𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 27

979 54 1
                                    

Harini hari kedua aku bergelar isteri kepada Adryan. Mulanya terasa janggal juga bangun tidur pagi tadi ada orang dekat sebelah. Mujur aku tak tertendang si Adryan tu jatuh katil. Yalah, biasanya aku tidur seorang kan? Rutin harian yang aku sudah biasa buat tidak menjadikan masalah apabila aku dah bergelar isteri orang.

Memang selalunya aku masak sarapan pagi lepas solat subuh. Aku tak kisah sangat kalau tak sarapan pun. Yang menjadikan masalah ialah adik aku tu ha. Bukannya tekak dia reti nak telan makan dekat luar. Katanya aku masak lagi sedap daripada dekat restoran. Dia ingat aku bodoh ke? Padahal dia tidak mahu mengeluarkan duitnya walaupun millionaire. Sabar jelah!

Oh ye lupa pula aku. Aku tengah sarapan sekarang ini dengan papa, Ez dan sudah semestinya dengan Adryan. Papa ada berikan arahan supaya aku pergi bercuti dengan Adryan. Honeymoon katanya. Honeymoon apanya kalau dua-dua tengah nak lancarkan perang.

Hampir tersedak aku dibuatnya apabila papa memberikan arahan tersebut. Aku pandang pula ke arah Adryan. Dia selamba je makan?! Dia ni hati kering sungguh! Aku rasa budak darjah 4 pun tahu kalau pergi berbulan madu tu buat apa.

Maka, marilah kita melancarkan pelbagai alasan yang aku dah sedia dalam kepala. Nak harapkan Adryan? Memang taklah. Dia tengah melantak spageti bolognese yang aku buat untuk menu sarapan pagi ni. Sedap sangat gamaknya sampai dia dah menambah untuk kali kedua ni ha. Mujur aku buat banyak.

Yelah, aku tak pernah pula tahu suami aku tu mencekik ke darah macam Ez. So, noted! Lepas ni kalau Adryan nak makan dekat rumah, aku kena masak lebih. Apa? Jangan ingat aku lupa tanggungjawab aku sebagai isteri walaupun aku gila ajak dia kahwin macam tu je.

"Pa! Em dengan Ryan busy lah."

"Papa akan suruh Zariq ambil alih."

"Tapi--"

"Takda tapi-tapinya, Em! Muktamad!"

"Bukannya masa tu sepatutnya papa turunkan ketua dekat Em ke?"

"Haah, pa. Takkanlah nak tangguh lagi? Haritu dah tangguh sebab papa pergi Italy"

Bagus Ez! Kau dah menyelamatkan aku! Kali ni aku sayang kau! Tapi aku bukannya cari alasan kalau itu yang korang fikirkan. Memang betul lusa sepatutnya majlis rasmi Fayyan sebab papa dah tangguhkan majlis penurunan pangkat haritu. Hari aku diberikan kepercayaan penuh untuk menjadi leader kepada Fayyan mafia.

"Pandai betul kamu cari alasan eh, Em? Yelah. Lusa proceed je."

"Oh yeah!"

Emilia hanya menyambung makannya sebelum dia tersentak apabila Adryan membisikkan sesuatu kepadanya. Dia ni! Aku baru nak makan dengan aman kau tahu tak? Kau tu yelah dah habis melantak!

"Kiranya kau cuti lah kan? Aku nak tuntut daripada kau boleh tak, wife?"

Ha itu yang dia bisikkan dekat aku tadi. Aku ni dah tak senang duduk bila dia sebut tentang tanggungjawab isteri yang satu itu. Ibu siap pesan dekat aku semalam kalau suami minta, jangan tolak. Berdosa! Aku ni memanglah gila kahwin dengan dia tapi aku macam perempuan lain juga! Tahu malu! Eish!

"Kau kenapa merah macam spagetti ni kak?"

"Akak kau tengah teringat ayat sweet aku bagi semalam. Kau tahu apa? Dasar single"

"Eh! Abang Ryan ni karang! Nak minta kena headshot dengan Abang Zariq ke?"

"Tak payah. Isteri aku sendiri pun penembak tepat. Penembak tepat ke jantung hati aku"

Tersedak Tuan Fayyan dibuatnya Adryan. Emilia yang berada di tepi papanya mengurut belakang papanya dengan perlahan sambil dijeling tajam ke arah Adryan yang berada di hadapannya. Apa dia ingat sekarang ni masa untuk main game tu ke? Tak lawak lah!

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now