BAB 33: PEDIH

331 14 0
                                    

Ava Ratna menghempas pintu bilik Noah Dzulkarnain dengan kuat. Sakit hati pula mendengar cadangan Ikmal yang tidak masuk akal.

Ada ke patut Ikmal menyuruh dia berpura-pura mengandung dan Nine akan ambil anak sesiapa saja untuk menggantikan anaknya.

Adakah salah dia untuk tidak mahu mengandung sekarang? Bukan dia tidak mahu langsung mengandung tapi beri masa padanya dulu.

Kerjayanya masih meningkat naik. Dia tidak boleh berhenti modelling masa sekarang. Nanti bila dia berumur barulah dia akan memikirkan untuk mengandung. Butik dia pula masih baru.

Gisela yang baru tiba untuk berjumpa Nine terkejut melihat wajah Ava yang merah padam. Apa pula yang tak kena ni? Gisela menggumam sendiri.

Gisela tidak mempedulikan Ava, terus menuju ke bilik Nine. Ada dokumen yang perlu Nine tandatangani jadi Gisela terpaksa ke bilik Nine. Kalau ikutkan, dia tidak suka masuk jika Nine ada di situ. Rimas.

Nine akan jadi ular bersalin kulit jika Gisela bertemu dengan Nine. Nine selalu lupa yang dia sudah mempunyai Ava tapi masih mahu mengorat Gisela.

Sebelum sempat Gisela tolak pintu bilik Nine, Ava berpatah balik berjumpa dengan Gisela.

"Hei! Budak kampung, masuk dalam nanti jangan pula nak menggatal dengan Nine." Ava tuding jari tunjuknya ke muka Gisela.

"Heee... saya tak berani Cik Ava, saya takut ular... geliiii." Gisela tepis jari Ava sambil melintuk tubuh badannya, membuat aksi geli.

"Berani kau sekarang eh! Oooo... sejak kau bercinta dengan Is, kau dah berani menentang aku ya. Kalau tidak, asyik tunduk saja kepala kau." Ava cekak pinggang.

"Saya tak berani Cik Ava, siapalah saya nak menentang Cik Ava yang cantik lagi rupawan ini. Saya masih ingat asal usul saya, Cik Ava."

"Haaa, tau tak apa. Kau mesti ingat walaupun kau kahwin dengan Is tapi Is masih sukakan aku tau. Dia sengaja nak buat aku cemburu, sebab tu dia kahwin dengan kau. Kalau ikutkan kau tak layak berdamping dengan Is. Kau hanya pekerja Dato' Salahuddin. Lagi pun aku anak Tan Sri, bukan macam kau... entah asal ceruk mana pun aku tak tahu." Ava menarik nafas.

Puas hatinya dapat mencemuh Gisela. Sebelum ini dia tiada alasan untuk mengutuk Gisela. Sekarang dia cukup gembira melihat air mata Gisela.

Ava hanya tersengih melihat wajah muram Gisela dan dia tahu Gisela tak akan melawan kata-katanya. Sebaik saja berpaling, Ava terkejut melihat tampang Noah Iskandar mencekak pinggang di belakangnya.

"Is... dah... apa... you..." Ava tidak dapat menutur satu ayat yang jelas pun kerana terkejut dengan kemunculan Noah Iskandar.

"Aku berasa amat gembira sekarang. Kau dah tunjuk wajah kau yang sebenarnya, Ava Ratna."

"I... Is... dengar cakap I dulu." Ava cuba menarik tangan Noah Iskandar tapi ditepis kuat membuatkan Ava terkedu.

"You're a perfect match for Nine dan aku tak rasa rugi satu pun berpisah dengan kau. Kau boleh bangga dengan pangkat dan kecantikan kau tapi kau kalah dalam budi bahasa seorang perempuan... anak Tan Sri konon. Aku tak mahu kahwin dengan perempuan yang terlalu bangga dengan pangkat dan kedudukannya kerana semua itu akan hilang satu hari nanti."

"Aku sukakan Gisela kerana dia bukan seorang yang suka berpura-pura dan dia tidak malu menjadi anak orang kampung. Kau tak akan boleh lawan dengan dia dari segi material atau fizikal. Jangan suka menghina orang, mungkin satu hari Allah akan buka aib kau pula."

Ava kejung di tempat dia berdiri. Tangan digenggam kemas. Dia silap langkah hari ini. Tujuan untuk menghina Gisela menjadi sebaliknya. Air mata menitis di pipi bukan terasa dengan kata-kata Noah Iskandar tapi dia malu Noah Iskandar mengutuknya di depan Gisela. Dia tidak boleh terima.

Noah Iskandar menghampiri Gisela dan mengambil dokumen dari tangan Gisela. Noah Iskandar mengarahkan Gisela kembali ke tempatnya iaitu di sebelah bilik Dato' Salahuddin.

"Basuh muka dulu sebelum papa nampak, nanti kita lunch sama-sama." Noah Iskandar bisik ke telinga Gisela.

Gisela hanya mengangguk dan mengikut arahan Noah Iskandar. Dia agak terasa dengan kata-kata Ava mengenai asal usulnya. Siapa pun dia, Ava tidak layak untuk menghakiminya.

Walaupun dia anak kampung tapi baba dan umi menjaganya dengan baik. Tak kisahlah baba bukan Tan Sri atau Datuk tapi selama ini hidup dia baik-baik saja.

Dia disayangi oleh semua orang. Dia yakin keluarga baba dan umi mengetahui yang dia hanyalah anak angkat tapi mereka tidak pernah membezakannya dengan saudara yang lain.

Dia tetap dilayan seperti keluarga mereka yang lain. Dia tidak pernah rasa disisihkan. Kalau dia tidak terdengar perbualan baba dan umi tempoh hari, mungkin sampai sekarang dia tidak tahu yang dia adalah anak angkat.

Ava masih tidak lagi berganjak dari tempat dia berdiri, masih lagi berhadapan dengan Noah Iskandar.

"Is, I masih sayangkan you."

"What?! Give me a break. Kau dah hilang akal? Pejabat Nine ada di sebelah ni saja dan kau masih lagi sanggup ucapkan kata sayang untuk aku. I don't believe you."

"I tau you masih sayangkan I kan. You nak kahwin dengan budak kampung tu sebab you hanya nak sakitkan hati I saja kan. Beritahu perkara yang sebenar Is."

"Okey... macam ni. Aku akan katakan untuk kali terakhir. Kau hanya berilusi. Aku cintakan Gisela dan dia tak ada kena mengena dengan... nak sakitkan hati kau atau whatever. Terima hakikat ini... kami akan berkahwin sama dengan hari kau dan Nine berkahwin."

"Tapi Is..."

"Sudah! Berhenti! Hubungan kita hanya setakat kakak ipar dan adik ipar. Aku dah berhenti cintakan kau selepas kau menjalinkan hubungan dengan Nine. Cukup sampai di sini!"

Noah Iskandar terus masuk ke bilik Nine tanpa menoleh belakang lagi. Ava berjalan longlai menuju ke lif. Dua kali menerima tamparan hari ini cukup membuatkan dia patah hati.

Dia cukup tamak untuk menagih cinta Noah Iskandar kembali. Cemburunya kepada Gisela sudah sampai ke kemuncaknya.

Entah macam mana dia nak hadapi kehidupan di vila Dato' Salahuddin nanti. Noah Dzulkarnain yang sukakan Gisela dan dia pula masih sayangkan Noah Iskandar.

Haru!

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now