Inspektor Qaid Uzair, seorang polis komando... terperosok di jenang pintu ditumbuk oleh seorang doktor perubatan, Dr. Gibran Qaiser. Satu adegan yang terbalik jika diikutkan mata kasar. Namun itulah yang berlaku sekarang.
Jangan ingat doktor hanya menyelamatkan orang tetapi Doktor Gibran bisa mencederakan orang juga. Gibran yang memiliki tali pinggang hitam silat babanya tidak teragak-agak
menggunakan kebolehannya.Nafas panas menderu-deru keluar... geram di hati tidak dapat disejukkan walaupun umi beberapa kali mengucapkan supaya bersabar. Gibran memandang sekilas wajah umi tapi bagaimana risaunya umi, masih lagi tidak dapat membuat Gibran tahan sabar.
Gibran mahu lagi melampiaskan kemarahannya kepada Qaid... tidak puas hati kerana memberi cadangan mengarut kepada adiknya tapi baba Qadri sempat menghalangnya dengan menarik tubuh Gibran.
Dipeluk oleh baba membuatkan tingkah Gibran terpasung kerana baba sudah mengunci pergerakan Gibran. Sepotong ayat dibaca oleh baba dan dihembus perlahan ke telinga Gibran.
Gibran menjadi lemah dan nafasnya sudah menjadi sekata... tidak lagi mendengus seperti lembu laga. Apabila Gibran sudah tenang, baba melepaskan pelukannya tapi Gibran masih berdiri tegak di hadapan Qaid.
"Sampai hati kau suruh adik aku buat macam-macam... dia tu hanya PA, perempuan pula tu bukannya polis atau detektif. Mana perginya akal kau yang bijak tu?" Tak dapat pukul, Gibran serang dengan percakapan pula.
Qaid duduk membetulkan silanya mengadap Gibran. Tak perlu tanya Gibran kenapa dia ditumbuk... Qaid sudah tahu jawapannya. Senyuman senget diberi kepada Gibran membuatkan Gibran panas hati.
"Boleh pula kau senyum macam tu. Nasib baik kau tu sepupu aku, kalau orang lain aku dah bunuh!"
"Gibran! Jaga tutur kata tu. Marah macam mana pun jangan keluarkan perkataan yang boleh membuat orang lain terasa. Berapa kali dah baba kata... banyakkan istighfar. Perkara boleh bawa bincang kan." Baba mula bertegas melihat Gibran masih lagi marah.
"Baba jangan marahkan Gib... memang salah Uzair. Uzair yang beri buah fikiran yang mengarut kat Meen. Maafkan Uzair." Lembut saja suara Qaid meminta maaf.
"Abang... bukan salah abang Qaid, G sendiri yang nak buat macam tu. G cuma nak tolong Is." Gisela menghampiri Gibran dan memegang tangan abangnya.
"G pun... suka sangat nak buat perkara mengarut. Dulu bila suruh masuk polis, tak mau... sekarang boleh pula jadi detektif. Itu tak pa lagi... boleh pula jatuh cinta dengan Is. Hishhh..."
"Cinta itu datang secara tiba-tiba. Tak ada angin... tak ada hujan... dia boleh datang seperti taufan Katrina, menyerang menyusup dalam hati."
Entah dari mana datang, Noah Iskandar sudah berada di muka pintu. Semua mata tertumpu kepada Noah Iskandar. Gisela tersenyum manis melihat kemunculan Noah Iskandar macam putera raja menyelamatkan puterinya.
Namun Gisela tidak dapat bergerak untuk menyambut kedatangan Noah Iskandar apabila melihat mata Gibran sudah menikam tajam ke arahnya.
"Kita bukannya di pentas bacaan puisi... yang kau bermadah seloka ni, apahal?" Gibran tempelak Noah Iskandar pula.
Noah Iskandar hanya mampu senyum manis tapi tangannya sudah bersedia untuk mengangkat Qaid supaya berdiri. Mereka berdiri bersebelahan sambil mengerling antara satu sama lain.
"Hah! kau nak apa datang sini?"
"Gibran Qaiser! Sudah la tu." Baba menegur buat kali kedua. "Jom masuk, kita bincang di dalam."
Baba mengarahkan Qaid dan Noah Iskandar masuk dan duduk di ruang tamu. Mata membuat isyarat kepada Gibran supaya turut serta bersamanya.
"Meen dengan umi... duduk di dapur dulu ya. Kami kaum lelaki nak berbincang sat." Umi mengangguk lalu menarik tangan Gisela.
"Tapi baba..." Gisela memprotes.
"Giselle...please... aku ada perkara nak bincang dengan baba." Noah Iskandar memujuk Gisela yang tidak mahu pergi dari situ.
