𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 53

761 36 1
                                    

Dia mengenggam kedua-dua belah tangan aku ke sisi apabila dia sandarkan belakang aku ke kereta yang berdekatan dengan kami. Mata aku membulat lalu tindakan pertama aku ialah kaki aku naik ke celah kelangkangnya menyebabkan genggamannya terlepas. Sungguh aku tidak menyangka yang Ezriel akan lampaui batas sampai tahap macam ini.

Apabila dia bangun, dia kembali menyerang aku. Apa kena dengan si Arfiqiel ni?! Aku hanya mengelak daripada serangannya. Kaki aku naik menendang perutnya menyebabkan dia berundur ke belakang dek kerana senak. Aku pula dah naik pelik. Sebelum sempat dia menyerang aku kembali, bunyi tembakan daripada belakang menyebabkan dia tiba-tiba rebah.

Darah yang terhasil daripada kepalanya yang ditembusi dengan peluru menyebabkan aku meluru ke arahnya. Tanpa sempat aku berbuat demikian, sepasang tangan menghalang aku. Aku toleh ke arah manusia tersebut. Adik aku.

"Dia bukannya abang Ar, kak. Tolong jangan jadi bebal sekarang. Tu anak buah musuh kita. Tugas dia ialah untuk alihkan pandangan kau daripada abang Ryan sebab headhunter dia tengah target abang Ryan sebelum kau muncul tadi."

Terkedu aku. Apa? Aku pandang kembali mayat yang dikatakan bukannya Ezriel itu. Aku pandang pula ke arah Ezriel yang sebenar yang berada tidak jauh daripada kami adik beradik. Dia menurunkan tangannya yang memegang semi-auto pistol ke sisi. Aku patut takut ke? Nampaknya dia dah munculkan diri semula.

"You patut bezakan I yang sebenar dengan yang klon, sunshine. I jarang panggil nama you kan? I tak pernah lagi rasanya tinggikan suara I dekat you selama kita kenal? Pernah ke I lampaui batas I selama kita kenal? Meh I ulang balik ayat adik you. Tolong jangan jadi bebal sekarang. Dia dah munculkan diri untuk chaoskan cerita you."

Ingat tak kejadian bulan lepas di mana Ezriel yang klon menyerang aku? Ya, bulan lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ingat tak kejadian bulan lepas di mana Ezriel yang klon menyerang aku? Ya, bulan lepas. Tapi sepatutnya aku cakap minggu lepas sebabnya memang jadi minggu lepas. Cuma waktu itu sudah menghampiri penghujung bulan dan sekarang ini sudah memasuki bulan baru. Tanpa sedar aku juga sudah bergelar isteri selama lima bulan.

Berbalik kepada situasi tadi. Seperti yang Ezriel katakan, musuh aku dah munculkan diri untuk mengharukan cerita aku. Mujur sahajalah konflik antara aku dengan Adryan tamat apabila aku menerangkan kepadanya setelah kami berdua pulang ke rumah. Tetapi, muncul pula konflik baru sekarang ini. Rahsia yang hanya aku dan juga kak Arin yang tahu sudah bocor ke pengetahuan Zariq. Dan sekarang ini, PA aku itu tengah marahkan aku.

"Kau bodoh ke Em?!"

"Jangan nak bodohkan aku dekat sini! Aku cuma tunaikan permintaan dia, Muhammad Zariq Haikal."

"Tunaikan? Habistu? Aku ni apa? Tunggul?!"

Ya Allah! Kurniakanlah kesabaran kepada aku pada saat ini agar aku tidak menghalakan anak panah yang sedang berada tepat di atas busur aku ke arah kepada Zariq sekarang ini. Aku tengah training dengan dia. Lama tak turun lagipun. Suami aku dekat sebelah pun dah naik bosan dengar Zariq bebel daripada tadi. Ya, dia ikut sekali turun ke base Fayyan. Katanya dia nak tengok macam mana anak buah aku dan juga aku training selama ini.

"Kau patut tanya kepada dia. Dia pun tak jauh je daripada kau. Tu ha. Depan sana je. Sibuk tengah sparring dengan Tuan Muda dia."

"Payah dapat boss merangkap kawan baik yang bebal lagikan bodoh macam kau ni."

