BAB 9: PENING

373 19 0
                                    

Gisela menunggu Qaid dan Nuryn di kafe Armada selepas waktu bekerja. Dia perlukan nasihat Qaid mengenai rancangan Noah Dzulkarnain. Dia merasakan dia perlu berbuat sesuatu untuk menyelamatkan Noah Iskandar. Mengapa? Dia sendiri tidak tahu mengapa tapi dia rasa dia perlu bertindak demi menyelamatkan satu nyawa.

Qaid dan Nuryn tiba setelah hampir setengah jam Gisela tunggu. Suami isteri itu hanya mampu tersengih apabila melihat wajah cemberut Gisela. Qaid terus menarik kerusi berhadapan dengan Gisela sementara Nuryn pula duduk di sebelah Qaid.

"Apa ni abang Qaid, kata polis tapi janji pun tak betul. Abang ikut masa negera Uganda ke?" leter Gisela.

"Amboi! Tak sempat punggung cecah kerusi, dia dah tembak kita dengan mesingan kan sayang." Qaid melirik kepada Nuryn, minta talian hayatlah tu.

"Sorry G, trafik..."

"Dah..dah..tak payah bagi alasan lapuk tu. Tak laku kat sini." Gisela mencebik.

Kalau lambat mesti bagi alasan trafik jem. Klise. Tak ada ke alasan lain? Kambing jatuh dalam telaga ke, nak beranak ke? eh Nuryn belum mengandung lagi pun. Gisela senyum sampai herot mulutnya. Qaid dan Nuryn hanya memandang pelik kepada Gisela yang sekejap marah, sekejap senyum sendiri.

"Apahal G panggil abang mai sini?" tanpa basa basi Qaid terus ke persoalan penting.

"Abang dengan kak Yin order la dulu. Nanti G cerita. Kalau perut terisi barulah syok nak cerita."

Qaid memanggil pelayan dan memesan makanan untuknya dan Nuryn. Setelah siap memesan makanan, Qaid memandang Gisela dengan pandangan yang tajam.

"Okay spill it out." Mode pegawai polis sudah terkeluar apabila tiba saat serius.

Tanpa membuang masa, Gisela menceritakan apa yang didengarnya di pejabat Dato' Salahuddin tadi. Qaid mendengar dengan penuh khusyuk. Walaupun bukan laporan rasmi tetapi tetap mendengar dan meneliti setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Gisela.

Selesai menceritakan kepada Qaid, Gisela menarik nafas panjang.

"Macam tulah yang G dengar tadi. Risau G tau."

"G yakin dia sebut perkataan 'bunuh' tadi?"

"Hundred percent sure. Abang tengok ni bulu roma G duk tegak berdiri dari tadi lagi."

"Amboi...ayat..nampak sangat menipu." Nuryn mencelah percakapan dua sepupu itu.

"Apa?? Orang main-main je pun."Gisela hanya tersengih bak kerang busuk. Saja nak buat ayat bombastik sikit supaya Qaid lebih percaya kepada dia.

"Hehehe..tadi memanglah meremang bulu roma. Betul kak Yin, cara Encik Nine cakap macam dia dan adik dia dah lama bermusuh. Takut tau dengar macam tu."

"Biasalah G, orang kaya ni tak macam kita tapi tak semualah. Hasad dengki tak tertakluk pada sahabat handai, rakan taulan, rakan sekerja tapi sesama adik beradik, keluarga semua ada sifat mazmumah itu."

"Jadi kita kena jaga hati kita, jangan biarkan syaitan hasut. Syaitan ni kalau boleh nak sesatkan anak cucu Adam memang satu kejayaan yang besar kepada mereka."

Gisela dan Nuryn buat muka selenga apabila Qaid mula ceramah agamanya. Siapa tak kenal Qaid Uzair, seorang anggota polis serta penceramah tidak bertauliah yang sering mengeluarkan kata-kata nasihat seiring dengan topik yang mereka bicarakan.

"Hei! Dengar tak apa abang cakap ni?" Qaid geram melihat dua orang wanita itu tersengih-sengih.

"Dengarlah Ustaz Qaid. G fahamlah. G nak buat apa sekarang?"

Nuryn hanya tergelak kecil. Bukan dia tidak pernah kena ceramah dengan Qaid. Selalu sangat tapi Nuryn tidak kisah kerana dia tahu Qaid bercakap untuk kebaikannya dan orang lain juga. Secara tidak langsung Qaid menegur mereka secara halus. Anak tok gurulah katakan. Siapa kata polis tak boleh jadi ustaz, janji ilmu alam eh ilmu agama penuh di dada.

"Buat masa sekarang kita tak boleh buat apa-apa. Kita tak ada bukti yang cukup. Setakat kata-kata yang keluar dari mulut eh siapa dia tadi..nine, ten.."

