𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 72

584 30 3
                                    

Aku hanya membiarkan sahaja soalan Haiyan yang tergantung itu. Dia daripada tadi dah resah sejak aku cakap yang kami semua perlu ke base Raffael. Aku dengan Ezrian dah tergelak apabila mengetahui sebab apa dia macam ada cacing kerawit. Aku hanya balas tunduk hormat yang diberikan oleh anak buah Adryan yang menyambut kami.

"Miss tak boleh ke saya tinggal dekat luar? Aduh lah."

"Lambat laun nanti kena menghadap Zaq juga."

"Tapi taknaklah sekarang, Miss."

"Ada nak kena suruh tinggal dengan Raffael ni."

Terus Haiyan mendiamkan diri apabila aku berkata begitu. Aku tak tahulah kenapa dia takut sangat nak jumpa abang Zaq dia. Dengan Zariq okey pula. Datang ke si Zaq, tiba member jadi macam cacing kepanasan.

"Tuan Muda Adryan sedang berlatih. Puan nak saya panggilkan Tuan Adryan sekarang ataupun Puan mahu ke sana?"

Aku hanya menjawab kepada anak buah Adryan yang aku akan ke sana. Lagipun bukannya selalu Fayyan turun Raffael. Raffael turun Fayyan tu dah biasa. Contohnya suami aku sendiri turun training dengan Fayyan bukannya dengan Raffael. Dia terbalik sikit. Katanya dating dengan yang lain tak seronok. Dia nak juga dating dengan papa. Aku macam ha lantak kau lah Ryan, janji kau bahagia.

Aku bergerak mengikuti langkah anak buah Adryan yang membawa kami ke tempat latihan Raffael. Macam aku cakap, ini pertama kali aku jejakkan kaki ke tempat latihan Raffael. Aku tak pernah turun ke bawah selama aku pergi ke base Raffael. Aku hanya duduk dekat HQ sahaja.

Terkedu juga aku apabila melihat keadaan tempat latihan mereka. Kenapa bersepah macam baru lepas kena ribut ni? Memang tak reti nak kemas ke lepas training diaorang ni? Selepas sahaja Zariq memanggil nama aku dan juga Ez, lampu terus terpadam. Ha tak lawak Adryan Erfan Raffael!

"Came out already, husband. Aku penat dah jadi tunggul tengok kau main-main dengan aku."

Dia lupa agaknya yang aku tengah sarat mengandung. Hauk punya daddy! Saja nak bagi mummy beranak awal!

Aku hanya tajamkan pandangan mata dan pendengaran aku. Bunyi tapak kaki yang berlaga dengan lantai yang bergema itu menyebabkan aku terus alert dengan persekitaran. Dan ianya bukan bunyi yang dihasilkan oleh Adryan.

Aku segera meleraikan tangan yang memegang leher aku daripada belakang dan membengkokkan tangannya ke belakang. Badannya yang aku agak mempunyai yang sama ketinggian dengan Ezrian disepak daripada belakang sehingga aku rasakan dia menjauhi aku. Tumbukan yang terkena pada perut aku menyebabkan aku terasa senak dan seorang lagi menolak aku dengan kuat menyebabkan aku tercampak ke dinding. Perit mat! Aku dalam hati hanya berdoa sekuat-kuatnya agar Allah menyelamatkan nyawa anak-anak aku dan meraka tidak apa-apa.

"Akak!"
"Em!"
"Miss!"

Suara mereka bertiga yang bertindan yang menyebabkan aku terus memerhatikan sekeliling. Memanglah tak nampak tapi aku tak boleh rasakan ada manusia di hadapan aku. Ez, Zariq dengan Haiyan duduk statik dekat tempat tadi ke? Targetnya ialah aku?

Lampu yang terbuka menyebabkan pandangan aku beralih kepada Ezrian, Zariq dan juga Haiyan yang tercungap-cungap menahan perasaan. Masing-masing sedang berjaga-jaga apabila melihat titik merah yang berada di bahagian jantung masing-masing. Headhunter. Aku memandang juga titik merah tersebut pada perut aku. Wah, main anak nampak!

"I guess my daughter-in-law sebenarnya tak adalah kuat mana. Konon berlatih dengan cara Fayyan. Heh. Tak hebat pun."

Suara mummy yang bergema setelah itu menyebabkan aku memandang ke arahnya yang baru sahaja masuk ke dalam ruang ini. No wonderlah target utamanya ialah aku.

"Cliche betul cara mummy kan? Sepahkan tempat, tutup lampu untuk berlawan dengan menantu sendiri. Sangatlah pengecut. Dahlah guna anak buah Ryan. Tak reti cari anak buah sendiri ke?"

