BAB 21: RANCANGAN IKMAL.

332 10 0
                                    

Noah Dzulkarnain mengamuk pagi itu selepas Ikmal menunjukkan gambar Noah Iskandar dan Gisela yang diambil ketika makan di restoran semalam. Noah Iskandar mahupun Gisela tidak menyedari yang mereka diekori oleh seseorang yang diupah oleh Ikmal untuk mengintip mereka.

Suara amukan Nine bergema di dalam pejabat sehingga setiausahanya pun tidak berani masuk. Habis segala fail berterabur di atas lantai. Ikmal hanya bersandar malas di tepi almari fail.

Ikmal sememangnya ingin melihat Nine mengamuk marahkan Noah Iskandar. Selagi kuat dendam Nine terhadap Noah Iskandar maka lagi senang kerjanya untuk menghapuskan Noah Iskandar.

"Kenapa uncle bagi lambat gambar ini? Kalau dari semalam Nine tahu, lagi cepat Nine akan bersemuka dengan Is." Nine tumbuk meja.

"Uncle sengaja tak beritahu, takut Nine bertindak melulu. Semalam kan Nine dinner dengan Ava, dah lupa? Apa kata Ava kalau Nine serang Is kerana Gisela tu?" Ikmal hanya senyum senget.

Noah Dzulkarnain hanya diam. Dia lupa yang dia makan bersama dengan Ava Ratna semalam walaupun dia tidak suka keluar dengan Ava. Ava yang selalu mendesak Nine agar keluar dengannya.

"Tak boleh jadi, Gisela milik Nine. Dia tak boleh jadi teman wanita Is. Tak boleh!" Nine berjalan ulang alik dalam pejabatnya.

"Boleh tak Nine sabar? Lagipun Nine tak boleh ambil kedua-duanya sekali. Ava tidak sukakan Gisela, mahu pecah perang dunia ketiga kalau Nine ambil kedua-duanya jadi isteri Nine." Ikmal sengih.

"Uncle pun macam tak faham... Ava, Nine jadikan isteri tapi Gisela... Nine akan jadikan perempuan simpanan."

"Pernah dengar tak perumpamaan... orang tamak selalu rugi. Gisela mahu ke? Setahu uncle... Gisela tak sukakan Nine."

"Nine ada cara untuk buat Gisela jatuh ke tangan Nine. Uncle cuma tunggu dan lihat." Senyuman Nine penuh makna.

"Uncle tak kisah tapi buat sebelum papa dan mama Nine balik. Uncle takut kalau papa Nine berubah hati... Nine akan hilang kerusi CEO."

"Apa maksud uncle? Papa takkan buat macam tu kat Nine. Nine anak sulung... mestilah Nine yang dapat jawatan CEO." Nine hentak meja.

"Don't be so naive Nine. Jawatan CEO bukan untuk anak sulung semata-mata. Kalau BOD tak suka Nine, Is ada peluang untuk jadi CEO." Ikmal tarik nafas.

"Ada sebab Is balik sini." Ikmal tarik kerusi Nine dan duduk di situ.

Nine pandang Ikmal. "Kenapa? Kenapa Is balik?"

"Papa Nine yang merayu Is supaya balik dan kerja di sini. Uncle rasa  abang Din dah suspect something. Mungkin dia dah tahu yang Nine tak ada kemampuan untuk terajui syarikat ini."

Nine terduduk mendengar kata-kata Ikmal. Barulah dia perasan yang Dato' Salahuddin begitu beria untuk menubuhkan jabatan undang-undang untuk Noah Iskandar. Jabatan penting bagi orang yang penting. Tak mungkin... Nine tidak mahu terima kenyataan.

"Is hanya despatch... dia tak dapat pegang syarikat ini dalam masa yang singkat. Dia tak tahu apa-apa."

