BAB 49

323 11 0
                                    

Ketukan pintu bilik Dato' Salahuddin mengejutkan mereka yang sedang bertegang urat. Semua mata memerhati konco-konco Ikmal yang setia mengawal pintu tersebut.

Dengan sekali anggukan daripada Ikamal, salah seorang daripada pengawal, membuka pintu. Seorang lelaki berkot kemas sambil membawa briefcase kelihatan tercengang melihat situasi di dalam bilik Dato' Salahuddin.

"Haaa Tuan Ahmad Sulaiman, masuk... masuk... jangan malu-malu. Dato' dah maklum yang tuan nak datang hari ini." Ikmal senyum melihat kedatangan Tuan Ahmad Sulaiman, peguam Doto' Salahuddin.

Dato' Salahuddin mengangguk perlahan kepada Tuan Ahmad Sulaiman, memberi kebenaran supaya masuk. Dia tahu Ahmad Sulaiman hanya akan menurut arahannya sahaja.

Lelaki separuh umur itu segera menghampiri Dato' Salahuddin yang duduk berkumpul dengan anak-anak dan menantunya. Dia merasa agak hairan melihat keadaan itu dan mengalih pandangan kepada Ikmal yang menyengih tanpa punca itu. Dalam hati dia merasakan ada sesuatu yang tidak beres berlaku dalam bilik itu.

"Err... kalau Dato' sibuk pasal hal lain, saya boleh datang pada masa lain." Tuan Ahmad Sulaiman berura-ura untuk meninggalkan bilik itu apabila merasakan ada ketegangan  pada wajah masing-masing.

Orang suruhan Ikmal segera merapatkan diri di pintu membuatkan Tuan Ahmad Sulaiman agak tersentak. Dia  tegak di tempatnya berdirinya tanpa mahu melangkah. Mata meliar memandang Dato' Salahuddin.

"Tuan tak boleh ke mana-mana, tuan hanya boleh pergi apabila  urusan saya selesai." Ikmal masih duduk silang kali di kerusi Dato' Salahuddin.

"Apa maksud kau?" Tuan Ahmad Sulaiman rasa dia tidak perlu berbahasa dengan Ikmal memandangkan Ikmal tidak mempunyai kuasa dalam syarikat itu walaupun ketika itu Ikmal sedang duduk di tempat Dato' Salahuddin.                                    

"Isk... isk... Tuan Ahmad Sulaiman, kasarnya bahasa tuan. Tak apa, selesai semua nanti... tuan dah boleh bersara. Saya akan lantik peguam lain untuk syarikat saya pula." Ikmal ketawa dengan kuat.

Wajah Tuan Ahmad Sulaiman berubah kelat. Sejak dulu lagi dia sudah menasihati Dato' Salahuddin agar berhati-hati dengan Ikmal tapi Dato' Salahuddin masih bersikap positif. Dia tidak mahu bersangka buruk kepada adik iparnya sendiri kerana dia tidak nampak Ikmal akan memberi ancaman kepadanya anak beranak.

Namun dia tersilap menghakimi Ikmal yang dianggap polos dan tidak tahu apa-apa itu. Rupa-rupanya Ikmal lebih licin dari belut dan membelit lebih dari ular. Malah isterinya sendiri tidak mengetahui niat jahat adik kesayangannya itu.

"Dato'! Apa yang dah berlaku?" suara Tuan Ahmad Sulaiman sudah meninggi. Dia juga tidak dapat menahan diri melihat telatah Ikmal yang sudah seperti kaduk naik junjung itu.

"Sabar Mat, kau dengar cakap Ikmal dulu."

"Tapi Dato'..."

"Sudah Tuan Ahmad! Cepat kita selesaikan hal ini." Ikmal nampaknya sudah hilang sabar.

"Apa yang uncle nak buat?" Noah Iskandar yang dari tadi diam, mula menyoal Ikmal walaupun dia sudah agak apa yang Ikmal akan lakukan.

"Hah! Baru nak bersuara, Ingatkan dah bisu tadi."

"Uncle tahukan apa yang uncle lakukan adalah satu jenayah."

"Wahhh! sekarang baru kau nak buka mulut Is? Atau lawyer Noah Iskandar?" Ikmal tepuk tangan. "Abang tahu Is adalah lawyer terkenal kat sana? Sebab itu abang nak tubuhkan jabatan undang-undang dalam syarikat ini?"

Dato' Salahuddin pegun di situ, nampaknya rancangannya untuk meletak Noah Iskandar di tempat sepatutnya bakal berkubur apabila Ikmal memegang jawatan tertinggi dalam syarikatnya nanti.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now