"Aku dah cakap. Aku cuma tunaikan permintaan dia. Lagipun aku dah pernah cakap dekat dia sebelum dia pegang jawatan tu. Kau PA aku, automatik kau pihak atasan Fayyan dan kau yang akan banyak turun padang dan kemungkinan untuk dia dengan kau berjumpa tinggi. Dah dia sanggup, aku pun proceed jelah."

Aku lepaskan anak panah aku lalu merehatkan hujung busur aku ke atas kasut aku sebelum mencapai satu lagi anak panah milik Adryan. Anak panah aku dah lama habis tapi sebab malas nak pergi sparring dengan adik aku, aku curi anak panah suami aku. Aku lepaskan arrow aku dan bull's eye! Aku pandang pula ke arah board suami aku. Aku tak pernah tahu yang suami aku sebenarnya tak reti memanah. Semua kena dekat hitam dengan putih! Itu pun ada tiga batang sahaja. Yang lain? Semuanya jatuh ke lantai.

"Dah lah tu curi anak panah aku! Aku nak practise juga!"

"Kau ni teruklah! Buat malu aku je! Meh sini aku ajar."

Aku hiraukan Zariq lalu aku tumpukan perhatian penuh kepada Adryan pula. Malas nak hadap dah si Zariq Haikal tu. Ada kejap lagi yang jadi mayat dekat sini. Aku berdiri di sisi Adryan lalu mengajarnya cara-cara untuk memanah dengan betul. Dia punya postur pun salah, mana tak dia asyik terbabas je.

"Kau tarik bowstring ni sampai pipi, husband. Bukannya tarik sikit je. Mana tak anak panah kau tak tarik jauh? Tak belajar fizik ke dulu?"

"Tak. Aku bukannya bekas pelajar sains macam kau. Aku ni budak finance. "

"Patutlah kau bebal bab macam ni."

"Hei! Ingat sikit yang aku ni suami kau."

"Tahu pula kau suami aku? Minggu lepas? Lupa tanggunngjawab ke?"

Aku nampak Adryan terdiam setelah itu. Aku betulkan postur badan dia. Tangannya aku luruskan sebelum aku betulkan arm guardnya. Tak pelik pun kalau tengok postur badan dia tegak. Suami aku juga lahir dengan darah keturunan mafia dalam badannya. Tambah pula dia lahir dalam keluarga Raffael. Aku menyuruhnya untuk menarik bowstring sehingga ke pipinya sebelum dia melepaskannya. Aku tersenyum puas melihat mata yang diperolehinya. Okeylah daripada tadi.

"That's how we do the archery, my love. "

Dia juga tersenyum puas sambil memandang ke arah aku. Dia capai lagi anak panahnya sebelum melakukan perkara yang sama dan kali ini dia mendapat lapan mata. Wau! Quick progress!

"Aku rasa aku boleh challenge kau dah kot, signora."

"Dream on, signor! Kau patut lawan dengan Ez dulu baru boleh berangan nak kalahkan aku dalam memanah."

"Kenapa Ez?"

"Ez tak berapa skilled in archery. Jadinya, kalau kau boleh kalahkan Ez, baru boleh berangan nak kalahkan aku."

Aku nampak Adryan seperti terkedu. Mungkin tengah mencerna ayat aku betul-betul. Apa? Betul lah apa aku cakapkan. Ezrian memang tak minat dalam memanah. Dia belajar memanah pun sebab papa paksa. Sebagai seorang Fayyan, papa ajarkan kepada kami yang kami semua patut mahir dalam semua benda. Bermula daripada seni pertahanan diri sehinggalah semua alatan yang boleh digunakan.

"Ryan buat apa dekat sini?"

Suara papa yang menyapa kami daripada belakang menyebabkan aku segera menundukkan kepala ke arahnya. Tanda hormat kepada papa disebabkan kami berada di base Fayyan sekarang. Aku pelik melihat ibu juga turut sama ada bersama dengan papa.

"Ibu buat apa dekat sini?"

"Salah ke ibu turun padang? Lagipun dah lama ibu tak warming up."

Aku patut takut tak sekarang? Ibu dengan papa bukannya calang-calang orang. Kalau kau rasa aku pun dah cukup hebat, Zariq pun dah cukup handal dan begitu juga dengan Ez. Kau rasa papa dengan ibu macam mana? Tak pernah-pernah ibu pun turun padang sekali ni.

"Jom sparring dengan ibu."

Oh shoot!

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now