𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 4

1.9K 84 12
                                    

"Kau dah kenapa akak kurung aku dalam ni?! "

Soalan pertama yang diajukan kepada Emilia setelah gadis itu masuk ke dalam bilik kebal. Alah bukannya panas pun, ada aircond siap. Oh ya, lupa kena ikat dengan besi.

Soalan Ezrian dibiarkan tergantung. Beberapa anak buahnya yang duduk menjaga Ezrian daripada tadi diminta keluar daripada bilik itu. Hanya tinggal dia serta adiknya itu.

Emilia yang berdiri sambil bersandar di dinding bilik kebal terus berpeluk tubuh. Anak mata hitamnya memandang Ezrian yang masih lagi mencuba untuk melepaskan diri itu dengan pandangan dingin. Lalat betul!

"Aku penat cakap dengan kau ni akak. Kau dah gila ke buat adik sendiri macam ni? Dahlah kena kurung lepas tu kau ikat aku pakai rantai besi! Sumpah kau kejam akak! "

"Siapa kakak kau? "

Soalan yang keluar dari mulut Emilia menyebabkan Ezrian memandang kakaknya itu seperti kuda ada sayap tengah muncul dekat depan dia. Akak tu dah kenapa? Demam ke?

"Kalau betul kau adik aku, apa serangga paling aku benci? "

Emilia menyoal Ezrian sambil berjalan menuju ke arah adiknya itu. Ezrian sudah berkerut dahi. Sumpah kakak aku ni demam! Ada ke patut dalam banyak-banyak soalan dalam dunia ni, dia tanya serangga apa paling dia benci?

"Aku tanya tu jawablah setan! "

Emilia menunjal kepala Ezrian. Lupa, diri Emilia satu lagi yang ambil alih sekarang.

"Kau kan takut segala jenis serangga! Manalah aku tahu! "

Sofia mengeluarkan pisau yang diambil daripada dapur tadi sebelum dia turun ke bilik kebal itu lalu menikam paha adiknya itu. Senyuman sinis dihadiahkan kepada Ezrian apabila jejaka itu mengerang kesakitan. Pisau yang tercacak ke dalam paha Ezrian dipusingkan seperti menggunakan jangka lukis untuk melukis satu bulatan lengkap tanpa sebarang cacat cela.

Semakin galak lah Sofia menggunakan pisau dapur itu yang sudah berlumuran darah yang keluar daripada paha Ezrian. Bau darah yang hanyir mula merebak dengan mudahnya. Tambah pula aircond masih dipasang.

Ezrian mengetap kuat giginya apabila hawa dingin daripada aircond terasa sehingga ke tulang pahanya yang sudah membanjirkan lantai bilik kebal itu dengan darah yang mengalir akibat daripada perlakuan Sofia.

Sofia atau Bella Sofia. Diri Emilia yang satu lagi. Tak ingat ke dekat blurb buku ni, ada yang berpenyakit DID atau lebih dikenali sebagai Dissociative Identity Disorder / Split personality. Apa? Fikir Adryan ke yang DID? Tak! Emilia lah yang ada DID itu.

Dan bukan dirinya yang sebenar yang tengah berlaku kejam kepada Ezrian. Pertukaran warna anak matanya daripada coklat kepada hitam pekat itu menandakan Sofia telah mengambil alih dirinya. Sekian, nanti aku cerita lebih lanjut lepas dah habis episod harini.

"Wrong answer. Aku paling benci lalat. Sebab apa? Dia bising, menyakitkan hati! "

"Apa kena mengena lalat dengan kau ikat aku akak!? Aku report papa baru kau tahu! "

"Kau nampak macam ada aku kesah ke? Tak kan? So silakan. Lagipun papa tak akan tahu sebab aku bakal jadi malaikat maut kau harini"

Sofia mencabut kasar pisau dapur yang masih lagi tercacak pada paha Ezrian. Meraung lagi lah budak itu. Darah makin banyak keluar dari paha Ezrian.

