𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 66

705 32 1
                                    

Tiga bulan kemudian

Marseille, France

Dress yang ada di hadapan aku sekarang ini aku tenung macam nak tembus. Sesekali mata dilirikkan ke arah jam. Aku tahu lambat dah ni ha tapi dalam otak fikir satu je. Suami aku ni nak kena pijak dengan aku ke? Aku tahulah sekarang ni tengah nak pergi intip musuh tapi janganlah bagi aku yang tengah mengandung ni naik angin! Ya. Inilah plan Adryan dalam episod lepas. Aku cuma bagi idea sahaja dan selebihnya dia yang decide dan laksanakan. Sudah semestinya isteri dia yang badass, yang tengah mengandung ini yang menjadi mangsa!

"Signora."

Suara lembut Adryan yang menegur aku menyebabkan aku kembali ke dunia realiti. Habis bersepai segala rancangan nak bunuh suami aku bila tengok dia handsome yang amat ye. Tak berkelip aku pandang dia. Tak apa. Aku tak puji dekat mulut walaupun aku syak kejap lagi dia masuk kuali goreng sendiri.

"Jangan tenung aku macam tu, signora. Kita ada misi kejap lagi. Karang jadi misi lain kalau kau tak reti nak berhenti tenung suami kau ni. Aku tahu aku handsome sekarang ni."

Kan aku dah kata! Aku menjeling tajam ke arah Adryan. Meh aku nak tambah. Dasar pervert! Aku ni dahlah tengah mengandung! Kau boleh lagi menyempat memikir benda macam tu? Payah dapat suami pervert macam dia ni. Dalam pada aku jeling dia, aku nampak Adryan berjalan menuju ke arah dress yang terletak elok di atas katil atau sebenarnya dia berjalan ke arah aku. Tangannya yang naik memusingkan badan aku yang masih kaku disitu menyebabkan aku tertanya-tanya.

"Kau nak buat apa ni?"

"Pakaikan kau bajulah sayang oi! Dah pukul berapa ni, signora? Tak reti tengok jam? Kau saja nak suruh aku salin baju kau, sayang."

Aku cepat-cepat merampas dress pada tangan Adryan lalu berjalan menuju ke bilik air untuk menukar pakaian aku. Hujung mata aku dapat melihat yang Adryan menggelengkan kepalanya. Aku syak dalam hati dia mesti cakap aku tengah kecut. Memanglah! Bahaya betul dia ni.

Sesungguhnya apabila baby bump kau dah nampak, memang payah ye nak zip baju. Give up aku jadinya. Ya dah nampak baby bump. Aku mengandung dah masuk lima bulan. Aku keluar daripada bilik air sambil memuncungkan bibir. Aku nampak Adryan hampir tergelak apabila melihat wajah masam mencuka yang ditayangkan oleh aku. Memang serupa itik. Itu aku mengaku. Namun dia sempat menahan daripada terhambur gelaknya apabila aku menjeling tajam ke arahnya. Dia yang buat aku macam ni, boleh dia gelakkan aku?

"Jangan nak gelakkan aku, signor! Tolong tarikkan zip tu. Aku tak sampai."

Zip yang hanya separuh sahaja aku dapat tutup dicapai oleh Adryan lalu dizipkan sehingga ke atas sebelum butang dikancingkan. Belum sempat aku ingin berterima kasih kepada suami aku, Adryan terlebih dahulu memeluk aku daripada belakang lalu direhatkan dagunya ke atas bahu kanan aku. Ha mula dah semut dia.

Tangannya yang memeluk aku daripada belakang naik mengusap lembut perut aku yang sudah membukit itu sebelum dia mencium sekilas bahu aku. Aku sandarkan belakang badan aku dengan badan dia. Perbuatan aku itu menyebabkan pipi kanan aku dicium seketika sebelum Adryan bersuara.

"Terima kasih bawa anak kita walaupun nyawa kita berdua tengah dipertaruhkan sekarang ni, signora."

Aku hanya tersenyum sambil sebelah tangan diletakkan di atas tangan Adryan yang berada pada perut aku manakala sebelah tangan lagi naik mengusap lembut rambut suami aku ini. Aku sedar yang setiap momen kami berdua mungkin akan jadi yang terakhir. Jadi, aku hanya layankan sahaja perangai dia.

"Rezeki Allah. Jomlah turun. Kejap lagi ada syaitan ketuk pintu kalau kita tak turun."

Adryan lepaskan pelukannya sebelum dia mencium seketika ubun-ubun aku. Tangannya aku genggam kemudian kami berdua berjalan ke pintu bilik. Kena gerak sekarang sebab dah lewat ni ha. Baru sahaja aku dengan Adryan ingin membuka pintu bilik kami, muncul lah syaitan yang disebut oleh aku itu. Siapa lagi kalau bukan Arran dengan Zariq. Tak reti nak menyabar. Sudahlah pakai redah je masuk bilik orang! Aku penatlah dengar dua orang sepupu ni bertekak.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now