BAB 1: KEMBALI

639 25 2
                                    

Alhamdulillah.

Selamat touch down di tanahair. Hilang segala kenangan yang bermain di kepala Noah Iskandar selepas pengumuman dari kapten flight yang dinaikinya. Noah Iskandar menunggu penumpang lain turun dahulu sambil dia meregangkan otot yang kejang. Urat saraf tersimpul bila duduk lama sangat dalam kapal terbang. Noah Iskandar akhirnya turun dengan memberi senyuman yang manis kepada pramugari yang bertugas tanda terima kasih kerana melayan para penumpang dengan mesra.

Selesai mengambil bagasi, Noah Iskandar berjalan perlahan menuju keluar. Dia memerhati sekeliling KLIA, dah berubah setelah sepuluh tahun meninggalkan bumi Malaysia. Dia mencari Edry, rakan sekolahnya yang ditugaskan untuk mengambilnya. Rakan karib yang tidak pernah terputus hubungan walaupun dia tidak pernah kembali selepas melanjutkan pelajaran ke luar negara. Edry pula yang selalu berkunjung menemui Noah Iskandar jika dia ada urusan di UK.

Edry Sulaiman Dato' Salleh juga pernah belajar bersama Noah Iskandar dahulu tetapi selepas habis belajar dia pulang untuk menerajui syarikat abinya. Edry seorang yang peramah, happy go lucky dan suka bergurau berbeza dengan Noah Iskandar yang serius, jarang tersenyum tetapi baik hati. Perbezaan personaliti mereka berdua bukan halangan untuk mereka berkawan rapat malah persahabatan mereka amat erat persis seperti adik beradik.

"Assalamualaikum brother. Wahh! Semakin handsome kau sekarang. Badan pun dah berketul-ketul. Kau ni peguam ka body builder?" Tegur Edry Sulaiman Dato' Salleh.

"Waalaikumsalam Edry my man. Kau pun apa kurangnya. Aku tengok ramai awek asyik ushar kau je dari tadi. Kau dah jadi model ke atau pelakon?"

"Isyy..tak ada maknanya nak jadi pelakon. Kerja aku di pejabat berlambak sampai tak menang tangan. Aku cuti nak ambil kau ni pun puas aku bersoal jawab dengan abi."

"Untunglah kau anak tunggal, boleh jadi CEO. Aku tak merasa agaknya nak jadi CEO." Keluh Noah Iskandar.

Edry terkesima. Dia yang sudah maklum dilema yang di hadapi oleh Noah Iskandar hanya diam. Tidak mahu untuk mengungkit kisah lama. Dia sendiri hairan apabila Noah Iskandar memaklumkan yang Noah Iskandar akan pulang untuk bekerja di syarikat papa Noah Iskandar.

Apa yang dia tahu, Noah Iskandar tidak mahu bekerja di sini, kalau boleh jauh daripada abangnya. Edry mengajak Noah Iskandar singgah di sebuah kafe untuk mengisi perut yang dari tadi mendendangkan lagu keroncong.

Setelah mengambil tempat duduk dan mengorder makanan, Edry bersiap sedia untuk menemuramah Noah Iskandar.

"Is, kenapa kau pulang? Bukan kau kata nak kerja dan tinggal di sana ke?"

"Entahlah. Papa rayu aku supaya balik dan kerja dengan dia. Dia tak berapa sihat sekarang."
Wajah Noah Iskandar redup apabila menceritakan mengenai papanya.

"Habis abang kau?" Nada risau kedengaran dari suara Edry.

"Hmm abang aku tak tahu aku balik. Mesti dia terkejutkan bila dia tengok aku nanti." Noah Iskandar ketawa tetapi bunyi tawanya amat hambar sekali.

"Apa yang dah jadi sebenarnya?" Edry masih lagi tak puas hati.

"Eh! Kau dah tukar profession ke? Dah jadi detektif? Tak seronok kerja dengan Dato' Salleh?" tanya Noah Iskandar bertubi-tubi.

Saja dia hendak tengok reaksi Edry. Suka betul jaga tepi kain dia tapi dia tidak kisah sebenarnya malah dia amat berterima kasih kepada Edry kerana sentiasa ambil berat terhadapnya.

"Amboi kau..sukakan kenakan aku. Aku bukan nak tengok kain kau terkoyak ke tidak tapi aku risaukan kau..aku sayangkan kau.."

"Choii!! Kau jangan merepek boleh tak. Walaupun aku dah lama tinggal di sana tapi aku masih lagi berpegang kuat kepada agama..tau tak." Noah Iskandar menjerit kepada Edry.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now