"Noah Dzulkarnain..apalah abang ni..nine, ten pula."

"Haaa Noah Dzulkarnain..setakat kata yang keluar daripada mulut dia, tak boleh jadi bukti yang dia ada niat membunuh."

"Jadi abang nak tunggu dia bunuh Iskandar dulu baru polis nak bertindak? Macam tu?" Gisela bertanya dengan nada yang tidak puashati.

"Tak adalah macam tu tapi tuduhan G serius tau. Kalau G buat laporan, polis akan siasat Noah Dzulkarnain serta ahli keluarga. Pekerja Dato' Salahuddin juga akan di siasat."

"Kalau tidak dapat dibuktikan kata-kata G tadi... silap haribulan Noah Dzulkarnain akan saman G pula nanti."
Qaid menerangkan segala kemungkinan secara panjang lebar kepada Gisela.

Gisela termenung. Sungguh dia risau dengan keselamatan Noah Iskandar. Dia tidak rasa yang Noah Dzulkarnain main dengan kata-katanya. Nampak sangat dendam kesumat yang masih bernyala di dalam hati Noah Dzulkarnain.

Nuryn yang sedang menyuap makanan berhenti seketika setelah melihat wajah muram Gisela.

"G, kak Yin nak tanya ni, G jangan marah ya."

"Apa yang kak Yin nak tanya G?"

"G jatuh hati kepada Iskandar ke?"

Gisela ternganga. Kenapa kenyataan sebegini boleh keluar dari mulut Nuryn? Ya, dia akui Noah Iskandar punya karisma sebagai lelaki idaman wanita. Dia sendiri terpegun apabila bertemu Noah Iskandar buat kali pertama tapi untuk jatuh suka..tak kut.

Betul ke tidak suka? Aku suka..aku suka..eh kenapa keluar suara Upin Ipin pula ni? Gisela garu kepala. Complicated juga masalah ini.

Qaid dan Nuryn saling berpandangan. Masih menunggu jawapan Gisela. Nampak seperti Gisela sedang mencari ayat yang sesuai untuk memberi jawapan atau dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasa.

"Hmm..tak adalah sampai jatuh hati. G pun baru kenal dia tapi haa mungkin G kesian kat di kut. Yalah ada abang tapi bencikan dia malah nak bunuh pula. Ya..ya.. G hanya kesian kat dia sebagai saudara seIslam. Yes!!"

Gisela puashati sebab boleh memberi sebab yang paling munasabah kepada Nuryn dan Qaid.

"Amboi! Jawapan macam karangan Pengajian Am. Panjang berjela." Tawa Nuryn terletus jua, begitu juga dengan Qaid.

Wajah gelabah jelas terpancar dan Gisela tidak menyedari bahasa tubuhnya sudah dapat dibaca oleh Qaid dan Nuryn.

"Tok ayah mesti bangga dengan G sebab G sanggup tolong orang yang berada dalam kesusahan."

Tok ayah adalah gelaran untuk abi Gisela kerana abi Gisela merupakan guru silat yang terkenal di kampung mereka. Bapa saudara Qaid. Qaid sendiri belajar silat dengan Tok Guru Qadri.

Gisela juga belajar silat tetapi dia tidak habis belajar. Dia tidak mahu menjadi perempuan yang kasar. Dia hanya mahu menjadi perempuan melayu terakhir yang bersopan santun dan berbudi bahasa. Gitu. Sebab itu dia mengambil kursus kesetiausahaan walaupun ditentang hebat oleh abinya.

Suasana sepi seketika. Masing-masing menghabiskan makanan yang berada di depan mereka. Qaid sendiri cuba mencari solusi untuk menyelesaikan masalah Gisela.

Dia tidak boleh lepas tangan. Walaupun perkara itu tidak dapat dibuktikan tetapi dia harus cakna agar perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Mungkin benar Noah Dzulkarnain akan lakukan perkara itu dan mungkin juga Noah Dzulkarnain sekadar cakap kosong.

"Macam nilah G. Abang rasa lebih baik G rapat dengan Noah Dzulkarnain. G boleh tahu apa yang dia akan buat."

"Maksud abang?"

"Bercinta dengan dia."

"What?! Are you out of your mind? Abang nak G kena kerat dengan kekasih dia? Tak boleh..tak boleh."

"Oh! Dia dah ada kekasih ke? Kalau begitu apa kata G bercinta dengan Noah Iskandar. Sekurang-kurangnya bila G rapat dengan dia, G dapat lindungi dia."

Gisela terkedu. Apa punya rancangan yang Qaid cadangkan kepadanya.

Nak tackle Noah Iskandar?

Si pendiam muka bercuka tu?

Sudahlah dua kali Gisela tersimbah air kepadanya.

Aduh! Gawat ni!

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now