𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 21

884 50 3
                                    

"Aku cakap tak tahu tu tak tahulah, Raffael!"

Aku geram. Dia ni tak faham bahasa ke? Sejak daripada dia dapat tahu tentang mummy dia paksa dia kahwin dengan aku, habis dia mengacau aku dekat pejabat. Aku terfikir si Adryan ni tak ada kerja ke?

"Apahal mummy aku cakap dia kenal kau? Mind explain that, my dear? "

"Jangan nak my dear kan aku, Adryan. Kau boleh tak keluar daripada pejabat aku? Serabut! "

"Aku lagi serabut duduk pejabat, duduk rumah, mummy aku paksa aku kahwin dengan kau. Ar sampai sekarang tak tahu pasal ni?"

"Ar tahu dah. Aku bagitahu dia. Tapi dia masih taknak tunjukkan muka mummy korang dekat aku. Pelik aku dengan kembar kau tu."

"Eh! Sedar diri sedikit please. Yang kau tengah cakap tu boyfriend kau jugak tahu!"

Menyampah! Makin lama makin menyakitkan hati si Adryan ni! Aku rasa nak koyakkan sahaja mulut dia. Nak katakan mummy dia makan bontot ayam masa mengandungkan dua orang tu, aku rasa macam tak. Kalau tidak, kenapa boyfriend aku tu tak kuat bebel macam Ryan? Sedangkan mereka berdua kembar walaupun duduk dalam plasenta yang lain.

"Pergi balik pejabat kau sanalah! Menyemak je! Aku ni banyak kerja lagi daripada nak melayan kau!"

"Aku pun tak inginlah nak duduk lama-lama dengan kau! Bukannya kau cantik sangat pun!"

Okey. Yang tu mengarut. Padahal sewaktu pertama kali mereka berjumpa, Adryan juga menyatakan bahawa Emilia cantik, aura yang tersendiri. Hini hapoo anakku? Kau dah suka Em tu confess jelah dekat bakal bini kau tu adoilah anak aku sorang ni.

"Biarlah aku tak cantik pun! Bukannya boleh butakan mata kau!"

"Memang buta masalahnya! Sakit mata aku tengok benda tak indah!"

"Hamboi kau. Kau mengutuk ciptaan Allah dah tu, sayangku. Pergi bertaubat please. Solat taubat banyak-banyak ye, mio bel saya"

"Siapa sayang kau? Siapa mio bel kau? Tak hingin aku ada makwe sewel cacat otak macam kau! Ar je sanggup ada makwe sewel cacat otak macam kau ni!"

"Dahtu? Apa kau fikir aku hamak sangatlah dekat kau? Kau tengah cakap dengan cermin sekarang ni. Eh, kau pun sama sewel je dengan aku! Malah lagi tak betul otak kau tu daripada aku lah!"

"Kau jangan sampai aku jahanamkan awning tudung kau, Em!"

"Kau jahanamkan tudung aku, aku botakkan kepala kau, Ryan!"

Ah susahlah anak aku dua orang ni. Masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing tengah bersedia nak lancarkan perang. Namun, jelingan tajam Adryan dan juga Emilia berpaling pula ke arah Ezrian yang menegur mereka berdua di muka pintu pejabat Emilia.

"Jangan tenung lama sangat. Nanti terjatuh hati. Awal lagi nak jatuh hatinya. Baru episod berapa kak. Kau ni, tak syoklah jatuh hati awal dekat abang Ryan."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now