Gisela mengangguk dan menuruti umi ke dapur. Umi sudah tahu jika baba berbincang, baba tidak suka ada kaum wanita turut serta. Baba tidak suka penglibatan kaum wanita dalam perbincangan kerana baginya perempuan agak emosional jika berbincang.
Baba mengarahkan tiga orang lelaki tampan (hihihi) duduk di hadapannya. Mudah baginya untuk bercakap dengan anak muda yang berdarah panas seperti Gibran.
Baba sendiri hairan apabila Gibran hilang kawalan. Dia tahu Gibran adalah seorang yang lembut hati, sesuai dengan pekerjaan sebagai doktor perubatan. Qaid pula lebih tenang dan melakukan sesuatu perkara dengan teliti... seperti arwah abangnya.
Entah mengapa Gibran mengamuk hanya disebabkan oleh Gisela. Mungkin Gibran terlalu sayangkan Gisela tapi sayang yang bagaimana? Gibran sendiri tahu dia tidak boleh memiliki Gisela sebagai seorang isteri walaupun mereka tidak mempunyai pertalian.
"Ehem... baiklah, sekarang apa ceritanya ni? Iskandar... Qaid?" Baba memandang seorang demi seorang lelaki-lelaki di depannya.
"Gib tak suka G kawan dengan Is. G kena berhenti kerja... duduk dengan baba dan umi."
Baba angkat tangan kanannya, menyuruh Gibran berhenti bercakap.
"Baba tak tanya Gib, baba tanya Qaid dan Iskandar." Gibran mencebik. Dah macam budak-budak tak dapat ais krim.
"Maafkan Is, baba... jika kemunculan Is membuatkan keluarga ini sudah jadi kacau bilau tapi..."
"Haaa tahu pun..." Gibran potong ayat Noah Iskandar.
"Gibbb..." meleret suara baba menegur Gibran.
"Tapi saya dah sayangkan Giselle maksud saya Gisela dan..."
"Sejak bila adik aku tukar nama? Nama dia Gisela bukan Giselle."
"Gibran! lagi sekali Gib menyampuk, baba suruh duduk dengan umi dan Meen kat dapur." Baba Qadri picit kepala... kenapalah Gibran buat kelaku macam budak-budak hari ini.
Qaid ketawa kecil... tahu dah perangai protective Gibran terhadap Gisela. Gibran jegil Qaid pula bersertakan penumbuk dilayang ke udara.
Baba Qadri tepuk meja... kuat. Kalau dua-dua anak itu masih budak-budak, dah lama dia piat telinga mereka. Tepukan baba berjaya mendiamkan Gibran, mulut dikunci rapat. Baba Qadri kalau naik angin, boleh terbang bumbung rumah.
Suasana menjadi hening seketika.
"Saya sukakan G dan saya dah sayangkan dia. Saya ingin melamar Gisela sebagai permaisuri hidup saya, boleh baba?"
Baba Qadri dan Gibran tercengang manakala Qaid sudah tersenyum manis. Gibran bangun dengan cepat.
"Tak boleh! Aku tak benarkan! Nanti apa akan jadi pada dia kalau kau ditembak lagi? Kau nak adik aku jadi janda muda? Begitu?"
"Tapi abang... G pun sukakan Is." Gisela yang menelinga dari dapur terus menerpa ke ruang tamu apabila mendengar bantahan daripada Gibran.
"G... jangan masuk campur. Ini urusan kami orang lelaki."
"Isyyy... budak ni, kena simbah dengan air batu agaknya... panas barannya tak hilang lagi." Baba ketap gigi.
"G yang nak kahwin bukannya abang... kenapa abang pula yang membantah."
"G dah tahu kan yang nyawa Is dalam bahaya. Kalau G kahwin dengan dia... nyawa G juga dalam bahaya. Abang tak mau hilang adik, faham tak? Abang sayangkan adik." Suara Gibran kembali mengendur, rasa sayu di telinga Gisela.
Gisela tak jadi melawan cakap Gibran apabila mendengar suara sendu Gibran. Tiba-tiba hatinya pula rasa nak menangis. Terpujuk dengan pengakuan Gibran... seronok pula bila Gibran sebut adik sebagai ganti nama G.
"Sebab tu bila saya kahwin nanti, saya nak bawa G ke luar negara. Saya ingat nak balik UK. Kalau saya jauh dari sini, mungkin Nine dah tak kacau saya lagi."
Krik... krik... semua terkedu mendengar kata-kata Noah Iskandar.
Pelbagai reaksi dipamer oleh baba, Qaid, Gisela dan yang melebih membuat reaksi mestilah Gibran.
Aduh! Tak habis lagi satu masalah... datang pula masalah lain.
BERSAMBUNG LAGI....
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...