Aku terasa seperti tangan melingkari pinggang aku menyebabkan aku membuka sedikit mata aku. Santapan mata dihidangkan dengan muka Adryan yang sedang merenung ke arah aku sambil tersenyum dan sebelah tangannya ditongkatkan untuk menampung badannya yang sedang mengiring ke arah aku.
"Morning mummy~"
"Daddy ni kacaulah mummy nak tidur."
Aku menarik semula selimut yang sedikit menurun daripada paras lengan aku menyebabkan Adryan tergelak lalu menarik aku ke dalam pelukannya. Allahu. Yang ini dah kenapa ajak aku bersemut pagi buta ni? Aku tengok jam di dinding. Ya Allah! Baru pukul tiga pagi! Apa benda si Adryan ni!
"Did you realize that it's freaking three in the morning, Mr. Adryan Erfan Raffael bin Arfan Raffael?"
"I did."
"Then why in the first place you woke me up?!"
"Because, I miss you, Ms Emilia Ezrina Fayyan binti Fayyan Mikael."
Ya Allah! Buang tabiat dia ni! Aku depan mata pun dia nak rindu apanya?! Geramlah aku. Ada yang kena tendang tidur luar ni karang! Lantaklah dekat hospital pun. Peduli apa aku!
"Tidurlah, Ryan. Manusia normal waktu macam ni tidur tahu?"
"Aku baru lepas solat tahajud dengan sujud syukur tadi. Tak boleh tidur."
"Itu masalah kau bukannya masalah aku! Dahlah pergi sana! Aku nak tidur!"
"Alah. Tolonglah daddy tidur mummy~"
Sah buang tabiat! Ada mana-mana yang sampuk Adryan ke? Fuh keluarlah kau mambang daripada badan suami aku!
"Yang kau pandang aku macam tu apahal signora?"
"Apa kata-kata terakhir yang kau sebut lepas aku dah selamat bersalinkan Mia dengan Aidan?"
Oh jangan tanya kenapa. Saat ini aku tengah berjaga-jaga. Risau ada yang menyamar jadi Adryan sebenarnya. Walaupun mummy jauh daripada Vegas, kita tak tahu apa yang dia tengah rancang saat ini. Kedudukan kami pun dah terbalik. Adryan dibawah manakala aku diatasnya sambil tangan sedia nak mencekik batang leher Adryan yang palsu ini kalau dia bukannya Adryan yang sebenar.
"Kau ni dah kenapa sayang?!"
"Jawab je lah sebelum aku cekik kau dekat sini!"
"Welcome to the family, Mia and Aidan."
Dengan itu aku turun daripada badan Adryan. Ya, memang itu apa yang aku ingat sebelum segalanya kabur disebabkan aku dah kepenatan setelah berperang nyawa untuk lahirkan dua orang anak aku itu.
"Cakap pasal Mia dengan Aidan kan. Which one yang keluar dulu?"
Dengan itu, dahi aku selamat kena jentik dengan Adryan. Betul lah! Aku mana nak ingat bila dah sakit macam tu. Yang aku tahu, Qistina suruh aku push sekali lagi lepas yang sorang dah keluar. Perghh aku ingatkan bolehlah tarik nafas sekejap, last-last kena teran sekali lagi matt.
"Mia dulu, sayang. Haih mummy, mummy~"
"Dahlah. Daddy cakap nak suruh mummy tidurkan sangat. Ha meh sini. Alah bucuk bucuk baby besar mummy ni~"
Dengan itu aku tarik Adryan ke dalam pelukan aku sambil menganjing dia. Seronok juga bergaduh dengan dia pagi buta macam ni. Twins pun mana ada dalam bilik aku disebabkan nurse dah ambil untuk diletakkan semula dalam wad bayi. Esok pagi pula lah.
Aku hanya tergelak apabila Adryan menggeletek pinggang aku. Tadi dia juga yang kata nak aku tidurkan dia. Hauk betul!
Aku menaikkan sebelah tangan aku untuk bermain dengan rambutnya. Tips nak tidurkan Adryan : main dengan rambut dia sambil tu kau borak lah topik kosong dengan dia kalau dia masih lagi cerlang biji mata. Extra tips : peluk dia. Automatik tak sampai lima belas minit dia dah tidur. Ya, love language Adryan ialah more kepada physical touch dan juga words of affirmation. Aku? Aku tak pasti aku lebih kepada apa tapi seingat aku dulu aku lebih kepada quality times oh dan juga act of service.
