BAB 46

295 17 0
                                    

Noah Iskandar sudah menanti Gisela di mejanya. Senyuman manis diberi kepada Gisela membuatkan wajah Gisela merah. Malu kerana Ava Ratna menjeling kepada mereka. Noah Dzulkarnain pula sibuk dengan telefonnya dan langsung tidak pedulikan isterinya yang kelihatan marah. Gisela sekadar mengangkat kening kepada Noah Iskandar, malas mahu melayan kerenah Noah Iskandar.

"Is, seronok tak bercuti dalam negara? Rugilah dapat isteri kampung yang tak tahu melancong ke luar negara." Ava sengaja menghimpit kepada Noah Iskandar.

Noah Iskandar berundur beberapa tapak, tidak mahu berdekatan dengan Ava Ratna. Dia tahu Ava Ratna sengaja mahu menyakiti hati Gisela. Entah mengapa Ava kelihatan sakit hati kepada Gisela. Masing-masing sudah ada pilihan sendiri kan.

Sepatutnya Ava gembira dapat berkahwin dengan bakal CEO dan bukannya dia yang hanya seorang despatch. Namun Noah Iskandar tahu Ava masih belum dapat lupakan dia. Kalau tidak kenapa Ava selalu menyakitkan hati Gisela setiap kali bertemu muka.

"Aku tak kisah nak bercuti di mana pun sebab orang kesayangan aku berada di sisi aku setiap masa. Kami cukup gembira walaupun kami hanya berbulan madu di kampung." Noah Iskandar tempelak Ava secara halus.

Gisela hanya menunduk dari tadi, tidak mahu masuk campur urusan Ava Ratna. Tak ada gunanya bertekak isu dalam kain mereka di pejabat, takut kalau staf lain mendengar. Dia tahu perkahwinan mereka menjadi topik hebat di pejabat. Segala perkara mengenai mereka berempat akan dikorek sehingga ke akar umbi membuatkan Gisela merasa tidak selesa.

Gisela tahu perkara itu apabila Jemy, Amy dan Fifiy menceritakan kepadanya tadi. Setiap department asyik membawang mengenai kisah mereka walaupun sudah dua minggu mereka berkahwin. Malah kisah ketika kenduri di kampung pun dapat dihidu oleh staf di sini.

"You tak berubah Is, dari dulu lagi you macam tu. Semuanya tak kisah. Semuanya you nak jadikan sebagai kawan. You tak tahu letakkan diri you sama level dengan keluarga you. Keluarga you orang ternama... kaya, berharta dan disanjungi. You kahwin dengan perempuan kampung, apa yang you dapat?" Ava mencebik, puas dia dapat sakitkan hati Gisela.

"Kita sebagai manusia sama saja di sisi Allah... yang membezakan kita hanyalah amalan kita. Selain daripada itu, kita adalah sama." Perlahan saja suara Noah Iskandar memberi tazkirah kepada Ava Ratna.

"Kenapa kita mesti fikirkan taraf kehidupan dia untuk jadikan sebagai pasangan?" tanya Noah Iskandar.

"Mestilah kena fikirkan. You tak tahukah dia perlu sekufu dengan you untuk menjadi pasangan you. Nanti dia kikis segala harta you..."

"Cukup! Kau tak perlu hina My Giselle. Kau peduli apa kalau dia nak habiskan harta aku pun. She's my wife... dia boleh guna segala harta aku kalau aku benarkan." Noah Iskandar sudah menguatkan nada suaranya.

Gisela segera menghampiri dan memegang tangan Noah Iskandar. Dia tidak pernah nampak Noah Iskandar mengamuk, selalunya Noah Iskandar hanya diam saja. Dia juga pelik melihat Ava Ratna tak habis-habis membuat provokasi kepada mereka.

Noah Dzulkarnain terlangut memandang adik dan isterinya bergaduh. Dia malas hendak masuk campur kerana dia tahu Ava masih marahkan dia. Kisah bulan madu yang diharapkan Ava menjadi satu kenangan indah musnah apabila dia sendiri membuat onar.

Noah Dzulkarnain bukanlah seorang yang romantis seperti yang diinginkan Ava malah Nine selalu tinggalkan dia keseorangan di bilik hotel. Nine lebih suka berkunjung ke kelab-kelab malam dan berpesta setiap hari. Harapan Ava untuk berdua-duaan dengan Nine hanya tinggal harapan. akhirnya masing-masing buat hal sendiri sehinggalah mereka pulang ke tanah air.

"Apa yang berlaku?" Noah Iskandar dan Ava Ratna di pandang silih berganti sambil tersenyum senget. "Darling, you tak boleh move on dari Is lagi ke?"

