BAB 24: GIBRAN'S DECISION

329 11 4
                                    

Gisela bergegas ke hospital bersama Gibran apabila mendapat panggilan telefon daripada Qaid Uzair. Dia bertambah gementar apabila dikhabarkan yang Noah Iskandar cedera.

Gisela sama sekali tidak tahu yang Noah Iskandar ditembak, ingatkan hanya kemalangan kecil saja. Maklumlah Noah Iskandar menunggang motosikal besar, kebarangkalian untuk mendapat kemalangan memang tinggi.

Sampai di hospital, Gibran terus masuk ke dalam wad kecemasan dan membiarkan gisela menunggu seorang di ruang menunggu.

Qaid Uzair yang ketika itu menemani Noah Iskandar keluar dari wad pemantauan setelah Gibran mengambil alih memeriksa Noah Iskandar.

"Apa yang dah berlaku?" Gisela kelam kabut bertanyakan Qaid apabila nampak saja muka abang sepupunya itu.

"Hei! Kenapa kalut sangat ni? Is tak apa-apalah. Sikit saja tu." Qaid kelihatan tenang, mengambil tempat duduk di sebelah Gisela.

"Is jatuh motor ke?"

Qaid menggeleng.

"Habis tu?" Gisela geram kerana Qaid masih lagi tenang.

"Dia kena tembak..."

"Apa??!! Kena tembak?"

Suara Gisela yang kuat membuatkan pelawat yang menunggu di situ mengalih pandangan mereka kepada Gisela yang ketika itu sudah mundar mandir dalam tempat menunggu.

Tanpa menghiraukan pelawat yang asyik memerhatinya, Gisela menangis kuat. Qaid pula kelihatan panik melihat Gisela menangis seperti kehilangan suami.

"G, relaks la... dia tak apa-apa cuma bahunya saja yang cedera. Nasib baik pembunuh upahan itu tak cekap, kalau tidak innalillah dah Is tu."

Gisela tampar bahu Qaid membuatkan dia mengaduh. Bahu digosok perlahan, sakit juga pukulan Gisela... anak guru silat kan.

Namun Qaid sempat tersengih melihat Gisela yang kelihatan sangat gelisah. Kenapa tadi dia tak kata Noah Iskandar koma saja, mesti Gisela akan melalak dengan lebih kuat. Heh... heh.

"Apa abang Qaid ni, cakap la elok-elok." Gisela mencebik.

"Apa abang buat kat sini? Kenapa tak tangkap pembunuh tu?"

"Abang dah laporkan pada team abang. Nanti mereka akan kesan pembunuh itu. Lagi pun kalau abang yang kejar, siapa nak hantar Is ke hospital."

"Abang, G risaulah. Sekarang mereka dah berani tembak terang-terangan, nanti tak tahu apa pula yang mereka akan buat."

"Apa yang berlaku kat pejabat sebenarnya?"

"Tak ada apa-apa pun cuma Is ada buat drama sikit depan Nine." Perlahan saja suara Gisela memberitahu Qaid.

"Apa yang Is buat?"

Gulp! Gisela telan liur... terasa payau. Perlukah dia menceritakan kepada Qaid apa yang berlaku? Kalau ustaz depan dia dengar, apa pula reaksi Qaid?

"Err... err..."

"Dia buat apa G?" suara Qaid sudah naik seoktaf.

"Dia dukung G masuk dalam lif ja." Laju saja Gisela beritahu, terkejut mendengar suara Qaid yang menyinga.

"Astaghfirullah... apa yang kau berdua dah buat? Kalau baba tahu, memang kau nak kena la G."

Qaid punyalah marah sampai sebut kau saja dekat Gisela. Pantang sungguh dia bila pasangan bukan mahram melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.

"Alaaa... abang dulu pun dah peluk kak Nuryn sebelum kahwin, boleh pula."

"Masa tu darurat, kak Nuryn kau jatuh gaung... kena la abang peluk, kalau tak dia jatuh lagi teruk."