"Aku dah cakap belum?"
"Apa?"
"Maknanya aku tak cakap lagi. Thank you sayang. Thank you for everything."
Cukup dengan itu, aku faham apa yang Adryan sedang maksudkan. Aku hanya senyum lalu melabuhkan ciuman ke atas dahinya lalu aku terus mengusap lembut rambutnya. Dan macam yang aku cakap, tak sampai lima belas minit dia dah tidur balik. Aku capai selimut aku lalu aku naikkan sehinggalah paras bahunya.
"Tengok mummy dengan daddy tu Aidan. Lupa yang Aidan dah lahir. Tak payah kawanlah dengan mummy dengan daddy Aidan."Ayat itu yang menyebabkan aku mencelikkan mata aku. Of courselah santapan mata aku disajikan dengan muka Adryan yang masih lagi tidur atau aku patut cakap dia juga sudah terjaga oleh kerana aku mencuitnya untuk bangun. Aku pandang ke arah Ayran yang sedang mendukung Aidan dan Mia di tangan Arran. Ezriel dan juga Zariq sedang duduk di atas sofa yang terletak di dalam bilik ward aku. Baru aku faham kenapa Ayran cakap macam itu sewaktu aku baru sahaja terjaga tadi. Aku dengan Adryan tidur sambil berpelukan menghadap tubuh masing-masing.
"Awalnya korang datang?"
Aku melirik ke arah Zariq yang sudah tergelak di sebelah Ezriel. Aku pandang ke arah jam dinding yang terletak di atas pintu sliding wad. Maka, aku pun terkejut melihat waktu sekarang ini. Ya Allah. Dah tengahari rupanya. Patutlah diaorang berkampung dalam bilik aku. Adryan yang sudah sepenuhnya sedar terus menaikkan selimut sehinggalah
oh aku patut cakap yang dia selubung aku dengan selimut sebenarnya. Apabila aku mahu menarik semula selimut itu, Adryan sebut Zariq.Kau tahu jelah kalau baru bangun tidur macam mana kan? Aku memang blur teruklah apabila Adryan sebut nama Zariq tadi. Kenapa dengan dia? Melihat dia yang menghulurkan tudung sarung hitam aku menyebabkan aku terbeliak mata. Ya Allah aku lupa yang aku cabut tudung semalam apabila hendak tidur oleh kerana hanya ada Adryan sahaja. Sebab apa pula lah aku nak pakai tudung kan? Aku segera menyarungkan tudung aku sebelum menarik semula selimut itu. Itu pun kena bergaduh dulu dengan Adryan yang dia tak percaya aku dah pakai tudung.
Aku hanya pandang ke arah Adryan yang sedang menahan marahnya. Mestilah dia nak marah. Mereka sesuka hati sahaja masuk bilik wad aku tanpa kebenarannya. Mengganggu privasi kami berdua terutamanya akulah. Seperti tadi, sudahlah aku tak pakai tudung, aurat aku memang tak terjagalah jawabnya.
"Kenapa sesuka hati je masuk bilik wad orang?"
Dingin. Memang itu perangainya kalau dia tengah marah. Nada dia bercakap pun dah tahu dah. Aku melihat mereka terutamanya Ayran gelisah. Aku pun nak join marah juga rasa. Aku tak sangka pula Zariq pun boleh join bengap sama macam tiga ketul tu. Penat lah ada banyak bala nak kena handle ni. Korang taknak ambil seorang ke untuk dibela?
"Masa kitaorang sampai tadi, nurse tengah tolak Mia dengan Aidan masuk bilik Em. So, kitaorang tolonglah jagakan. Ha begitulah kisahnya. Kau patut bersyukur along--"
"Boleh je hantar dekat bilik ibu sekejap kan kalau kau dah nampak kitaorang berdua tidur lagi dengan Emilia tak pakai tudungnya. Pernah dengar perkataan privasi tak?"
Aku hanya melepaskan keluhan apabila soalan Adryan dibiarkan tergantung. Haih.
"Dahlah tu, Ryan. Next time, don't do that again especially you, Haikal! I wasn't expecting you to be here when you know that Adryan sleep with me last night. Jangan sampai papa tahu eh!"
"Papa tahu apa?"
Dang!!!
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Roman d'amour[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...