𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 75

565 35 3
                                    

Aku yang berada di sebelah Zariq hanya menggarukan kepala aku apabila melihat dua orang kembar itu bergaduh. Tak masalahnya sekarang ini kan, kenapa suami aku itu sampai nak suruh kami bertiga datang ke sini? I means, ini hal Raffael. Kenapa perlu libatkan Fayyan? Sampaikan adik aku pun dia suruh heret sekali masalahnya ini.

"Aku dah cakap dekat kau Ryan! Kenapa susah sangat kau nak percaya kembar kau sendiri?!"

"Sebab kau dah belot Raffael lah aku tak percayakan kau dah!"

Dahi aku berkerut apabila suami aku meninggikan suara kepada Ezriel. Belot? Ezriel belot Raffael? Tak mungkin lah. Dia kan co-leader Raffael. Untuk apa pula dia berpaling tadah dengan keluarga dia sendiri?

"Belot? Apa yang belot? Siapa yang belot ni?"

Suara aku yang tiba-tiba mencelah menyebabkan Adryan menahan penumbuknya yang hampir melayang ke muka Ezriel. Ini kali pertama aku nampak Adryan macam ini. Maksud aku, Adryan akan bertindak matang walau apa jua keadaan sekali pun sebab itu memang diri dia. Adryan tak pernah buat benda bodoh lagi. Oh kecuali seperti sekarang ; losing his temper over something unsure.

"Kau tak tahu ke yang bekas kekasih kesayangan kau ni dah belot Raffael, Ezrina? Menipulah kalau kau cakap tak tahu. You're Fayyan."

"Tak sekarang ni kan. Aku memang tak tahu langsung tentang ni. Kenapa kau nak marah-marah aku pula ni?"

Melihat Adryan yang sedang tertawa dalam keadaan sinis menyebabkan aku memalingkan muka untuk meminta penjelasan daripada Ezrian dan juga Zariq. Zariq yang hanya diam seperti biasa dan muka Ezrian yang nampak merah setelah itu menyebabkan aku tahu yang Adryan sedang menyatakan perkara yang sahih. Ada sesiapa yang ambil alih diri aku ke sebelum ini? 

"Bukannya selama ini kau tahu semua benda tentang dia ni? Kenapa pura-pura tak tahu? Oh aku lupa. Dia kan first love kau dan begitu juga dengan dia!"

"Adryan Erfan Raffael bin Arfan Raffael!"

Dengan itu aku secara rasminya sudah meninggikan suara dengan suami sendiri. Sungguh aku tak faham dengan Adryan ketika ini. Kalau ya sekali pun marahkan Ezriel, kenapa perlu ungkit kembali kisah silam kami berdua? Dia macam tak ada kaitan tahu? Pelik juga aku sekarang ini. Period ke apa dia ini? Aku dah menjadi hak milik dia dan sekarang bakal menjadi ibu kepada anak-anak dia juga. Apa masalah sangat mental si Adryan ni?

Ezriel terkejut melihat aku menengking Adryan. Begitu juga dengan yang lain termasuklah Zariq sendiri. Nak tahu kenapa? Sebabnya sambil aku sebut nama penuh dia, aku bangun daripada kerusi dan menghentak meja. Nafas aku yang pendek jelas menunjukkan yang aku sedang menahan amarah aku. Marah lah! Secara tiba-tiba pula aku yang tak tahu apa-apa ini terkena tempias sekali. Sudah masuk hampir sebelas bulan kami bernikah, kenapa perlu dipersoalkan lagi kisah silam aku dengan Ezriel? Aku pun dah nak bersalin tak lama lagi. Bila-bila masa sahaja aku boleh bersalin ni ha.

Adryan yang melihat aku menengkingnya terus melepaskan kolar baju Ezriel lalu matanya dikecilkan setelah itu. Kemudian, dia kembali membesarkan matanya sambil berpeluk tubuh dan tersenyum sinis. Tidak lupa juga anak matanya yang menikam anak mata aku. Muka dia? Macam nak telan orang atau aku patut cakap orang itu ialah aku sekarang ini.

"Oh. Dah pandai nak tinggi suara dekat suami sendiri? Depan orang ramai ni, Ezrina."

Ezrina. Aku tak pasti aku dah pernah cerita atau tidak. Adryan hanya akan panggil nama kedua aku sekiranya dia tengah menyampah dengan perangai aku atau to be exactly is he's furious with me right now. Nada dia? Jangan cakap betapa dingin dan sinisnya. Tambahan pula dia tayangkan muka beku dia.Tadi macam nak telan orang kan? Ha sekarang ini muka beku dia yang keluar. Aku? Aku tengah cuba untuk tak marakkan api dia tapi aku tahu setiap ayat yang keluar dari mulut aku, Adryan akan makin menjadi marak.

"Can we solve this without them being here? I'm trying my best here to understand what is wrong but you turned my own words against me. I'm trying to save your dignity here, Adryan."

"Maruah? Sejak bila kau kisahkan maruah aku sebagai seorang suami ni, Ezrina?"

