Aku memandang sekeliling aku. Kenapa aku ada dekat sini? Lama kelamaan, panik menjalar dalam diri aku apabila aku mengenali tempat ini. Oh Tuhan! Janganlah ulang tayang kembali episod hitam aku! Daripada jauh dapat aku nampak situasi sama yang pernah aku lalui sebaik sahaja arwah ibu meninggal. Nafas aku menjadi pendek dan tidak teratur.
Aku seperti pihak ketiga pada saat ini. Hanya mampu berdiri di tepi walaupun aku nampak diri aku dekat sana. Aku tahu apa akan terjadi seterusnya tetapi kenapa aku tak boleh bergerak? Jelas bunyi nyaring jeritan adik aku menyapa halwa telinga tetapi apa aku buat? Aku tak buat apa-apa. Diri aku yang satu lagi dekat sana sudah penat berlawan.
Sayup-sayup setelah itu dapat aku dengar suara adik aku menangis sambil meminta tolong untuk melepaskannya. Aku pula sudah hampir kecundang. Orang yang aku benci pada saat itu serta merta mengambil kesempatan untuk menembak tepat pada jantung adik aku.
Terus aku menjerit dan berlari mendapatkan adik aku. Namun setelah itu dapat aku dengar suara Adryan memanggil namaku. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Aku hanya membiarkannya lantas berlari mendapatkan adik aku walaupun aku rasa jarak aku dengan adik aku masih jauh.
Seseorang yang mengoncang kuat badan aku menyebabkan aku tersedar daripada mimpi buruk tersebut. Nafas aku cuba diaturkan kembali walaupun masih lagi pendek. Aku pandang sekeliling dan mata aku tertacap pada Adryan.
"Kau okey? Nightmare?"
Aku membiarkan soalannya tergantung lalu terus aku selak comforter dan keluar daripada bilik. Aku turun ke bawah untuk memastikan bahawa adik aku berada dalam bilik tetamu. Aku buka sahaja pintu bilik tetamu menyebabkan aku menghela nafas lega. Adryan dekat belakang aku memandang pelik ke arah aku.
"Kenapa dengan kau ni, sayang?"
"Don't call me, sayang. I hate it, papillon"
Aku tayangkan muka beku aku seperti selalu kalau aku yang keluar apabila trauma Emilia datang kembali. Aku, Iris Arina. Dan itu yang kau patut tahu sejak daripada mula episod harini bahawa POV sudah bertukar.
Aku tahu Adryan bukanlah bodoh untuk menilai situasi sekarang ini. Aku menutup kembali pintu bilik tetamu lalu berjalan menuju ke arah dapur. Aku capai gelas di sebelah sinki sebelum peti sejuk aku buka. Tak sempat aku ingin capai air sejuk, pintu peti sejuk ditutup kasar oleh Adryan.
"Kau ni kenapa, Em? Aku tanya elok-elok kan?"
Okey. Aku tarik balik kata-kata aku yang aku cakap dia tak bodoh. Macam mana si Emilia tu boleh kahwin dengan mamat bebal macam dia ni? Aku tak tahu siapa yang bebal terlajak sekarang ini ; Adryan yang bebal menilai isteri dia sendiri atau Emilia yang bebal pergi kahwin dengan lelaki macam Adryan. Aku tahu Emilia tak akan dengar memandangkan dia seperti lenyap di dalam tubuh badan kami sekarang ini dan hanya aku sahaja yang ada. Sofia dan juga Isha seperti Emilia. Nampak gayanya bukan sekejap ni aku akan muncul.
"Aku tak tahu pula suami aku ni sebenarnya bebal untuk menilai keadaan isteri dia sendiri."
Mendatar sahaja aku jawab kepada dia. Pintu peti sejuk aku buka kembali dan aku capai jag yang berisi air sejuk lalu aku tuangkan ke dalam gelas yang aku ambil tadi. Belum sempat aku ingin bawa gelas itu ke birai bibir aku, Adryan mengenggam pergelangan tangan aku. Aku tenung dalam anak matanya. Jelas terbias pada anak matanya yang dia seperti tercabar dengan aku.
"Are you perhaps.. I--"
"Ya. Itu dia. Bebal suami aku dah habis berkhidmat"
Aku pegang tangannya menggunakan sebelah lagi tangan aku. Aku leraikan genggamannya lalu aku minum air. Dia ni nak bagi aku dehydrated ke apa? Aku dahlah haus! Aku basuh gelas sesudah itu. Aku yakin Adryan tercengang tengok perangai aku. Kalau dia boleh handle Emilia, dia patut tahu yang aku berkali ganda lebih teruk daripada Emilia. Jadinya tidak ada masalah aku rasa.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...