𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 64

756 31 1
                                    

"Sayang~ Kau taknak bangun makan ke?"

Aku hanya tepis sahaja jari Adryan yang daripada tadi sibuk mencucuk-cucuk pipi aku. Aku ni dahlah penat. Boleh pula dia kacau aku tidur. Nak minta kena tendang keluar galaksi ke dia ni? Dia ni tak reti baca situasi ke yang kami sedang berperang? Aku tengah lancarkan serangan habis-habisan sekarang ini.

"Bangunlah~ Mummy kena teman daddy makan."

Nak taknak, aku terpaksa mengalah. Secara lambat-lambat aku bangun daripada tidur. Aku hanya menjeling tajam ke arah Adryan yang sudah tersengih dekat tepi katil aku. Aku pandang pula ke arah sebelah aku. Kosong. Ada dua makna sama ada Ez dah pergi turun makan atau Ez dah kena campak masuk dalam bilik dia dah.

"Tajamnya pandangan mummy~ Takut lah daddy dibuatnya."

Aku rasa nak tendang orang sekarang atau korang patut faham aku rasa nak tendang si Erfan ni. Aku hanya berlalu pergi untuk membasuh muka lalu terus turun ke bawah walaupun Adryan banyak kali panggil nama aku. Malas lah aku layan dia. Biar dia pula rasa macam mana rasanya kena palau dengan isteri sendiri. Selama hampir lima hari dia buat dekat aku, meh aku fireback balik.

Tak sempat aku ingin menarik kerusi untuk duduk bersebelahan dengan Ezrian, Adryan terlebih dahulu menarik kerusi tersebut untuk aku duduk. Aku hanya biarkan sahaja. Kita pun reti jual mahal lah! Tapi itulah. Aku tak tahu sampai bila boleh bertahan aku punya tembok ni. Ini pun hampir gugur dah bila tengok Adryan tiba-tiba sahaja berlari ke bilik air dan muntah.

"Pergi tengokkan Ryan tu Em. Jangan keraskan sangat hati tu."

Aku berlalu pergi lalu menapak masuk ke dalam bilik air. Seperti mana aku dalam episod yang aku muntah teruk tu, begitulah dia. Aku hanya setia mengusapkan belakang dia cuma bezanya, dia muntah tak adalah teruk macam aku dulu. Selesai sahaja dia muntah, aku tolong kumurkan. Kan aku dah kata, tembok aku dah runtuh. Ish! Bahayalah si Adryan ni. Dia dah siap kumur terus aku tergelak apabila aku akhirnya faham kenapa tiba-tiba dia muntah.

"Kau suka betul eh tengok aku merana?"

"Aw~ Are you talking to a mirror, husband?"

Kali ini, Adryan pula yang menjeling tajam ke arah aku. Aku hanya senyum mengejek kepadanya memyebabkan dia secara tiba-tiba memeluk aku. Kejung jugalah aku dibuatnya. Ini udah mengapa? Seram sih dibuatnya aku.

"I'm sorry, love. Aku abaikan kau selama lima hari tanpa explanation langsung."

"Jomlah. Aku dah lapar."

Adryan melepaskan pelukan kami lalu menundukkan sedikit tubuh tingginya sehinggalah paras perut aku. Perut aku yang masih belum kelihatan baby bump diusapnya menyebabkan bulu roma aku serta merta naik. Adryan tersenyum sambil mengusap perut aku.

"Anak daddy behave ye duduk dalam perut mummy. Jangan minta benda pelik-pelik pula. Jenuh daddy awak ni nak kena mencari nanti."

"Pandai buat, pandai lah tanggung!"

"Pandai buat, pandai lah tanggung!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now