"That's why you're wrong, Nine. Dia bebas masuk dalam syarikat ini dan dalam semua jabatan. Uncle dengar dia mula siasat jabatan kewangan. Nine tak rasa pelik ke kalau dia dengan rela hati nak kerja despatch padahal dia kerja kat luar negara."

"Alaaahhh... dia kerja angkat beg kat airport saja kan."

"Mana Nine dapat info yang Is kerja kat airport? Nine... Nine...
mudah ditipu macam tu saja." Ikmal ketawa kuat.

"Salah ke? Papa yang cakap begitu. Dia kata jumpa Is kerja kat airport." Nine garu kepala.

Ikmal masih ketawa atas kebodohan anak saudaranya. Patutlah Nine mudah ditipu oleh perempuan... mudah saja diperdaya.

"Is kerja di law firm yang terkenal di sana... uncle dah lupa nama firm tu tapi boleh tahan terkenal la juga."

"Biar betul! Takkan Is... lawyer... isyyy tak mungkinlah."

"Ikut Nine la nak percaya atau tidak tapi jangan pandang enteng kepada Is. Uncle dah pesan banyak kali dah... jangan main-main, tunjuk yang Nine boleh terajui syarikat. Cuba buktikan pada papa yang Nine boleh buat tapi Nine tak mau dengar." Ikmal mengeluh.

Penat dia bercakap dengan Nine tapi dia perlukan Nine untuk menjayakan rancangannya. Sama ada dia suka atau tidak, dia perlukan Nine... jika tidak dia tidak dapat apa yang dia inginkan.

"Uncle dah penat cakap dengan Nine, lepas ini Nine fikirkanlah apa yang perlu Nine lakukan." Ikmal melangkah menuju pintu.

Sebelum keluar, dia beralih memandang Nine... "sebelum terlambat."

"Apa yang perlu Nine buat? Please uncle... I need you. You surely can come up with great ideas." Noah Dzulkarnain senyum manis kepada Ikmal.

Dia tahu Ikmal berupaya membuat perkara yang tidak masuk akal. Kalau tidak masakan dia dapat perdaya beratus-ratus wanita di luar sana tanpa menuntut apa-apa pun kepada Ikmal. Tiada siapa yang berani mengaku mengandungkan anak Ikmal atau mencarinya di pejabat.

Dalam hal syarikat juga Ikmal begitu pandai dalam hal mendapatkan tender. Macam mana dia buat, tiada siapa yang tahu. Hanya mereka yang bekerja dengannya saja tahu bagaimana Ikmal menjalankan tugasnya.

Dato' Salahuddin memberi sepenuh kepercayaan kepada Ikmal asalkan dia membawa keuntungan kepada syarikat. Namun Dato' Salahuddin tidak tahu yang Ikmal adalah barah yang semakin menular dalam syarikat itu.

"Nine nak uncle tolong Nine?" Noah Dzulkarnain mengangguk.

"Tapi uncle takut Nine tak dapat bayar uncle sebab pengerasnya amat tinggi." Ikmal sengih.

"Boleh uncle... asalkan Nine dapat jadi CEO."

"Nine jangan tarik diri pula bila uncle dah buat rancangan nanti."

Nine angkat tangan kanannya tanda berjanji. "Nine janji."

"Tapi uncle nak Nine janji... apa saja yang uncle buat, Nine jangan pertikaikan. Boleh? Apa saja yang uncle buat!"

Noah Dzulkarnain mengangguk laju.

"Termasuk membunuh!"

Noah Dzulkarnain kejung di situ. Dia tidak sangka Ikmal akan bertindak di luar batasan. Sebelum sempat dia mengangguk...

Branngggg!!! Sesuatu jatuh di sebalik pintu.

Noah Dzulkarnain dan Ikmal terpana.

"Siapa?!" Ikmal bersuara... agak kuat.

Noah Dzulkarnain segera mendekati pintu dan membuka pintu dengan kasar dan dia terkejut melihat...

Bersambung.....

Thank you for reading and vote.

 

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now