Emilia sampai ke base Fayyan terus menekan butang pada lift. Dalam hati tengah beristighfar supaya diselamatkan Zariq. Ya Allah, siapa pula yang buat si Zariq parah ni. Ni semua salah si Ez! Kau dah buat hati aku tak tenang, syaitan!
Sampai sahaja di tingkat bawah, Emilia terus meluru ke bilik rawatan. Hampir terkedu dia melihat Zariq yang sedang mengerang kesakitan di sisi adiknya yang sedang menekan luka tembakan. Emilia segera mengambil gauze yang ada di laci bilik rawatan itu lalu ditekan pula pada bahu Zariq.
"Status?"
"Single"
Dipandang tajam Zariq yang berada di hadapannya. Ada yang kena cepuk dengan aku ni. Mujur kau tengah parah je, kalau tak aku memang rodok sungguh luka kau ni karang.
Ezrian mula bersuara apabila Zariq tidak lagi mengerang kesakitan setelah menerima pandangan tajam daripada Emilia. Abang Zariq ni dah kenapa terkebil-kebil pandang akak?
"Tak payah buat lawak hambar kau sekarang ni, bang. Akak tu sedia je nak rodok kau punya luka"
Ditekan luka pada perut Zariq itu dengan kuat menyebabkan tangan Zariq naik ke kepala Ezrian. Apa lagi? Kena cepuk lah si Ezrian tu. Kau fikir tak sakit ke dia duk tekan luka aku? Sabar jela.
Emilia malas hendak melayan perang yang bakal terjadi antara Zariq dan juga adiknya itu lalu dia menuju ke arah rak yang menempatkan pelbagai alatan untuk merawat. Diambilnya botol kaca yang bertulis Bupivacaine pada laci yang dilabelkan local anesthesia. Syringe yang berada di dalam kotak diambil lalu diletakkan ke dalam tray.
Diambil pula sarung tangan lalu suture set dicapai sebelum gauze dicapai. Disuruh adiknya untuk membaringkan Zariq. Terjerit Zariq dibuatnya apabila local anesthesia itu dicucuk masuk melalui spinalnya. Sakit yall!
"Mind explain the situation now, my dear?"
"Aku dah tak larat ni, Em. Suruh adik kau lah cerita."
Dipandang pula muka adiknya. Seperti mana dia melihat Zariq, dia hampir juga terkedu melihat keadaan adiknya. Mujurlah adiknya tidak seteruk Zariq. Siapa pula yang cari nahas ni? Jahitan pada bahu dan juga perut Zariq yang sudah selesai ditampalkan gauze di atasnya.
Dibiarkan Zariq berehat seketika sebelum matanya memandang pula ke arah adiknya. Cuma luka sedikit sahaja tapi masih lagi teruk dengan keadaan tidak terurus. Ditarik tangan adiknya yang masih lagi diam tak berkutik itu untuk duduk di atas katil sebelah Zariq.
"Aku--"
"Nantilah kau cerita. Luka kau ni kena cuci dulu, Ez. Nanti masuk kuman lagi teruk"
Diambil pula iodin lalu ditekapkan pada gauze yang baru diambilnya. Disebabkan dia malas nak pegang forceps, Emilia hanya menggunakan tangannya sahaja apabila meletakkan iodin itu pada luka Ezrian. Malas lah pakai forceps, lambat! Apa? Aku pakai sarung tangan okey!
"Kau dah makan ke belum ni?"
Ezrian hanya mendiamkan diri. Emilia hanya mengeluh perlahan. Apalah yang dia nak kelentong papa dia nanti. Mujur sahajalah papanya masih lagi berada di Itali kalau tidak, habis dia kena bebel dengan papanya. Emilia capai plaster lalu ditampal pada luka Ezrian. Tak apa, luka tu dekat pangkal lengan, bukannya anggota wuduk.
Emilia yang melihat Ezrian menundukkan kepalanya hanya menarik perlahan adiknya ke dakapannya. Walau degil macam mana sekalipun si Ezrian ni, dia tetap anak bongsu. Dia tetap melepaskan manjanya dekat kakak dia disebabkan ayahnya sibuk dengan kerja.
"Tak apalah. Apa pun terjadi, aku bersyukur korang berdua selamat, Ez. Terima kasih telefon aku dengan cepat untuk bagitahu keadaan korang."
Ezrian meletakkan dagunya di atas bahu kakaknya sambil membalas pelukan kakaknya. Mulalah cengeng bongsu aku keluar ni. Mata aku dah berair ni. Mujurlah ada kakak nak lepaskan manja.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romantizm[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...