𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 85

653 29 4
                                    

Adryan diam, begitu juga dengan aku dan yang lain. Otak kami sedang memproses segala yang dikatakan oleh ibu dan juga papa sebentar tadi. Adik aku yang duk mengacau Mia dengan Aidan tidur pun boleh behave setelah ibu dan juga papa menjatuhkan bom yang entah kali ke berapa pun aku tak tahulah.

"Apa benda yang ibu cakap tadi, kak? Line otak aku slow sangatlah harini sebab happy sangat dapat jumpa anak buah aku."

"Kau jangan katakan kau sorang, aku pun tengah loading ni ha."

"Cerita cinta kau ni cliche tahu tak kak?!"

"Our love story is cliche but complicated"

Aku pandang ke arah Adryan yang sedang melingkarkan sebelah tangannya ke pinggang aku. Muka kami yang dekat sangatlah tidak membantu saat ini. Ahh! Sejak bila kau jadi macam ini, Emilia Ezrina Fayyan?! Adryan hanya menyuruh adik aku untuk pulang ke rumah apabila nurse menyatakan waktu melawat selain penjaga telah tamat. Ezrian dah mula buat perangai dia apabila Arran yang terpaksa heret dia keluar daripada wad aku.

"Namo baliklah! Aku nak tengok anak sedara aku lagi woi!"

"Bisinglah kau ni, Ez! Ingat sikit sini hospital sengal!"

"Abang Qiel! Tolonglah Ez!"

Aku memandang ke arah Ezriel yang jelas dia sedang menyampah dengan perangai adik aku. Dia kemudiannya memandang ke arah aku dan juga Adryan sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Mia dan juga Aidan.

"Congrats to both of you. Dah jadi mak bapak orang ni, tolonglah kurangkan sikit buat kerja gila tu ye. Risau Mia dengan Aidan ikut perangai gila korang tu."

"You ni hauk tahu? Tapi apa pun, thank you. Dah syuhh~ Pergi balik sana."

Aku hanya menggelengkan kepala aku apabila Ezriel dah buat perangai gedik dia. Aku menghantarnya melalui pandangan mata sehinggalah dia hilang daripada pandangan mata aku. Aku yang berura-ura ingin bangun untuk ke tandas ditahan oleh Adryan apabila dia mencengkam tangan aku.

"Nak pergi mana?"

"Toilet, signor. Aku tak tahan nak pergi tandas daripada tadi lagi."

Setelah selesai melepaskan hajat, aku kembali ke atas katil aku dan menyebabkan Adryan juga turut sama memanjat katil pesakit aku untuk duduk ditepi aku. Ini dah kenapa pula ni?

"Papa Arfan said to me earlier that you stayed up all-night to take care of me and the twins."

"Yeah~"

Serentak dengan itu, Adryan melabuhkan kepalanya ke atas bahu aku menyebabkan aku menaikkan kedudukan katil supaya ditinggikan agar selesa untuk kami berdua baring dalam keadaan menyandar. Aku tarik sedikit selimut ke arah Adryan supaya dia tidak kesejukkan. Aku memeluknya sambil tangan kanan aku yang mempunyai branula naik mengusap lembut rambutnya. Penat lah tu. Aku tak tahu dia dah makan ke belum tetapi aku yakin seyakin-yakin Ezrian yang dia balik tadi hanya untuk mandi. Itu pun sebab kena paksa oleh papa Arfan. Kalau tidak, aku rasa dia masih lagi tidak mandi saat ini.

"Sayang"

"Hurm?"

"Dah makan ke belum?"

"Nantilah. Aku penat ni"

"Makan dulu jom. Nanti baru kita tidur eh?"

"Aku nak tidur, sayang"

"Tapi mummy nak makan. Jomlah daddy~"

Adryan hanya mengeluh perlahan apabila aku memaksanya untuk makan bersama aku. Walaupun asalnya aku paksa sebab nak suruh dia sahaja yang makan tapi lain jadinya apabila perut aku dah mula mogok tanda minta diisi.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now