Emilia dan juga Zariq hanya merenung sahaja musuh dalam selimut mereka. Kemain lagi dia duk senyum eh? Duk melayan orang sana sini. Emilia yang masih lagi berpakaian baju kurung off white dipandang seketika oleh Zariq lalu dibisikkan kepada ketuanya itu.
"Kalau aku nak bunuh dia sekarang boleh tak?"
"Jangan nak buat hal. Kau saja nak bagi cerita aku kucar awal"
"Alah, nanti sama ya juga kucar habis"
"Diam"
Zariq hanya mencebikkan mukanya apabila disuruh diam oleh Emilia. Ezrian datang mendekati kakaknya yang daripada tadi dia mencari. Rupanya dia duk melepak dengan abang Zariq dekat meja makan ceruk gini? Ingatkan dia duk melepak dengan Arran ke siapa ke.
"Kau pahal tak duduk dengan abang Ryan, kak?"
Emilia merenung wajah adiknya. Kau jangan sampai aku kotorkan baju melayu kau, Ez. Dia ni saja nak bagi aku buat pantun kura-kura ke? Dia dah tahu dah tentang ni.
"Kau tu baru je nikah sejam lepas, kak. Anak buah abang Ryan semua pandang pelik bila kau duk lepak dengan abang Zariq."
"Do I looks like I give a fuck about them, Ezrian Eskandar Fayyan?"
"Ingat sikit kau tu dah jadi bini orang, Emilia Ezrina Fayyan"
Emilia hanya menayangkan wajah bosannya apabila adiknya daripada tadi tak habis-habis menyebut tentang perkara ini. Aku ni bukannya tua sangat pun! Beza dengan kau dua tahun je, Ez! Aku tahulah aku dah jadi bini orang! iPhone XR miliknya yang berdering menyebabkan Emilia mengalihkan pandangannya ke arah telefon pintarnya itu.
Ibu❤️
Butang hijau ditekan laju sebelum Emilia berjalan keluar daripada dewan. Lagipun, dalam dewan ketika ini tengah bising si Ayran tu tengah berkaroake dengan Arran. Emilia tu pun tengah tahan nak bunuh adik ipar dia. Bising betul dia duk memekak daripada tadi. Tetapi Emilia dan juga Zariq bersyukur bahawa dengan kebingitan itu mampu mereka membuat kerja mereka daripada jauh.
"Cantiknya anak ibu ni! Tahniah, Em! Semoga mahligai syurga yang dibina hari ini berkekalan sehingga ke Jannah, sayang"
"Terima kasih ibu. Em baru nak merajuk tengok Zariq tak ambil ibu tadi"
"Ibu ada kerja sikit dekat rumah. Itu yang lambat. Takpela, Em dah selamat jadi isteri orang dah. Ni tak mau kenalkan ibu dengan suami ke?"
Emilia hanya mengutumkan senyuman kepada Puan Auni. Ditarik tangan wanita yang dianggap seperti ibunya itu ke dalam dewan untuk diperkenalkan kepada ayahnya. Adryan? Ah lantaklah! Aku sendiri tak tahu dia dekat mana lepas dah siap akad nikah tadi.
Papanya yang berada tidak jauh daripada bapa mentuanya didekati. Dicuit seketika bahu papanya sebelum Emilia memperkenalkan Puan Auni kepada papanya serta bapa mentuanya.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...