Noah Iskandar terjaga dari pengsan pada keesokkan hari. Sebaik sahaja dia mencelikkan mata, dia berasa pelik melihat keadaan di dalam bilik itu. Bukan bilik dia dan bukan juga bilik hospital. Di manakah dia sebenarnya?
Noah Iskandar memandang pula seluruh bahagian badannya. Nampak seperti dia dirawat oleh seseorang. Tubuhnya sudah bersih dan lukanya sudah disapu ubat. Takkan dia berada di alam bunian kut.
Mengenangkan kemungkinan tersebut, Noah Iskandar bingkas bangun. Kalau betul dia berada di dunia bunian, dia mesti lari dari situ. Noah Iskandar bergegas menuju ke pintu bilik. Sebaik sahaja dia memegang tombol pintu, pintu bilik dibuka dari luar menyebabkan dia terpaku di situ.
Noah Iskandar memasang kuda-kuda, bersedia untuk membalas jika dia diserang. Mata memandang tajam ke pintu bilik, ingin melihat musuh yang bakal masuk. Sebaik sahaja ada orang yang membolos pintu itu, mata Noah Iskandar membulat besar.Dia tidak menyangka orang bunian itu menyerupai Gisela, PA papanya.
Gisela pula terkejut melihat Noah Iskandar berada dalam keadaan bersedia untuk menyerang sebaik saja dia membuka pintu bilik. Kedua mereka terpaku beberapa detik sehinggalah..
"Hah! Dah kenapa pula dua-dua jadi patung cendana ni?!"
Gibran yang menyusul di belakang Gisela hampir menghamburkan ketawa melihat Noah Iskandar dan Gisela. Seorang dah macam nak berperang dan seorang lagi terkaku sambil tangan menatang dulang berisi air dan bubur.
"Encik tak payah takut. Kami bukan orang jahat dan kami juga bukan makhluk asing. Encik mesti kenal budak perempuan ni satu ofis dengan encik kan." Kata Gibran seraya ketawa.
Mendengar suara Gibran barulah Noah Iskandar bersenang diri. Dia tunduk sambil menggaru kepala, agak malu dengan kelakuannya sendiri. Boleh pula dia memikirkan yang bukan-bukan. Dia memandang sekilas wajah Gisela yang sudah memendam rasa itu.
"Maafkan saya. Saya Gibran Qaiser, abang kepada Gisela. Kami jumpa encik kemalangan semalam. Nasib baik kami jumpa encik terbaring tepi jalan tu, kalau tak rasanya cik ponti yang teman encik semalam."
"Abang! Apa cakap macam tu. Kesian encik Is dah takut tu. Abang ni memang suka usik orang tak kira tempat kan." Gisela marah Gibran kerana usik Noah Iskandar.
Gibran cuma ketawa melihat wajah cemberut Gisela. Bukan dia saja-saja nak usik tapi cuba hendak menceriakan keadaan yang kekok itu.
"Saya kat mana ni?" Barulah Noah Iskandar bersuara melihat keramahan Gibran.
"Encik ada di rumah baba dan umi kami. Maaf kalau encik tak selesa di sini." Gibran seorang yang berkomunikasi sementara Gisela lebih rela berdiam diri. Dia berasa agak kekok bila Noah Iskandar memandangnya dengan pandangan yang pelik atau mungkin perasaannya saja.
"Please just call me Is. Tak selesa la asyik panggil encik saja. Saya bukan siapa-siapa pun. Terima kasih kerana selamatkan saya..semalam saya.."
"Encik Is minum dulu air ni kemudian makan bubur ni. Mesti encik lapar kan." Gisela segera memotong cakap Noah Iskandar.
"Gisela, please..panggil Is saja. Saya dah bagitau kan hari tu. Kita bukan di pejabat lagipun saya tak layak dipanggil encik sebab saya hanya budak despatch saja."
"Tapi encik anak Dato' Salahuddin, nanti apa pula kata Dato' dan Datin. Apa pula kata Encik Nine dan pekerja lain. Mesti mereka kata saya tak reti hormatkan encik pula."
"Awak tak perlu fikirkan orang lain. Saya yang suruh awak panggil begitukan. Jadi for the last time I said please call me by my name only. Is that clear?"
Gibran dan Gisela terkedu apabila Noah Iskandar sudah menaikkan oktaf suaranya. Gisela menjegilkan matanya kepada Noah Iskandar. Entah mengapa Noah Iskandar marah sangat pun dia tak tahu. Gibran sudah tersengih melihat gelagat Noah Iskandar dan Gisela.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...