"Dengan keadaan kau tengah mengandung? Jangan mimpi kau boleh menang!"
Aku hanya mengelak tendangan yang dihalakan ke perut aku. Kalau kau tanya aku, sejujurnya aku agak terkedu apabila syaitan depan aku ini menyebut perkataan mengandung. Sekejap betul budak Em tu buat kerja. Aku rasa baru je haritu dia sebut dia nak anak lambat dekat aku.
Aku membalas tendangannya menyebabkan dia jatuh tersungkur sedikit jauh daripada aku. Aku mencapai rifle yang berdekatan lalu menghalakan ke arahnya apabila dia kembali memandang ke arah aku.
"Ada kata-kata terakhir sebelum aku pinjam tugas malaikat Izrael?"
"Kau akan jatuh juga Iris Arina."
Aku yang baru sahaja ingin menarik picu terhenti apabila aku rasa ada kewujudan manusia di belakang aku. Aku hanya senyum sinis memandang tangan yang sedang menunggu masa untuk menikam anak yang berada di dalam uterus aku atau aku patut sebut itu anak Emilia. Bukannya anak aku. Ah pandai koranglah fahamkan, aku malas nak terangkan lebih-lebih.
"Drop the weapon."
"Tak sangka pula aku yang kau pun sanggup belot Raffael, Ezriel Arfiqiel Raffael bin Arfan Raffael."
"You already know then."
"Kali ini nak bagi alasan apa?"
"Same just always. You dah tahu sendiri alasan apa."
"Apa reaksi Adryan agaknya eh kalau aku bagitahu dia yang co-leader Raffael pun sama belot Raffael?"
"You won't."
"I will."
Dengan itu aku jatuhkan rifle tersebut ke sisi aku dan perlahan-lahan tangan Ezriel juga menjauhi perut aku. Aku pusing ke belakang dan memandang tajam ke arah Ezriel. Aku mengambil pisau tersebut daripada tangannya dan membalingnya tepat ke tepi pintu. Mak mentua Emilia yang baru sahaja mahu melintasi birai pintu terhenti apabila melihat pisau tersebut hampir menembusi tengkoraknya. Aku hanya senyum sinis sebelum memerli syaitan tersebut. Aku kalau boleh tak nak sebut nama dia. Menjijikkan!
"Mungkin kali ini kau terlepas. Next time, aku takkan lepaskan kau. Masatu, bersiap sedia untuk hadap ajal kau."
"Kau tak payah risau. Doktor tu kata anak kau selamat."
"Kau ni terlebih gila sangatlah, sayang."
"Berapa kali aku nak sebut. Jangan panggil aku sayang. I hate it, papillon."
"Snowflake, beringat sikit aku ni suami kau tahu."
"Kau tu suami Em. Aku cuma hormatkan kau sebab kau suami Em."
"Aku geram je nak senyapkan kau, snowflake."
"Aku cabar kau buat."
Aku hanya pandang muka dia dengan wajah tak berperasaan aku. Adryan hanya menjeling tajam ke arah aku. Aku hanya senyum sinis apabila melihat Ezriel memasuki ruang tamu base Raffael. Ah! Pembelot dah sampai.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...