𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 88

588 46 2
                                    

Aku memerhatikan sekeliling aku. Hospital. Adryan yang sedang lena tidur di sebelah aku dan bau ubat! Aku benci betul duduk hospital. Trauma betul aku dengan hospital. Secara perlahan-lahan aku turun daripada katil tanpa mahu mengejutkan Adryan yang seperti kepenatan. Aku keluar daripada bilik setelah mencapai tudung sarung hitam Emilia yang tersangkut pada tiang IV drip. Ya, Emilia. Itu bermakna sekarang POV Iris Arina. Macam mana aku keluar? Sudah tentunya trauma Emilia datang. Jangan buat-buat lupa trauma Emilia apa, ini sudah hampir penghujung cerita.

Aku masih lagi tertanya-tanya sebab mengapa si Emilia tu masuk wad? Aku baru teringat akan sesuatu lalu aku memegang pada bahagian perut. Okey aku faham dah. Ini bermakna si Emilia tu dah selamat bersalin. Aku mengambil keputusan untuk mengambil angin di taman oleh kerana aku yakin sistem kawalan hospital juga turut diakses oleh Fayyan dan juga Raffael ketika ini. Aku pandang ke arah bulan sambil memikirkan sebab apa Emilia boleh trauma semula.

"Kak Arin?"

Berkerut dahi aku apabila suara Emilia bergema dalam otak. Aku hanya menyahut sahaja panggilannya.

"Kenapa kak Arin tak pernah bagitahu yang Ez betray Raffael sebab Em?"

"Aku tak perlu bagitahu pun sebab alasan tu alasan yang bodoh. Kalau betul pun dia sayangkan kau dengan ibu, banyak lagi cara lain untuk betulkan balik keadaan. Apa guna jawatan dia sebagai co-leader Raffael kalau tak mampu nak lawan mummy sendiri?"

"Ezriel pun mangsa keadaan juga kak Arin."

"Memang. Tetapi kalau dia tak pilih untuk sembunyikan hal tu daripada Adryan, dia tak perlu pun betray Raffael daripada awal. Kau pun tak akan kahwin dengan Adryan atas sebab yang sama macam mana kau hampir kahwin dengan dia dahulu. Jadinya macam aku cakap, dia bodoh. Aku taknak dengar dah kau back-up dia Em."

Aku benci betul apabila Emilia selalu back-up Ezriel. Tahulah first love kau tapi tengok jugalah nak back-up sekali pun! Dia bagi alasan yang tak munasabah dekat aku untuk betray Raffael, memang jawabnya kau kena maki lah dengan aku. Aku benci manusia macam itu. Dia ada kuasa tetapi dia taknak gunakan kuasa dia pada waktu sebegini. Waktu macam ini lah perlunya dia untuk bagitahu semua yang terjadi. Kenapa perlu papa, ibu mahupun Emilia juga yang beritahu tentang perkara ini? Tak ada mulut gamaknya.

Aku tahu Emilia boleh faham apa yang aku fikirkan. Biarkan. Aku tak suka betul bila si Emilia jadi bodoh sebab lelaki. Aku hanya mengamati bulan penuh yang sedang mengambang sambil deruan angin sejuk menyapa pipi. Aku memejamkan sebentar mata. Aku suka duduk dekat luar waktu seperti ini. Tenang, sunyi, sejuk. Memandangkan Emilia masih berada dalam keadaan nifas, solat sunat tahajjud yang sepatutnya elok dilakukan waktu sebegini tidak dapat dilaksanakan. Tak apa lah, aku pun bukannya selalu keluar.

Telinga aku menangkap bunyi ranting kayu dipijak menyebabkan serta-merta aku berada dalam keadaan alert. Aku juga menjaga bahasa tubuh badan agar tidak terlalu menonjol bahawa aku menyedari kehadiran sesiapa sahaja yang memijak ranting kayu itu. Bunyi tembakan sniper yang dilepaskan menyebabkan aku segera bersembunyi di sebalik pokok. Ah! Siapa dia pula yang nak serang aku waktu macam ini? Tahu-tahu sahaja aku tidak membawa telefon bimbit pada saat ini untuk meminta bantuan.

Bunyi tembakan yang kemudiannya dilepaskan setelah itu menyebabkan aku memejam erat mata aku. Ya Allah. Tolonglah hadirkan sesiapa sahaja pada saat ini agar aku boleh bertindak sekarang. Bunyi tembakan yang sudah tidak lagi kedengaran menyebabkan aku segera ke arah punca bunyi sebentar tadi. Heh, walaupun aku tak boleh balas tembakan, sekurang-kurangnya aku tak bodoh untuk habiskan peluru dalam masa yang singkat. Aku segera mencapai sniper yang sedikit terkeluar daripada semak samun lalu tangan yang memegang sniper itu dibengkokkan menyebabkan penembak itu melepaskan sniper di tangannya.

