Ikmal mendengus keras setelah mendapat perkhabaran mengenai kepulangan Noah Iskandar. Rosak rancangannya apabila Noah Iskandar ada bersama di syarikat.
Noah Iskandar tidak seperti Noah Dzulkarnain yang boleh digula-gulakan sesuka hatinya. Noah Iskandar lebih cekap dan lebih peka. Dulu pernah Ikmal cuba hasut Noah Iskandar untuk menentang Dato' Salahuddin tetapi tidak berjaya.
Malah Noah Iskandar pernah menasihatinya sebelum dia ke luar negara. Dia tidak menduga Noah Iskandar sedar akan niatnya. Namun dia gembira kerana Noah Iskandar tidak pulang setelah pergi ke sana.
Selama sepuluh tahun itu berbagai cara digunakan untuk dia memantapkan kedudukan di syarikat Dato' Salahuddin. Walaupun jawatannya tidak tinggi tetapi dia dapat mengawal Noah Dzulkarnain mengikut cakapnya. Itu yang penting baginya.
Dia segera menghubungi Noah Dzulkarnain.
"Hello Nine, Is dah balik ke?" Sudah gaharu cendana pula..
sudah tahu bertanya pula."Dah, tu bersembang tak habis lagi dengan papa dan mama."
Noah Dzulkarnain menjawab malas."Jadi ke dia kerja di syarikat papa?" Jelas kedengaran suara risau Ikmal.
"Hmm..jadilah tu. Kalau tak kenapa dia nak balik?"
"Habis macam mana dengan Nine?"
"Alaa uncle jangan risaulah. Dia takkan boleh ambil tempat Nine. Nine dah bagi jawatan yang paling bagus untuk dia." Kata Noah Dzulkarnain sambil gelak jahat.
"Apa? Jawatan apa Nine bagi dia?"
Ikmal tarik rambutnya yang sedia serabut. Tak boleh jadi ni. Apahal pula Nine nak bagi jawatan yang bagus untuk Noah Iskandar.
"Relaks la uncle..Nine bagi dia jadi despatch je."
"What?! Habis papa tak marah ke?"
"Tak, Is sendiri yang sanggup. Uncle jangan risaulah. Dia tak boleh buat apa-apa pun dekat Nine. Nine yakin papa akan beri kerusi CEO tu dekat Nine."
Ikmal diam. Bukan dia tidak yakin dengan Noah Dzulkarnain tapi dia risau abang iparnya akan berubah fikiran. Kalau diikutkan prestasi Noah Dzulkarnain memang buruk dalam mengendalikan syarikat. Selama ini pun dia yang menyelesaikan semua masalah yang dilakukan oleh Noah Dzulkarnain.
"Sayang..menung apa lagi tu?" Suara seorang wanita bergema di sebalik menungan Ikmal.
Ikmal masih membujang. Dia tidak percayakan institusi perkahwinan. Dia lebih suka bergerak solo, lebih mudah dan dia tidak perlu memikirkan penglibatan ramai orang. Dia memuaskan nafsunya dengan melanggan pelayan kelab eksklusif.
Namun dia melindungi wataknya yang sebenar dengan menjadi seorang yang benar-benar baik. Topeng yang dipakainya sekadar untuk mengabui mata Dato' Salahuddin dan kakaknya Datin Ismalisa dan juga orang lain. Malah Noah Dzulkarnain juga tidak dapat mengesan sikap bapa saudaranya yang seumpama musang berbulu ayam.
Ikmal tersenyum mendengar suara rengekan gadis yang ditempahnya malam ini. Dia segera menuju kearah katil dan memanjat katil untuk melampiaskan nafsunya. Segala dosa ditolak ketepi demi untuk memenuhi nafsu serakahnya walaupun rumah kata pergi, kubur kata mari.
Gisela Ameena tersenyum indah semasa sampai di pejabat. Cuti selama seminggu digunakan sebaik-baiknya untuk merehatkan kekusutan yang berserabut di kepalanya. Bukan mudah untuk menerima berita yang didengarnya secara tidak sengaja tempohari.
Anak angkat. Perkataan itu bermain-main di sudut kepalanya sejak itu. Hendak ditanya kepada baba dan umi, hatinya berasa risau. Risau untuk mendengar kebenaran yang bakal menghancurkan hatinya. Jadi dia mengambil sikap mendiam diri dan pergi bercuti untuk muhasabah diri.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...