Suasana hening seketika. Gibran yang tadi sudah tenang kembali menjadi rusuh. Noah Iskandar memang cari penyakit. Ketika dia melarang Gisela berkawan dengan Noah Iskandar, boleh pula diusulkan bicara kahwin.
Gibran boleh tahan lagi jika Gisela berkahwin kerana baba tiada halangan tapi membawa Gisela ke luar negara? Gibran tidak boleh bertolak ansur.
Mana mungkin dia membiarkan satu-satunya adik perempuan jauh daripadanya. Gibran akan berasa sunyi. Begitu juga dengan umi dan baba. Mereka semuanya sayangkan Gisela.
"Kau sukakan nak naikkan darah aku. Kau nak bawa G lari daripada kami ke?" Gibran bangun dari tempat duduknya.
"Kau tak kesiankan baba, umi dan aku? You're so selfish!" Gibran mendengus.
"Bukan G tak boleh balik sini..." Gisela menyampuk.
"G... you stay out from this."
"Tapi abang... ini hidup G. G nak bersama Is. G nak..."
"Nak apa? Ohhh... G nak keluar dari sini... G nak jauh dari kami sebab kami bukan..." Gibran terdiam.
Dia hampir tersilap cakap. Gibran gigit bibir. Baba sudah menjeling kepada Gibran. 'Budak ni kalau marah, cakap tak ikut kepala dah.' Baba Qadri menggerutu dalam hati.
Gisela tergemap. Dia tahu apa yang Gibran bakal katakan. Dia sudah bersedia sebenarnya tapi dia mahu baba atau umi yang pecahkan rahsia ini kepadanya bukan Gibran.
"Bukan apa abang? Cuba abang habiskan ayat abang tu." Gisela mencabar Gibran.
"Abang... err... abang... tak ada apa..." Gibran garu kepala... mata melilau pandang baba dan umi silih berganti, meminta pertolongan.
Namun baba mahu pun umi hanya berdiam diri. Tidak mahu untuk menyambung kata-kata Gibran. Gibran nak cari pasal sangat kan. Baba tahu silap hari bulan, Gisela akan lari dari rumah jika dia tahu kebenarannya.
"Baba... umi... apa yang abang Gib nak kata tadi? Tolong... jangan bagi Meen tertanya-tanya." suara lirih Gisela meruntun hati baba dan umi tapi mereka tidak boleh memecahkan rahsia ini... bukan sekarang.
"G... abang rasa..."
"Meen, abaikan apa yang abang cakap." Umi mencelah... takut jika perkara sensitif itu terkeluar dari mulut Gibran.
"Abang..."
"Macam nilah... Is balik dulu. Kami nak bincang perkara ini dulu... antara keluarga kami, boleh? Nanti baba bagi keputusannya kepada Is. InsyaAllah."
Sebelum sempat Gibran sambung cakap lagi, baba dah potong cakap Gibran. Baba rasa dia perlu masuk campur segera sebelum keadaan menjadi tegang.
Noah Iskandar sekadar tunduk dan mengangguk. Dia rasa tidak perlu terburu-buru dalam membuat keputusan. Banyak hati perlu dijaga untuk merealisasikan impiannya untuk menyunting Gisela sebagai surinya.
Lagi pun dia belum memberitahu papa dan mama akan hasratnya ini. Semua keputusan yang dibuatnya adalah secara spontan tanpa memikirkan baik atau buruk keputusannya itu.
"Baiklah... saya minta maaf jika keputusan saya menyebabkan keadaan menjadi huru hara. Saya terlupa akan adat kita yang dijunjung lama oleh orang tua hanya kerana saya terlalu ghairah untuk mendapatkan Gisela. Maafkan saya sekali lagi." Noah Iskandar menghulur tangan bersalam dengan baba.
Baba menyambut salam Noah Iskandar dengan tangan terbuka. Suka melihat tampang lelaki yang begitu menghormati orang tua. Dia akui mungkin Noah Iskandar terlalu lama berada di luar negara sehingga terlupa adat orang Melayu yang masih dipraktikkan.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
عاطفيةTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...