Aku segera menyepak jauh sniper itu daripada kani berdua. Aku yang sedikit terleka sewaktu menyepak sniper itu menyebabkan dia dapat memboloskan diri apabila pegangan tangan aku tidak kemas. Aku segera mengejarnya walaupun aku tidak mempunyai senjata ketika ini. Afuh, semoga papa tak membebel dekat aku sekiranya papa mendapat tahu aku pakai redah sahaja walaupun aku sudah mengetahui bahawa Emilia masih dalam pantang.

Ah! Gasak sahaja lah! Aku masih tak puas hati dengan manusia yang berada tidak jauh dengan aku sekarang ini. Penat lah juga hendak mengejarnya memandangkan dia lari macam tak cukup tanah apabila aku hampir sahaja dapat mengejarnya kembali sebentar tadi. Melihat dia yang masih lagi mendaki tangga yang tiada penyudahannya ini menyebabkan aku sedikit mengah. Aku bencilah tangga hospital! Sudahlah tinggi mencanak macam gunung! Sengaja nak bagi orang semput!

Sesi kejar-mengejar tamat apabila kami berdua berada di rooftop hospital yang jelas terpampang bulatan H di tengah-tengah rooftop ini. Aku masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga ketika ini. Aku risau aku termasuk umpannya. Effa ni tak reti nak mampus lagi ke? Bila dia nak mampus ni? Menyusahkan hidup semua orang sahaja kalau dia hidup!

"Kau nak lari ke mana?! Kau dah sedap-sedap ambush aku punya ketenangan tadi, sekarang nak lari?!"

Melihat dia yang tidak keruan saat ini apabila aku sudah naik gila sambil mendekatinya bak pemangsa yang menunggu masa untuk menerkam mangsanya menyebabkan dia menggelengkan kepalanya berkali-kali apabila pada saat ini dia hampir ke hujung. Aku hanya senyum sinis. Heh! Jangan haraplah kau nak dapat belas kasihan daripada Iris Arina.

"Please! I just do what she want me to do!"

Pronounce she. Sah kerja Effa! Dia ni memang sengaja cari fasal betul dengan aku! Aku mencengkam kolar leher bajunya lalu aku hempaskan badannya ke lantai apabila aku backflipkan dia. Aku cengkam sekali lagi kolar lehernya lalu diangkat badannya dan dihempas ke arah dinding yang berada tidak jauh dengan kami. Saat ini, aku tidak boleh mengawal kemarahan aku sehinggakan Sofia turut sama berada dalam otak aku ketika ini.

Aku yakin Effa upah dia untuk bunuh ibu sebenarnya tetapi oleh kerana ibu berada di bawah pantauan ketat oleh papa, Emilia yang menjadi target seterusnya. Sudah tentulah untuk naikkan amarah papa dan juga yang lain. Sebab utama yang lain ialah dia mahu papa declare war antara Fayyan dan juga Raffael. Boleh pecah belah keluarga kalau papa declare war dengan Raffael walaupun aku tahu papa masih lagi waras untuk tidak berbuat sedemikian. Banyak perkara buruk akan terjadi kalau berlakunya peperangan antara Fayyan dan juga Raffael.

"How much?"

"Please spare my life!!"

"I asked you how much?!!"

"100 000 pound sterling!"

Sikit je pun? Ini macam punya manusia pun ada ke? Setakat 100 000 pound sterling, kalau duduk dekat US ni, sebulan dua sahaja boleh bertahan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini. Itu pun kalau dah habis berjimat lah tu. Kalau tak reti berjimat macam si Ezrian tu? Sehari pun boleh lesap duit tu. Jangan katakan sehari, setengah jam pun boleh lesap terus duit daripada akaun bank. Aku yang hampir melepaskan tumbukan pada mukanya terhenti apabila aku ditolak jauh daripada manusia yang menyerang aku tadi. Tercampak jauh jugalah aku. Sakit nok! Siapa dia pula lah yang kacau daun ni?

Hello and assalamualaikum! How are you guys? Adakah anda merindui saya? Saya disini merindui kalian ye hahahaha. Kenapa boleh muncul? Stress dengan assignment yang due date semua dekat-dekat dengan exam huhuhu. Bila lah nak cuti sem ni. Right now, I'm currently crying of case study math punya assignment huhuhu. Tapi takpe, i'm okey if you gusy wondering. Dah siap draft, tinggal consult my lecturer je and then tick off another assignment and prepare for final exam for math huhuhu. Goodluck to those yang ada exam or anything. Semoga tahun 2023 akan menjadi tahun yang lebih indah buat kalian semua!

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now