𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 82

723 36 4
                                    

Aku hanya termenung sambil memandang ke arah gambar nikah aku dan juga Emilia di hadapan aku yang diletakkan di dalam frame. Dalam hati memang tak lepas doa agar Allah sentisa melindungi isteri aku yang lasak itu. Sudahlah bila-bila masa sahaja dia boleh bersalin, jadi pula seperti ini, siapa sahaja yang tidak risau?

"Jom Ryan."

Suara Arran yang memanggil aku menyebabkan aku memalingkan badan menghadapnya. Melihat dia yang juga sudah berpakaian sut tempur berwarna hitam seperti aku menyebabkan aku rasa seperti menyebabkan aku mahu menangis atau aku patut cakap aku dah nangis. Sepupu aku itu terus mendapatkan aku apabila melihat aku secara tiba-tiba mengalirkan air mata.

"Sabar Ryan. Doakan yang terbaik untuk Em dengan anak-anak kau and also for your mother-in-law. Em tahu apa yang dia tengah buat. Sekarang, kita cuma boleh tolong Em je. Em mengharapkan kita je sekarang ini. Come on, kau Adryan Erfan Raffael. You're married to Emilia Ezrina Fayyan. You should behave like a king because she's literally a queen, Ryan. Jom. Kita ada lalat yang perlu dihapuskan."

Aku berjalan membontoti Arran sebelum memandang ke arahnya yang sedang memandang ke arah aku secara tiba-tiba. Aku pandang dia agak lama lah juga sehinggakan Arran hanya mengangkat sebelah keningnya apabila aku hanya tenung dia daripada tadi sampai sudah. Boleh nampaklah daripada iris mata dia yang dia tengah menyampah dengan aku. Apa?

"Aku tahulah bini kau hilang tapi janganlah dengan otak kau sekali hilang, Ryan!"

"Kau tak tahu ke yang bini aku genius disebabkan oleh dia pinjam otak aku? Ni dia hilang, memanglah aku pun jadi bengap. Jadinya, kau salahkan dia sebab bawak otak genius aku sekali."

"Kau jangan tanya kenapa aku baling sniper aku ni dekat kau eh!?"

Aku hampir sahaja mahu meneruskan untuk bergusti dengan sepupu aku itu tetapi tumbukan aku yang hampir melayang ke arah mukanya terhenti apabila suara Zariq menegur kami berdua. Opss. Aku lupa yang anak buah bini aku pun ada dekat sini. Aku melepaskan kolar baju suit tempur milik Arran yang aku genggam tadi sebelum berdehem perlahan. Malulah juga kalau kau tanya aku. Aku dah jadi budak-budak dah ni ha. Ini kalau Emilia ada dekat sini, mahunya aku dengan Arran kena tibai dengan dia cukup-cukup.

Melihat anak buah Emilia dan juga anak buah aku yang bergabung pada malam ini sudah bersiap dan sedang memberikan fokus kepada aku menyebabkan aku menarik nafas buat seketika waktu bagi menghilangkan perasaan yang sedang bercampur dalam dada aku. Pada saat mata dibuka setelah nafas dihembuskan kembali, suis mood serius aku dah tertutup. Bak kata isteri aku, suis tutup maknanya litar berfungsi. Said Emilia yang merupakan pelajar sains dulu. Kalau salah, korang salahkan dia. Dia yang belajar fizik dulu bukannya aku.

"Planning kita seperti mana yang setiap leader team dah bagitahu kepada korang semua. If anything happened, please do inform your leader. After that leader korang akan maklumkan kepada saya untuk saya decide sama ada kita akan ke plan B or not. Ingat, you can do whatever you want but not to kill. Only headhunter yang dapat kebenaran daripada saya untuk shoot to kill. If korang jumpa dulu puan Emilia and also puan Aisyah sebelum saya dan Delta team, please do save them. It's been about what days I don't know yang diaorang ada dekat situ. So now, you guys can move mengikut plan kita. All the best to all of us and may Allah save all of us."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now