"At least tutuplah aircond setan! Busuk bau darah lalat ni, Em! "

Sofia memandang ke arah Zariq yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu sambil mengepitkan hidungnya. Remote aircond dicapai lalu ditekan suis on untuk menutup aircond yang masih digunakan. Sumpah tak boleh bernafas! Emilia ni tak loya ke dengan bau darah banyak-banyak ni? Dia hampir sahaja termuntah sebaik sahaja pintu bilik kebal itu dibuka.

"I ingat you dah tidur Haikal"

Haikal? I? You? Jarang gadis itu memanggilnya dengan nama keduanya dan bahasakan I you dengannya melainkan...

"Sofia? "

"Kenapa? Tak suka lah tu I keluar kan? "

Zariq hanya senyum apabila gadis itu memandang ke arahnya. Bella Sofia sedikit lain daripada Emilia. Walaupun diri lain gadis itu sedikit kejam, tetapi Sofia lebih manja berbanding Emilia. Nak tengok Emilia buat muka comel? Jadi budak gedik? Jangan harap! Sofia sahaja yang akan jadi begitu.

"Bukannya tak suka tapi agak-agak lah you ni! Nak terkeluar anak tekak I masuk bilik ni tadi tahu? "

"Eleh, macamlah tak selalu tengok I buat macam ni. You ni mengada lebih! "

Muka cemberut ditayangkan kepada Zariq. Ish! Nak cakap kita kejam lah tu! Sofia berjalan menuju ke arah Zariq yang berada tidak jauh dengannya sambil memegang pisau yang masih menitiskan darah Ezrian.

"Jangan dekat dengan I! I dah mandi Sof! "

"Ehee! "

Makin galaklah Sofia mendekatkan diri dengan Zariq. Zariq pula makin menjauhi Sofia yang dah tersenyum senget. Habislah aku! Pisau yang dipegang oleh Sofia dilepaskannya lalu disapukan darah yang menitis di tangannya itu ke muka Zariq. Membebel jugalah jejaka itu apabila dia kena mandi sekali lagi.

Sofia yang melihat Zariq dah membebel tergelak. Makin membebel lah si Zariq itu. Ada ke patut dia tengah bebel bebel, gadis itu gelak? Makin panaslah hatinya. Dahlah baru je lepas mandi, ingatkan masuk bilik kebal itu, Emilia dah habis main dengan lalat dia. Rupanya belum ye anak-anak.

"Kau boleh happy dekat situ akak? Adik kau tengah merana ni tahu tak! "

Pandangan mereka berdua beralih kepada Ezrian yang sudah merah padam mukanya menahan kesakitan.

"Kau ada apa nak spill kan before aku jadi malaikat maut kau harini? "

Sofia kembali kepada mood killernya. Pisau yang sudah semestinya penuh dengan segala mikroorganisma dekat lantai bilik kebal itu membuat perumahan, segala pseudopodium ehh tiber masuk pseudopodium. Tak ada kaitan langsung! Abaikan please, aku tengah stres.

"Spill apa pula ni akak!? "

"Banyak songeh lah kau ni lalat! Aku dahlah memang benci lalat, kau menambahkan lagi kebencian aku dekat lalat! "

Sofia berjalan kembali menuju ke arah Zariq. Separuh perjalanannya ke arah Zariq terhenti lalu dibalingnya pisau itu tepat ke arah jantung Ezrian. Zariq tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dah biasa dengan mood killer Sofia.

Maka tamatlah riwayat makhluk lalat bernama Ezrian Fayyan itu. Silakan sedih ye anak-anak.

Psychology Segment

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Psychology Segment

Dissociative Identity Disorder / Split personality is a mental disorder which makes the person have at least two different personality states accompany by memory gap beyond what can be explained by ordinary forgetfullness.

DID is caused by overwhelming trauma or abuse during childhood but sometimes genetic and biological factors are also believed to play role.

DID often occur other condition in people with it. This may apply to different people but this one is the general one; Post-traumatic stress disorder (PTSD), depression, somatic symptom disorder, eating disorder, Obsessive-compulsive disorder (OCD), sleep disorder, self-harm and anxiety.

Aku kongsi maklumat dengan readers based on pengetahuan aku. Kalau ada yang lebih arif dalam hal ni and ada part salah, please tegur ye. Aku masih lagi memegang status student jadi faham ajelah kalau salah tu huhuhu.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now