"Mulut tu jangan lancang sangat! Kalau bukan sebab aku yang paksa korang berdua kahwin--"

"Mummy tak akan boleh guna nama Em kan? Itu yang mummy nakkan selama ni. Its all about power. Hanya disebabkan ibu--"

"Manusia macam tu kau panggil ibu?"

"Dahtu? Kau tu layak ke dipanggil sebagai mummy? Layak ke dapat menantu yang baik macam Em? Layak ke dapat bakal cucu?"

Suara Haiyan yang mencelah menyebabkan aku terkedu. Aku baru teringat sesuatu. Mummy tak pernah tahu Haiyan wujud dan masih hidup lagi. Dang!! Aku dah masuk perangkap mummy. Adryan pun nak belot aku juga ke? Sebabnya dia yang arahkan aku ke sini bersama dengan pihak atasan Fayyan yang lain melalui mesej. Ahh! Aku siasat nantilah. Kalau nak diikutkan memang sekali dengan Diana lah kalau semua pihak atasan Fayyan tetapi disebabkan Diana dah balik semula ke Sepanyol, hanya Haiyan yang aku bawa. Yang lain aku malas bawa.

"Ah! Muhammad Zarif Haiyan bin Muhamad Zahlan ada disini rupanya. Masih bernyawa. I wonder how kau boleh hidup sedangkan aku rasa dulu kau dah rentung."

"Allah nak panjangkan umur aku. Kau tak ada sebab pun nak kacau keluarga aku daripada awal."

"Siapa kata? Ah! Your beloved Miss Fayyan and Tuan Muda Eskandar tak pernah cerita ke dekat korang berdua? Alah kesian! Dah berapa lama korang hidup dengan Fayyan tapi kena tipu hidup-hidup ni?"

Giliran aku pula yang berkerut. Aku pandang ke arah Ezrian. Dia juga tengah mempersoalkan apa yang sedang berlaku sekarang. Sungguh! Apa benda yang aku tipu budak dua orang tu? Apa kena pula aku dengan Ezrian kali ini?

"Tengok daripada muka you my daughter-in-law, i guess your papa and ibu tak pernah cerita. Anak sendiri pun kena tipu hidup-hidup. Haih. Naif sungguh korang semua ni. Menyusahkan betul!"

"Saja nak bagitahu. Mummy lagi memyusahkan. Adryan dengan yang lain terpaksa fikirkan cara nak hapuskan mummy daripada galaksi ni."

Setelah itu, aku genggam hujung rifle yang dihalakan ke arah perut aku lalu aku hentakkan kepala anak buah mummy yang ditugaskan untuk membunuh aku dengan pemegang rifle. Melihat dia yang memegang hidung dia yang perit menyebabkan aku pula yang menebalikkan keadaan. Kini, dia yang berada dalam keadaan aku cumanya aku halakan tepat pada dahinya.

"Put that rifle down Em kalau taknak your precious brother yang mati dulu. Mungkin kejadian tiga belas tahun lepas perlu berulang kembali kalau berdegil."

"Aku cabar kau buat benda tu depan mata aku sekarang."

Aku nampak mummy hanya mengerakkan sedikit sahaja kepalanya seperti memberikan arahan kepada anak-anak buahnya. Terkejut juga aku apabila yang muncul ialah orang yang sama aku belasah tiga belas tahun lalu apabila dia rogol adik aku depan mata aku. Nafas aku sungguh pendek sekarang ini. Sesak! Aku pegang kepala aku apabila aku rasa sangat sakit seperti hendak pecah sahaja kepala otak aku sekarang ini dan rifle yang aku pegang terlepas ke lantai. Aku terduduk ke atas lantai sebelum segalanya menjadi gelap.

Iris Arina's POV

Aku membuka mata aku dan memandnag ke arah sekeliling. Dekat mana ni? Aku pandang pula keadaan di hadapan aku. Muka pertama yang aku nampak ialah mak mentua Emilia. Ah! Hidup lagi ke syaitan ni? Aku ingatkan dah mampus.

"Apa pandang mummy macam tu Em?"

"Mummy? Kau layak ke dipanggil mak mentua kalau libatkan nyawa menantu sendiri? Aku rasa nak panggil kau manusia pun tak layak."

"Ah! Nampaknya Iris Arina dah bangun."

Aku pandang pula ke arah Zariq, Haiyan dan juga Ezrian yang masing-masing sedang dihalakan rifle ke kepala masing-masing dan juga terdapat titik merah pada dada masing-masing. Dasar pengecut! Pakai headhunter ramai. Haih. Aku nak gelak kejap.

"Kau memang pengecut kan? Aku yakin kau yang panggil aku bukannya Emilia yang panggil aku."

"Betul lah tu. Aku nak tamatkan apa yang sepatutnya berlaku pada tiga belas tahun yang lalu hari ini juga!"

"Aku pun sama lah kalau macam tu."

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now