𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 67

725 27 1
                                    

"Merci beaucoup. Je serais heureux de vous avoir comme l'un de mes investisseurs après cela. [Thank you very much. I would be happy to have you as one of my investors after this.] "

Aku yang berada di tepi Adryan hanya senyum kepada salah seorang bakal pelabur dalam syarikat Raffael yang sedang memandang ke arah aku. Aku hanya letakkan tangan kanan aku ke bahagian dada apabila dia menghulurkan tangannya. Melihat aku yang membuat seperti itu menyebabkan dia menurunkan tangannya ke sisi.

"My religion doesn't allowed me to shake hands with other mens especially if you're not my family. I'm sorry and I hope you understand it."

Melihat mukanya yang agak berkerut menyebabkan aku tahu satu benda. Dia tak faham bahasa Inggeris. Aku hanya mencuit pinggang Adryan untuk menyuruhnya menterjemahkan untuk aku. Pelik? Tak perlu pelik sebabnya ini merupakan rancangan Adryan yang kami semua kena ikut atau aku patut cakap idea aku tapi Adryan ubah suai sedikit supaya semuanya berjalan lancar. Kan aku dah cakap dekat episod lepas.

Macam yang korang tahu, aku memang fasih hampir seluruh bahasa tetapi disebabkan sekarang kami mempunyai misi yang boleh dikatakan penting, jadinya Adryan mengarahkan aku untuk menggunakan bahasa Inggeris sahaja semasa berbual dengan semua yang berada di sini. Tujuannya? Nanti aku cerita sebab sekarang cerita dia nak jadi benda lain. Tapi tak apalah. Adryan tengah ada trust issues dengan semua orang. Itu je sebab dia.

"Elle a dit que notre religion ne lui permettait pas de serrer la main d'autres hommes, surtout si vous n'êtes pas sa famille. Je suis désolé et j'espère que vous comprenez. [She said our religion does not allow her to shake hands with other men, especially if you are not her family. I'm sorry and I hope you understand.] "

"Je suis désolé. Je ne le savais pas. [I am sorry. I did not know.] "

Aku hanya tayangkan muka blur aku walaupun sebenarnya aku faham apa yang diperkatakan olehnya. Louis Zander. Kambing hitam Puan Effa. Ingat tak dalam episod berapa pun aku sendiri tak ingat yang dia buat kecoh dekat base Fayyan? Yang tengah malam buta Zariq telefon aku yang menjadi penyebab aku terpaksa mungkir janji aku dengan Adryan nak teman dia tengok kartun dia? Ha inilah budaknya. Ehh salah. Aku lupa yang tu orang lain huhuhu. Maafkan sisture.

Ha yang itu memang nama dia Louis Zander. Yang kami tengah berhadapan sekarang ialah keluarga Santiago. Salah satu keluarga yang berpengaruh yang memonopoli ekonomi di France selepas keluarga Raffael. Apabila aku cakap ekonomi, ianya membawa maksud kepada syarikat Raffael bukannya Raffael mafia. Raffael sdngan Santiago tak pernah bermusuhan tetapi tidak pula dikira sebagai kawan baik. Dia lebih kurang macam "kau tak kacau aku, aku tak kacau kau" ha begitu lah. Ini cucu dia. Damien Santiago.

Setelah Damien melepasi Adryan, dia berhenti sekejap di sebelah aku sebelum menundukkan badannya yang tinggi sehinggalah paras telinga aku. Aku tak tahu nak gelak atau nak bunuh orang atau ha apa-apa jelah! Yang aku tahu aku geram dengan si Damien ni.

"Je sais que tu ne comprenais pas le français mais ça te rend vraiment mignonne ma chérie. Je veux juste dire que tu es très belle et sexy. Tu devrais venir dans ma chambre ce soir pour qu'on se connaisse mieux. [I know you didn't understand French but that makes you really cute my dear. I just want to say that you are very beautiful and sexy. You should come to my room tonight so we can get to know each other better.] "

Aku hanya terkelip-kelip mata, buat muka acah-acah innocent apabila dia kenyit mata kepada aku sebelum beredar. Nak tahu apa jadi seterusnya? Arran dah selamat mencarutkan si Damien tu, si Zariq hampir nak headshot dia, Adryan hampir nak bunuh dia juga dan aku? Aku hampir baling kasut aku dekat dia kalau bukan sebab Adryan tahan aku. Wah! Rude gila! Dah kalau nampak aku bertutup litup ni, dengan tadi aku dah cakap tak boleh salam dia, tak faham lagi tentang agama Islam?

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now