𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 15

1K 50 1
                                    

Adik beradik Fayyan itu hanya memekakkan sahaja telinga mereka apabila si ayah sedang membebel di dalam talian melalui facetime. Haih, papa membebel apa pun aku sendiri tak tahu.

"Kamu berdua ni dengar ke tidak? "

"Dengar"

Namun perkataan "kot" disebut didalam hati. Siapa yang cakap? Dua-dua. Emilia hanya mendiamkan diri daripada tadi, cuba menahan daripada Bella Sofia keluar menjadi host badannya. Ezrian dekat sebelah kakaknya hanya tunggu masa untuk meletup. Seriously papa? Papa tak ingat langsung eh selama ni?

"Kamu berdua buat apa dekat Malaysia? Rumah kita dekat Vegas. Bukannya dekat Malaysia ada urusan penting yang kamu berdua perlu selesaikan sampai seminggu baru papa dapat berita. "

"Line Em E lah papa, nanti kita call lagi ye"

Tanpa sempat si ayah mahu membalas, Emilia menamatkan facetime mereka. Fuhh. Aku dah bebas. Tak adalah aku jadi malaikat maut lagi harini.

"Aku baru je nak tutup tadi, tengok-tengok kau dah tutup dulu akak"

"Apa kau fikir kau sorang je yang bosan dengar papa membebel? Aku ni daripada tadi tahan Sofia keluar"

"Aku fikir aku sorang je yang tengah tahan berasap sebab papa, rupanya--"

"Ye Ez, kali ni kita sekepala. "

Emilia memandang pula ke arah Arran dan Ezriel yang sudah terlena di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Tahulah sofa tu aku buat besar macam katil, janganlah sampai dekat sini pun korang nak tidur berpeluk bagai. Haih.

"Disebabkan misi makhluk tak guna dua ekor tu dah berjaya, aku nak kena balik rumah--"

"Monyet dua ekor ni kau nak campak mana, Raffael? "

"Aku taknak dua ekor tu balik sekali dengan aku. Menyemakkan otak aku je! "

"Nak aku--"

"Aku ada anak buah sendiri dekat sini yang boleh amikkan aku, sekian kalau itu pelawaan kau"

Emilia hanya anggukkan sahaja kepalanya melihat Adryan keluar dari rumahnya. Adab dengan tetamu, kena hantar tetamu sampai ke pintu rumah. Emilia menghantarkan tetamunya itu ke muka pintu rumah walaupun dia yakin yang Adryan tengah fikir dia tengah buang tabiat.

"Thanks "

"For what? "

"Everything. Dari kau tolong tampalkan cool fever dekat dahi aku sampailah kau tolong masakkan sup ayam tu untuk aku makan"

Adryan sekadar memandang Emilia tanpa reaksi muka. Kosong. Apa yang dia buat? Dia blah gitu je. Jangan risau Emilia dah lama maki dia lepas dia tak dapat apa-apa respon pun daripada Adryan sebentar tadi. Eh aku punyalah baik nak cakap terima kasih dekat kau, kau blah gitu je dengan muka selenganya. Hape kau ingat kau handsome ke?! Beku betul!

"Kak, yang kau duk tenung pintu tu macam nak tembus kenapa?"

Suara adiknya yang mengembalikan dia ke dunia realiti. Emilia berjalan semula ke arah Ezrian lalu punggungnya dilabuhkan di sebelah adiknya.

"Reason kau dekat sini sama macam aku ke ni, Ez? "

"Aku yakin sama kak. Cuma aku pelik kenapa papa macam tak ingat. Meroyan papa masa kau hilang haritu, kak. Padahal dia dah tahu kan yang selama ni pun kau suka bawak diri tanpa jejak, tahu-tahu dah hilang. Tiba-tiba kalini papa meroyan. "

"There's something fishy here"

"Kau--"

"Mummy, janganlah buat anak dah dengan papa"

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now