Dalam diam aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Aku garu kepala aku yang tidak gatal sekejap sambil memandang ke arah Zariq yang turut terkedu. Awal lah bocor maklumat. Tapi yang ini aku boleh tarik nafas lega apabila apa yang aku fikirkan tidak keluar daripada mulut Arran.
"Kenapa sampai nak bawa semua pihak atasan Raffael? Sedangkan ini dikira family matters. Boleh je kau bincang dengan aku bila balik pejabat malam nanti"
Aku berpeluk tubuh. Muka aku jangan cakaplah. Aku tengah tahan sabar dengan Adryan sekali gus menahan Sofia daripada mengambil alih badan aku saat ini. Mereka bertiga yang lain dengar apa yang aku tengah gaduhkan dengan Adryan. Benda kecil je pun, kenapa dia nak bawa juga Lucas? Sedangkan Lucas dikategorikan sebagai bukan keluarga Raffael. Eh pelik aku! Bukan apa, kalau setakat ada Arran tu, aku okey lagi. Sudahlah isu ini merupakan isu sensitif.
"Aku tak balik rumah harini. Aku kena fly France kejap lagi. Ada meeting dengan client sana tiga hari. Sebab tu aku datang sini"
"Benda boleh cakap dalam telefon kan? Kenapa nak besarkan hal kecil macam ni? "
Saat ini, hanya aku dan juga Adryan yang bersuara. Yang lain tidak mahu untuk mencampur tangan. Mungkin melihat aku yang sudah makin menipis kesabarannya. Sungguh aku tidak faham dengan suami aku!
"Benda kecil? Kau sedar tak yang isu ni isu besar? Then--"
Pada saat ini dapat aku rasakan Sofia sedang mengambil alih tubuh badanku. Memang itu tugas Sofia sebagai anger holder aku. Sebab itu juga aku payah nak mengamuk. Ketika saat aku mahu mengamuk, memang Sofia yang akan muncul.
"Then what?! Payah sangat ke nak faham yang isu ni isu sensitif?! Kenapa nak kena besarkan hal macam ini sedangkan boleh je bincang dekat rumah?"
Aku nak jujur ni. Aku sendiri pening pada saat ini ialah POV Emilia Ezrina atau POV Bella Sofia. Argh! Anggap sahajalah sehingga aku ambil alih semula badan aku bahawa sekarang ini POV Sofia. Aku pun dah bercelaru dalam ni.
Aku nampak jejaka kacak di hadapan aku sekarang ini mengecilkan matanya. Apa yang dia fikir? Aku cuma menyambung apa yang aku dengar daripada dalam tadi. Isu tentang ibu memang isu yang sensitif buat kami berempat. Oh ya, lagi dua personaliti akan keluar nanti.
"Kau jangan nak tinggikan suara dengan aku, Emilia Ezrina Fayyan! Ingat sikit yang aku masih lagi suami kau! "
Berkerut dahi aku ketika ini. Suami? Masa bila pula si Emilia ni kahwin? Bukannya dia cakap dia nak membujang sampai ke tua ke? Aku pandang Zariq di sebelah aku lalu aku angkat sebelah kening aku padanya. Dia hanya mengeluh seketika. Aku tahu jadi anak buah Emilia memang banyak tekanan lagi-lagi kalau bernama Muhammad Zariq Haikal bin Muhamad Zahlan. Emilia banyak bergantung kepada Zariq selama ini begitu juga dengan kami bertiga.
"Em dah selamat jadi isteri orang nak masuk dua bulan dah"
Aku pandang pula muka Ezriel dan juga muka kacak yang dikatakan suami aku secara bergilir-gilir setelah itu. Sungguh aku pening ketika ini. Apabila aku memanggil Emilia, dia malas mahu menerangkan kepada aku. Sudahnya dia bertekak dengan kak Isha dalam kepala aku! Aku yang kena tanggung pening lah makhluk syaitan dua orang ni pun!
