Senyap. Hanya bunyi pisau dan juga garfu yang berlaga dengan pinggan kaca yang didengari. Kedua-duanya tidak mahu bersuara, lebih memilih untuk diam.
Emilia tahu apa yang hendak dikatakan oleh Ezriel dan perkara itu yang menyebabkan dia memilih untuk diam. Ezriel pula tidak tahu hendak menyampaikan perkara itu supaya Emilia tidak melenting kepadanya.
"Di cosa volevi parlare? [What did you want to talk about?]"
Ezriel hanya meneruskan sesi menyumbat makanan ke dalam mulutnya. Tiada semangat hendak menyatakan perkara itu. Dia pasti Emilia akan bangkang sekeras-kerasnya.
"I rasa I tengah cakap dengan homo sapiens yang membawa chromosome XY yang diberi nama Ezriel Arfiqiel Raffael. Tapi tak tahulah kalau depan I ni actually pokok yang diklonkan menjadi manusia"
Ezriel meletakkan pisau dan juga garfu yang digunakan untuk makan hidangan western yang dipesan oleh mereka berdua. Gadis yang elok bertudung di hadapannya dipandang.
Emilia mencapai gelas air yang berisi jus oren yang dipesan olehnya. Straw dipegang lalu dibawa ke mulut.
"I nak you terima cadangan Mummy"
Belum sempat air tersebut hendak melalui esofagusnya, air tersebut bertukar laluan melalui trakeanya. Apa lagi, tersedaklah member tu. Dicapai tisu yang berada di tepi tingkap meja mereka lalu dilapkan mulutnya yang tersembur jus oren tadi. Emilia memandang Ezriel dengan pandangan pelik. Okey, ini lain daripada apa yang aku sangkakan.
"You ni demam ke? Tiba je suruh I terima cadangan mummy ni. Sedar diri sikit Ar yang you tengah nak suruh I kahwin dengan kembar you tu"
"Tahu. That's why lah I suruh you terima, sunshine"
Emilia memandang tajam ke arah Ezriel. Dia ni tak sedar ke dia tengah buat perkara yang sama macam dahulu? Dah baik, dah elok nak happy, tetiba break. Apa ke malang sangat nasib aku ni bila bercinta dengan si Arfiqiel ni?
"You sedar tak?"
"I tahu. I ulang balik macam dahulu. I tak ada nak cakap apa selain sorry, sunshine. Serius. Tapi semua I buat selama ini bersebab. Tolong faham I"
Emilia merengus geram. Penat! Dia ni nampak macam patung yang tak ada hati dan perasaan ke? Memang selama ini dia faham dengan Ezriel tetapi kali ini dia memilih untuk tidak memahami lelaki itu. Dia dah penat! Kenapa susah sangat nak ceritakan sebab apa?
"Enough! I had enough, Ar. This time, I choose to not understand you! Boleh tak? Setiap kali you ada masalah, cakap dekat I? Explain! You can't keep me in the dark like this, Ar. Apa function I sebagai partner you then?"
"I buat semua bersebab, Emilia! I tak minta banyak tapi I minta you terima cadangan mummy demi kebaikan you dan juga semua orang including myself! Kenapa you susah sangat nak terima ni?!"
Emilia mengecilkan matanya. Setelah beberapa saat, Emilia kembali membesarkan matanya semula kepada asal lalu dia berdecit perlahan. Wah! Aku rasa nak bunuh orang sekarang. Atau lebih tepat sebenarnya, orang depan aku ni ha!
"I datang sini nak lunch dengan you. Bukannya nak gaduh. Kita dahlah bukannya selalu boleh spend time disebabkan kerja yang banyak. Boleh tak you jangan buat kerja gila setiap kali kita jumpa?"
Giliran Ezriel pula untuk merengus geram. Kenapa payah sangat nak terima ni? I taknak nyawa you yang terkorban nanti, Em. I yang akan rasa serba salah sepanjangn hidup I nanti.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...