"Huh! Tak kuasa I." Ava mencebik lalu menghampiri Nine. Lengan Nine dipeluk mesra. "I cuma nak ingatkan adik ipar you kedudukan dia." Ava sempat menjeling ke arah Gisela.

Nine tersenyum, nampak sangat Ava tak dapat lupakan Noah Iskandar. Perlahan dia ketawa kecil. Dia teringtkan kisahnya merebut Ava daripada tangan Noah Iskandar dulu.

Dia tahu, kalau Ava setia tak mungkin Ava berpaling dari cintanya. Hanya kerana pujuk rayu dia, Ava terus meninggalkan Noah Iskandar.

Nine hanya melambakkan wang dan kedudukannya sebagai CEO membuatkan Ava mudah jatuh ke tangannya. Ava tidak sedar yang Nine masih belum dilantik sebagai CEO tapi Nine sudah mewar-warkan kedudukannya kepada semua.

"Sudahlah tu, you tetap nombor satu dalam keluarga Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa. You jangan risau. Takkan you kalah dengan PA papa pula? Please..." Nine jeling Gisela dan Noah Iskandar.

Ava Ratna ketawa mengejek. Rasanya dia tidak akan puas selagi dia tidak mengutuk Gisela. Bukan dia tidak tahu mata keranjang Nine selalu menjalar ke tubuh Gisela. Dia juga tahu Gisela tak pernah layan Nine tapi dia tetap sakit hati melihat Gisela.

Walaupun Gisela hanyalah PA bapa mertuanya tapi pesona Gisela lebih menyerlah. Dia tidak tahu Gisela merupakan anak kacukan walaupun dia tinggal di kampung.

"Betul juga eh... see Gisela, aku tetap menantu sulung Dato' Salahuddin... so watch out." Ava pusing badan gaya model dan masuk ke dalam pejabat Dato' Salahuddin.

"Apa masalah dia?" Gisela mencebik selepas pintu pejabat Dato' Salahuddin tertutup rapat.

Noah Iskandar hanya ketawa. Faham benar dengan gelagat Ava yang tida mahu kalah.

"Dia ada penyakit hati. Pedulikanlah."

"Eh! Serius tak?"

"Apa yang serius?"

"Penyakit dia?"

Noah Iskandar garu kepala. Apa yang naif sangat isteri dia? Apa yang dia maksudkan tadi ialah penyakit sakit hati bukannya hati Ava yang rosak. (Eh! betul atau tidak ayat author, author pun tak tahu... author pun dah pening ni.)

"Lupakan Ava, my Giselle is still number one in my life. Jom masuk, nanti papa sampai... kita masih di luar lagi." Noah Iskandar cuit pipi Gisela membuatkan wajah Gisela membahang.

Gisela tersengih suka. Romantik Noah Iskandar masih belum habis selepas balik dari berbulan madu. Kita bikin romantis... bikin paling romantis... sambil bermain mata, turun ke hati... hatinya jatuh.

Eh! kenapa dia menyanyi lagu Kita Bikin Romantis pula. Gisela senyum gelihati, tiba-tiba...

"Ehem!!!" Dato' Salahuddin sudah berada di belakang Gisela sambil menahan senyum. Alahai, menantu seorang ini... ada-ada saja perangai ta semenggah dia.

"Eh! Dato' eh! papa eh..." Gisela sudah salah tingkah ditangkap berangan oleh bapa mertuanya sendiri.

"Sudahlah berangan, masuk cepat... papa ada hal nak bincang dengan semua orang." Dato' Salahuddin segera meneutral wajahnya sambil berlalu pergi.

Gisela cemas, tab diambil dari atas meja lalu bergegas mengikut langkah bos aka bapa mertuanya. Entah apa yang ingin Dato' Salahuddin sampaikan kepada mereka semua. Gisela tidak dapat mengagak dengan tepat.

Sebelum pintu di kunci atas arahan Dato' Salahuddin, satu tolakan membuatkan Gisela hampir tumbang tapi sempat dihadang oleh Noah Iskandar.

Muncul wajah yang sekian lama menghilangkan diri sejak pernikahan mereka semua. Ikmal kembali sambil memberi senyuman jahat kepada abang iparnya.

Kepulangannya kali ini dengan membawa satu hasrat...

*********************************

Maaf semua sebab terlalu lambat update. Untuk cerita ini sebenarnya CikInzzz buntu macam mana nak sambung. Alhamdulillah dapat juga idea walaupun satu bab.

Terima kasih kepada yang masih setia menunggu story ini.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now