Aku mencapai fail dihadapan aku lalu aku mengetuk-getuk kepala aku dengan sengaja untuk mendiamkan Emilia dan juga kak Isha dalam kepalaku. Zariq dekat sebelah aku sudah tergelak. Aku berhenti mengetuk kepala aku lalu menjeling tajam ke arahnya. Aku letakkan kembali fail itu dan memandang ke hadapan semula. Aku tengok muka kacak suami aku tengah terpinga-pinga dan juga ada muka yang aku tak berapa familiar juga sama. Ezriel, Arran dan sudah semestinya adik aku hanya bersahaja.
"Judging from your face pun I tahu dah yang korang tak tahu lagi. "
Aku hanya mengerakkan sedikit kepala aku ke hadapan untuk memberikan isyarat kepada Zariq untuk menerangkan keadaan Emilia kepada mereka. Emilia memang macam itu. Selagi dia rasa dia taknak cerita, sampai sudah kau tak akan dapat tahu tentang dia.
Apabila aku rasa Zariq hanya senyap, aku memandangnya. Dia juga turut berpeluk tubuh sambil menayangkan wajah seriusnya. Aku hanya angkat sebelah keningku. Tanda menyoal perbuatannya saat ini.
"Itu masalah you. Ceritalah sendiri. Suami you berhak dengar daripada mulut you sendiri bukannya daripada mulut I. "
"Selama ini you kan explain. Berani you ingkar arahan I, Haikal?"
"Tak ingkar. You sendiri tahu tentang ini. In case Emilia lupa nak ingatkan dekat you, meh I ingatkan balik. Apa-apa tentang masalah you berempat, itu bukannya bidang kuasa I untuk masuk campur. Tambah pula, suami you sendiri nak tahu so even better if you sendiri yang ceritakan, Sof."
Aku merengus geram. Aku kembali memusingkan badan aku ke hadapan. Aku tatap lama muka kacak suami aku. Handsome juga eh dia ni. Pandai si Em ni pilih. Tetapi aku masih pening dengan fakta yang dia bercinta dengan Ezriel, tetapi kahwin dengan orang lain. Dan aku yakin suami aku ada kaitan dengan Ezriel.
"First of all, sebelum I ceritakan, I nak tahu nama you. Nama you apa?"
Dengan muka yang pelik dan juga dahi yang sudah selamat berkerut seribu, suami aku menjawab namanya. Sedap nama dia. Adryan Erfan Raffael. Mata aku terbeliak setelah menyedari sesuatu. Raffael?! Dia ada talian darah dengan Ezriel dan juga Arran?!
"Eh kejap! You ada pertalian darah dengan Ezriel dan juga Arran ke?"
"He's my twin brother yang lahir 10 minit awal daripada I, Sof"
Aku terkebil-kebil saat ini. Ya Allah complicatednya jalan cerita cinta kau Ezrina oi! Aku meraup muka aku ketika sedang memproses apa yang sedang berlaku. Ezriel dengan Adryan kembar? Emilia bercinta dengan Ezriel tetapi kahwin dengan Adryan? Eh pening aku!
"Okey, now tukar! I nak tahu kenapa kahwin dengan Adryan bukannya dengan Ezriel?! "
"Long short story, forced marriage with our mummy"
Makinlah aku pening! Apa kena ni? Aku rasa macam nak bunuh si Emilia sekarang ini. Dia tinggalkan bala dekat kami terutama sekali aku?! Ya Allah! Aku tak fahamnya kenapa si Emilia ni boleh setuju pula kahwin paksa bagai ni?
"Macam mana pula boleh setuju kahwin paksa bagai ni? "
"You tak payah tahulah."
"Apa yang tak payah tahunya?! I tetap nak tahu, Ar! "
Suara suami aku mencelah untuk menceritakan segalanya. Ya Allah! Emilia ni memang nak kena dengan aku! Eh bukannya Emilia seorang tetapi dengan Ezriel sekali! Aku sempat baling fail di hadapan aku ini ke arahnya. Mungkin tidak menyangka yang aku akan bertindak sedemikian menyebabkan dia terbeliak matanya.
"Hey! You nak bunuh I ke? "
"Memang! Korang berdua kalau tak menyusahkan I, kak Isha dengan kak Iris memang tak sah! "
"I ada sebab I okey?! "
"Sudah! Now, explain! "
Suara Adryan yang lantang berbicara menyebabkan peperangan yang hampir meletus antara aku dan juga Ezriel terlerai. Here we go.. again!
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...