"Heh! Alasan. Samalah dengan G, darurat juga. G terjatuh sampai terseliuh sebab tu Is dukung G."

"Habis sekarang terseliuhlah."

"Hah!? Sekarang dah elok. Hehe."

Qaid luku kepala Gisela, tahu yang mereka berpura-pura untuk menyakitkan hati Nine.

"Jangan salahkan G, aku yang nak dukung dia."

Muncul Noah Iskandar menyelamatkan Gisela dari dimarahi oleh Qaid lagi.

"Is! Awak okey?" Gisela terpa ke arah Noah Iskandar tapi terhenti dua meter dari Noah Iskandar. Teringat amarah Qaid tadi membuat dia tak jadi memeluk Noah Iskandar.

Gibran yang berada di belakang Noah Iskandar hanya tersengih melihat pasangan itu.

"Is okeylah G. Tak ada yang serius cuma terkena sipi saja. Itu pun luka terbakar dari peluru yang tersasar." Sebagai doktor, Gibran menerangkan keadaan yang sebenar seperti yang selalu dia beritahu keluarga pesakit lain.

"Terima kasih kepada Qaid sebab tarik aku dengan cepat, kalau tidak lagi parah aku kena."

Gisela jelir lidah kepada Qaid. Dia tahu Qaid amat cekap dalam menangani situasi yang mencemaskan. Komando la katakan. Dia sendiri kagum dengan Qaid kerana berjaya menyelesaikan banyak kes bersama teamnya.

"Jom Is, G hantar balik." Gisela ajak Noah Iskandar pulang selepas dia mendapati yang Noah Iskandar baik-baik saja.

"Dah kenapa G Nak hantar dia balik? G datang dengan abang kan." Gibran menempelak Gisela.

Gisela garu kepala sambil tersengih. "Oh! Lupa."

Noah Iskandar sekadar tersenyum melihat gelagat serba salah Gisela. Dia tahu Gisela kelihatan susah hati melihat dia cedera. Nampak sangat  wajah risau Gisela. Jelas ketara sehinggakan Gibran dan Qaid pun tersenyum lucu.

"Tak apa, nanti kawan aku datang ambil. G boleh balik dengan Gibran. Thanks Gibran and you too Qaid."

Gibran dan Qaid sekadar mengangguk, dah tugas mereka mestilah mereka tolong. Tambahan pula melibatkan Gisela, kesayangan Baba Qadri.

"Sebelum tu, aku nak cakap sesuatu."  Wajah Gibran kembali serius.

Gisela dan Noah Iskandar segera memberi perhatian kepada Gibran. Jantung Gisela berdebar kuat, dada kiri dipegang. Degupan jantungnya bertambah laju.

Gisela tahu ada sesuatu yang kurang enak bakal dikeluarkan oleh Gibran jika nada suara Gibran bertukar serius.

Noah Iskandar menanti dengan sabar apa yang bakal Gibran luahkan. Qaid sudah beredar agak jauh, tidak mahu campur kisah dua beradik itu.

"Aa... aa... pa... yang aa... bang nak katakan?" Terketar-ketar bibir Gisela bertanyakan Gibran.

Noah Iskandar ingin memegang tangan Gisela tapi takut pula dia terlantar dalam wad jika Gibran mengamuk nanti. Walaupun Gibran seorang doktor tapi dia anak guru silat, mesti Gibran juga ada ilmu silat.

Sebelah tangan Gibran mencekak pinggang dan sebelah tangan lagi memicit dahi. Dia tahu apa yang bakal dia katakan akan menghancurkan hati Gisela tapi dia lebih sayangkan Gisela. Dia tidak mahu Gisela terlibat dalam konflik yang melanda Noah Iskandar.

"Abang tak mahu G kawan dengan Is. Cukup sampai sini hubungan G dan Is."

Tegas sekali nada suara Gibran.

NOOOO! Gisela menjerit tanpa sedar.

Maaf tadi CikInzzz tertekan publish sebelum sempat habis taip.

Terima kasih kerana sudi baca story ini dan vote.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now