"Apa masalah abang Ryan ni?! Eh! Akak selama ni jaga nama baik abang sehabis baik! Yang abang Ryan nak marah-marah akak balik dah kenapa?!"

"Ezrian Ezkandar Fayyan bin Fayyan Mikael."

Suara Zariq yang menyebut nama penuh Ezrian dengan nada dingin menyebabkan bulu roma aku naik. Dia sebut nama Ez tapi dengan aku sekali yang seram sejuk. Aku pandang ke arah Zariq yang sedang memandang tajam ke arah adik aku. Ezrian secara automatik terus duduk dan menzipkan mulut dia setelah dia nampak muka Zariq pun macam nak telan orang.

"Sekarang kau suka lah kan? Ada orang backup kau. Adik kesayangan sendiri pula tu. No wonderlah kau lahir dalam darah Fayyan. Wicked bloodline."

"All of you including you guys, Haikal and Eskandar. Out of this room now. Leave both of us."

"Kenapa tak biarkan je diaorang backup kau berterusan?"

"Bawa mengucap Adryan! Kau dah kenapa nak libatkan keluarga aku pula ni? Diaorang tak bersalah daripada awal! Kenapa nak palitkan yang lain dalam hal kau dengan Ezriel?"

"Betul lah apa aku kata kan? Kau suka adik kau backup kau, kau pun selalu je aku tengok backup adik kau juga. Samalah macam PA kau tu."

Aku hanya mampu memandang Adryan dengan pandangan kecewa bercampur dengan tidak percaya. Apa yang rasuk Adryan ni sampai macam ini sekali? Masalah dia dengan Ezriel boleh selesai tadi lagi. Kenapa perlu sampai libatkan aku dengan yang lain dalam hal dia dengan Ezriel? Daripada awal lagi Zariq dengan Ezrian memang tak ada kaitan sebab diaorang bawah Fayyan. Kalau nak libatkan aku juga tak apa lah aku bolehlah nak faham juga sebab aku ada kaitan dengan Raffael. Ini tidak.

"Apa kau kata tadi? Aku? Aku suka orang backup aku? Wicked bloodline? Kau kalau tak tahu apa-apa tentang Fayyan, jangan sesekali sentuh Fayyan, Erfan."

"Memang itu kenyataannya kan?"

"Fayyan bermula daripada papa bukannya macam Raffael yang dah lama wujud almost three generation yang mewarisi. Waktu tu aku baru darjah tiga dan Ez darjah satu. Jangan sebut tentang bloodline sedangkan aku dengan Ez bukannya secara zahir lahir dalam keluarga mafia macam kau. Papa yang bangunkan Fayyan dengan ibu dengan umi dan abah Zariq apabila ibu diancam semula oleh mummy kau."

"Sekarang--"

"Shut up! Just let me tell you all of this supaya kau takkan sentuh dah hal sensitif, Adryan."

"Hanya disebabkan mummy ada dendam kesumat dengan ibu dan papa kahwin pula dengan ibu yang menjadikan ianya teruk. Aku selalu backup adik aku? Adik aku selalu backup aku? Zariq selalu backup aku? Aku suka orang backup aku especially Ez dengan Zariq? Ya!! Sebab diaorang adik-adik aku! Zariq dengan adik beradik dia yang lain adalah di bawah tanggungjawab papa dengan ibu. They're adopted child under papa dengan ibu. "

"Kenapa aku selalu backup Ezrian? Kau dah tahu tentang kisah tu tapi kau masih nak ungkit? Fine. Let me tell you the story behind that, Erfan."

"Apa perasaan kau bila kau tengah sibuk cari ibu kau yang dah berhari-hari hilang then dapat tahu dia dalam tahanan someone yang kejam? Aku dengan Ez kena culik masa on the way pergi sekolah. Our driver during that time is adik papa sendiri which means that is my uncle. Adik papa sendiri pun boleh belot papa. Dia yang dengar cakap mummy kau sebabkan cinta!! Jadi rasanya tak perlu kot aku cerita lebih lanjut kenapa aku bencikan perkahwinan."

"Ez masa tu baru umur sepuluh tahun. Umur sepuluh tahun yang baru nak tinggalkan sekejap zaman kanak-kanak sebelum beralih kepada fasa remaja dirogol bergilir-gilir depan mata kakak dia sendiri. Tapi apa kakak dia buat? Nothing!!"

Sesungguhnya ketika ini aku dah menangis tak tahu berapa banyak. Kak Arin dah muncul dalam kepala otak aku untuk tenangkan aku tapi aku hiraukan hanya sebab aku nak Adryan faham kenapa aku marahkan dia bila dia sebut tentang Fayyan macam tu sekali. Sungguh semua episod hitam tersebut kembali bermain dalam fikiran aku. Memori aku dengan kak Arin dah bercampur sekarang ini.

"Akak. Enough lah."

"Not until he knows everything about Fayyan yang aku tak pernah buka mulut selama ni. Kali ni kau akan menyesal sentuh Fayyan, Raffael."

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now