor Beach Resort, Gisela terus melompat ke atas katil bagi meregangkan otot-ototnya yang cekang akibat membonceng lama. Mahu putus urat saraf menunggang superbike dengan Noah Iskandar.
Itulah gatal sangat nak naik motor walaupun umi melarang. Nak adventure katanya. Nasib baik superbike, kalau motor bawah 250cc... boleh pengsan sementara nak sampai.
"Giselle, kita ke sini nak jalan-jalan, bukannya nak tidur." Noah Iskandar tarik kaki Gisela yang seronok berkubag di atas katil. "Jom kita ke pantai."
"Alaaa... malaslah. G nak rehat dululah." Mata Gisela hampir tertutup, mengantuklah tu.
Noah Iskandar sekadar menggeleng. Datang sini pun atas cadangan Gisela juga. Dia nak bawa Gisela ke luar negara tapi Gisela tidak mahu. Malas katanya.
Gisela lebih suka berjalan dalam negeri, melihat keindahan negara sendiri. Eleh, sembang kencang. Hari tu seronok ja makan angin ke Bali.
Melihat Gisela sudah belayar ke lautan Hindi, Noah Iskandar keluar berjalan menuju ke pantai. Saja mengambil angin petang. Biarlah Gisela menghilangkan letihnya dulu. Mereka masih ada lagi dua hari untuk berbulan madu.
Gisela terjaga selepas puas lena. Bangun saja dari tidur, matanya menjelajah ke seluruh bilik. Tiada kelibat Noah Iskandar di mana-mana. Eh! Mana pula pergi suaminya? Tak kan tinggal dia seorang kut. Gisela garu kepala.
Tirai bilik di selak, cahaya petang menerobos masuk. Alahai, cantiknya laut di sirami cahaya petang macam ni. Kalah pantai di Bali. Eh! Mana boleh bandingkan begitu. Pantai di Bali sangat cantik tapi pantai di Pulau Pangkor tetap menawan hati.
Gisela tersengih melihat keindahan pantai tapi senyumannya pudar apabila dia nampak Noah Iskandar sedang berbual dengan seorang wanita. Alahai, mesranya pasangan itu bercanda di pasiran pantai. Eh! Termenyanyi pulak.
Gisela segera ke bilik air untuk mencuci muka. Tak boleh jadi ni. Bila tinggalkan seorang, ada saja langau nak hinggap. Nak buat macam mana, dah Noah Iskandar stok lelaki idaman perempuan di luar sana maka terpaksalah Gisela hadapinya.
Gisela bergegas keluar dari bilik selepas memastikan keadaan dirinya kemas dan cantik. Nak lawan perempuan yang agak jelita pada pandangan matanya bersama Noh Iskandar ketika ini.
"Abanggg... kenapa tak kejut G, sampai hati tinggalkan G seorang kat dalam bilik." Gisela terus mencapai tangan Noah Iskandar dan melunakkan suaranya ketika menghampiri Noah Iskandar.
Noah Iskandar hampir tercekik air liurnya sendiri mendengar suara lemak merdu yang dibuat-buat Gisela. Namun dia tetap merangkul pinggang Gisela merapatinya.
"Sorry sayang, abang tak sampai hati tengok sayang tidur nyenyak. Letih eh?" Gisela mengangguk lalu melentok kepala ke lengan sasa Noah Iskandar.
Noah Iskandar menepuk perlahan kepala Gisela. "Oh! Sorry Sissy, my wife... Gisela. Sayang, ini Sissy er... er..."
"Hai, I Sissy. I stay kat hotel you all juga. Okay Is, see you tonight." Tanpa bersalam dengan Gisela, Sissy terus meninggalkan Noah Iskandar dengan wajah mencuka tapi dia sempat mengenyit matanya kepada Noah Iskandar.
Sissy ingatkan Noah Iskandar datang seorang, rupa-rupanya datang bawa isteri. Hancur rancangannya untuk mengorat Noah Iskandar yang ganteng itu.
"Amboi! Sombongnya! Ingat dia lawa sangat?" Gisela mencebik. "Abang kenal dia ke?" Gisela tarik tangan Noah Iskandar untuk berjalan bersamanya.
"Tak. Dia datang tegur abang. Saja nak berkenalan katanya." Noah Iskandar sembunyi senyum. "Itulah tadi abang ajak, Giselle nak tidur... kan dah ada orang kacau."
"Susahlah kalau dapat suami yang terlebih hensem ni, ada saja yang nak himpit." Gisela mendengus keras.
"Jealous?"
"Tak jealous tapi sakit hati."
"Kalau cemburu tandanya sayang jadi Giselle tak sayangkan abang la ni."
Gisela berhenti melangkah. Dia tidak cemburukah? Tapi kenapa dia hatinya sakit melihat ada perempuan lain bercakap dengan Noah Iskandar.
Noah Iskandar menarik nafas panjang. Kalau Gisela tidak sayangkan dia, jadi kenapa Gisela kahwin dengannya? Noah Iskandar perlu bersemuka dan berbincang dari hati ke hati untuk mengetahui rahsia hati Gisela.
"Gisela Ameena, kenapa kau kahwin dengan aku?" Nada suara Noah Iskandar berubah menjadi tegas membuatkan Gisela terpaku.
"A... bang... kenapa tanya... macam... tu..." Gisela mula gelabah. Pelik juga hatinya, sebelum ini Noah Iskandar tak tanya dia pun sama ada dia suka atau tidak walaupun Noah Iskandar tahu tujuan asal Gisela mendekatinya.
Noah Iskandar tarik tangan Gisela dan membawa Gisela duduk di atas sebatang kayu mati di tepi pantai itu. Dia mahu mereka berdua meluahkan rasa hati di antara satu sama lain kerana mereka tidak sempat berbuat demikian.
Masing-masing bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan demi keselamatan Noah Iskandar. Noah Iskandar sedar akan hakikat itu maka dia ingin menyelami isi hati Gisela.
"Aku errr abang nak tahu apa sebenarnya pandangan Giselle terhadap abang? Adakah Giselle terima perkahwinan ini kerana terpaksa? Terpaksa sebab kita dah terlanjur bercinta di hadapan orang tua kita atau..." Noah Iskandar melepaskan nafas, rasa beban yang ditanggung hilang selepas berjaya bertanyakan apa yang bermain dalam fikirannya selama ini.
"Atau?" Gisela tanya kembali soalan yang belum sempat Noah Iskandar habiskan.
"Atau Gisela benar-benar sukakan dan sayangkan abang?"
Fuhh! Gisela hampir jatuh rahangnya. Noah Iskandar masih belum percayakan dia ke? Adakah Noah Iskandar ingat dia kahwin hanya untuk suka-suka? Begitu?
Haih! Pelik benar pemikiran seorang lelaki bernama Noah Iskandar. Kenapa sebelum berkahwin dia tak tanya betul-betul, adakah dia sukakan Noah Iskandar?
Gisela tarik senyum manis. Kalau Noah Iskandar hendak tahu isi hatinya sekarang, rasanya tidak salah kalau dia nyatakan terus kepada suaminya. Biar Noah Iskandar tidak teraba-raba mencari jawapan.
Tak salahkan kalau dia berterus terang kepada Noah Iskandar tapi dia juga ingin tahu apa perasaan Noah Iskandar terhadapnya.
Noah Iskandar menanti dengan debaran jawapan Gisela.
Namun Gisela masih mahu mendera Noah Iskandar.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...