Two years later
Aku hanya tenung jemputan online yang dihantar melalui email syarikat untuk aku. Aku tengok pula list guest yang bakal hadir pada majlis makan malam itu. Aku tak tahu nak rasa apa saat ini apabila nampak nama Adryan dengan yang lain dalam list guest itu. Argh! Kenapalah Raffael ni besar sangat company dia? Dah tak pasal-pasal bertembung nanti aku dengan dia. Majlis pula akan berlangsung malam nanti.
Ya Allah serabutnya!! Kenapa aku rasa serabut? Aku baru tahu yang kami perlu hadir juga dalam majlis tersebut. Aku pula lupa nak buka email dan aku dengan gelabahnya buka email syarikat tadi apabila Zariq bertanyakan kepada aku sama ada aku mahu pergi atau tidak. Aduhai! Sudah lah hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga. Yang pertama? Kami sambut dengan malam hitam itu. Kenapa dah ketiga? Sebabnya aku dah menyorok daripada Adryan hampir dua tahun saat ini.
Aku tak pasti Adryan ceritakan atau tidak dalam POV dia tetapi mummy masih tidak dapat dikesan sehingga sekarang. Aku masih mencari mummy dan akhirnya jumpa juga. Aku tak buat apa pun. Aku cuma pinjam tugas malaikat Izrail sahaja. Baru minggu lepas, masalah keluarga kami benar-benar tamat setelah sekian lamanya. Scene yang tu biarlah dilenyapkan macam tu walaupun author Evine korang ada buat scene tu tapi disebabkan aku rasa macam dah terlalu banyak scene, kita terpaksalah cut out scene sebab aku rasa scene tu terlalu meloyakan tekak aku.
Anyway, betul lah apa orang kata. Jangan simpan dendam, kalau tak, habis generasi yang lain yang akan terasa sakitnya. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jadinya, sebelum susu tu rosak makin teruk, baik aku hentikan nila tu. Jadinya sekarang, aku tak tahu bila aku ada kekuatan untuk balik semula ke pangkuan Adryan.
Jujur aku kata, aku memang tak adil untuk dia. Sebab apa? Aku daripada jauh boleh tahu perkembangan dia dengan Aidan. Aku masih nampak Aidan membesar depan mata aku. Tapi dia? Perkembangan aku dan juga Mia langsung dia tak tahu. Sedangkan aku nampak anak-anak aku membesar depan mata aku tetapi dia? Fokus dia hanya kepada Aidan oleh sebab aku jauhkan diri sekejap daripada dia buat sementara waktu.
Aku masih ingat lagi yang dia menangis sampai pengsan lepas dah habis kebumikan mayat yang kononnya itu ialah aku dengan Zariq. Ibu cerita dekat aku yang Adryan minta dekat ustaz untuk solat jenazah asing untuk aku, Zariq dan juga Mia. Mia disolatkan secara solat ghaib oleh kerana team medic Fayyan buat report sebagai mayat tidak dijumpai masa diaorang pergi turun padang lepas letupan tu. Ibu cerita lagi yang Adryan minta dekat ustaz untuk dia imamkan solat jenazah aku.
Apa perasaan aku? Aku saat itu macam-macam perasaan ada. Bersyukur, terharu, sedih pun ada. Aku bersyukur sebab Allah jadikan Adryan sebagai jodoh aku. Aku terharu sebab Adryan jadi jodoh aku. Aku sedih sebab aku tak berlaku adil untuk suami aku sedangkan dia? Sehingga ke saat 'kematian' aku pun, dia masih lagi sedaya upaya jadi suami yang terbaik untuk aku. Aku nangis tak? Of course lah nangis! Aku tak tahu bagaimana penerimaannya nanti apabila aku kata yang aku dah hapuskan mummy.
Pap!
"Emilia Ezrina Fayyan binti Fayyan Mikael!"
Aku terkejut apabila meja aku diketuk kuat sambil disebutnya nama penuh aku. Lamunan aku terhenti. Aku memandang gerangan tersebut dan ternyata Zariq yang sedang berdiri tegak depan aku saar ini. Ekspresi wajahnya yang seperti tidak puas hati menjadi santapan mata aku.
"Kau nak apa tercongok depan aku ni?"
"Aku punyalah panggil kau banyak kali, tapi kau boleh berangan eh! Kalau dah rindu sangat dekat suami tu, pergilah balik rumah! Penatlah aku hadap kau meroyan tiap kali rindu Ryan!"
"Kau jangan nak start bebel dekat sini macam papa eh! Ni kau nak apa?"
"Kau pergi ke tidak?"
"Kau rasa?"
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romantizm[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...