𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 35

977 45 1
                                    

Demam aku pun sudah beransur pulih. Aku juga sudah kembali masuk ke pejabat. Masuk sahaja ke dalam pejabat, aku tengok pejabat aku dah tak serupa pejabat. Terkelip-kelip juga mata aku saat ini untuk memproses apa yang terjadi sehinggakan Zariq datang menegur aku kenapa aku berdiri sahaja di depan pintu.

Aku membuka sedikit lagi pintu pejabat untuk memberi ruang kepadanya melihat keadaan pejabat aku. Mata aku memerhati sekeliling. Pintu berkunci, tingkap pula tiada yang pecah. Hanya kertas-kertas sahaja yang berteraburan. Aku pandang Zariq setelah itu sambil menaikkan sebelah keningku.

"Right away, Miss Fayyan"

Terus dia berlalu pergi. Tahu dah tugas dia buat apa. Aku masuk ke dalam pejabat aku setelah meletakkan beg kerja aku di atas sofa yang terdapat dalam pejabat aku ini. Aku melangkah ke arah meja kerja aku yang bersepah-sepah dengan kertas. Tidak lupa juga diatas lantai.

Aku kutip satu persatu kertas itu. Aku sempat menganalisis kandungan kertas tersebut. Hampir terkonyok juga lah kertas itu apabila aku kumpulkan kesemuanya. Ah! Melampau! Aku pandang adik aku yang baru sahaja meminta izin untuk masuk ke dalam pejabat aku. Dia menghampiri aku apabila aku tidak menjawab soalannya.

"Kau kenapa kak?"

"Melampau lah! Baru nak masuk pertengahan cerita dia dah buat hal! "

Adik aku terus mencapai kertas yang telah aku kumpulkan sebentar tadi apabila aku campakkan kertas itu ke atas permukaan meja kerja aku. Aku nampak muka dia berkerut. Mesti dia pelik kenapa fail anak buah aku bercetak.

"Kenapa?"

"Ni bukannya kerja kakak kau, Ez. Ni kerja anak buah dia. Buka laptop kau, Em. Aku dah send dekat kau rakaman CCTV tadi."

Suara Zariq yang mencelah menyebabkan aku segera ke arah sofa bagi mendapatkan laptop aku. Password dimasukkan kemudian aku membuka email yang dihantar oleh Zariq. Aku perhatikan setiap satu pergerakan anak buah musuh aku sehinggalah tamat durasi video tersebut. Aku pandang Zariq sekali lagi dan dia sekali lagi hanya anggukkan sahaja kepalanya. Tahu dah apa yang dia perlu buat. Bagus kan anak buah aku? Sekali pandang sahaja, dia tahu dah apa yang perlu dia buat.

Adik aku mendekati aku untuk melihat rakaman CCTV itu. Hanpir mencarut jugalah dia apabila melihat setiap satu pergerakan anak buah musuh aku itu. Anak buah dia yang print segala maklumat tentang anak buah aku menggunakan printer pejabat aku. Maklumat tentang Fayyan mafia sememangnya tidak pernah disimpan dalam bentuk hardcopy atas nasihat papa.

Papa suruh Zariq simpan dalam base kami melalui dalam talian dan hanya pihak atasan Fayyan mafia sahaja yang boleh mengakses data tersebut. Sebab itulah adik aku pelik kenapa maklumat anak buah aku diprint. Aku pula bila tengok kertas maklumat anak buah aku itu dapat tahu dah siapa punya kerja. Aku rasa Zariq kawal ketat base online Fayyan mafia. Kenapa boleh bocor?

Zariq masuk semula ke dalam bilik kerja aku dan hanya anggukkan sahaja yang diberikan olehnya. Namun aku dan adik aku mengerti angukkannya itu. Aku bergerak ke base kami untuk membincangkan perkara ini dengan anak buah aku yang lain. Musuh aku sengaja nak harukan cerita aku awal!

 Musuh aku sengaja nak harukan cerita aku awal!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Itu plan buat masa sekarang. Bila-bila masa sahaja dia akan serang. Aku harap korang semua bersiap sedia dari segi mental dan juga fizikal. Apa-apa nanti, Miss akan beritahu kelak kepada korang sendiri. Tahniah kepada team Alpha yang berjaya selesaikan misi kita di Malaysia."

Aku hanya duduk di tepi Zariq. Aku jarang bagi ucapan. Memang yang menjadi mangsa ialah Zariq sebagai assistant aku dan juga adik aku. Walaupun dia rightman aku, dia tetap kena ikut arahan Ez sebab Ez tuan muda dia. Tapi Zariq kena dengar arahan aku dulu sebelum dia dengar arahan Ezrian.

Aku hanya sebut bahawa mereka boleh bersurai dan kembali ke pejabat untuk menyambung kerja mereka. Apa? Anak buah aku juga merupakan pekerja aku di pejabat. Cuma majoritinya lelaki lah yang ada dalam Fayyan mafia. Yang perempuan ada tetapi tidaklah seramai bilangan lelaki. Telefon aku yang berdering menyebabkan aku mengalihkan pandangan mataku ke arah skrin telefon.

Arran Raffael

Aku seret ke kanan untuk menjawab panggilan daripadanya. Sepupu aku yang ini kenapa pula? Tak pernah-pernah telefon aku, tetiba sahaja telefon.

"You dekat mana? Kenapa I dengan yang lain pergi pejabat you, semua lesap? Korang cuti ke harini?"

"I ada dekat base Fayyan. Emergency meeting dengan anak buah I. Kenapa?"

"Okey. Jangan pergi mana-mana. I datang sana dengan yang lain. ETA 10 minutes"

Aku meletakkan panggilan setelah itu. Aku pandang adik aku untuk menyuruhnya memberitahu kepada anak buah aku yang bertugas menjaga kawasan base untuk membenarkan Arran serta yang lain untuk memasuki kawasan base. Aku sekeh kepala dia apabila dia menyuruh Zariq pula setelah itu.

"Sakitlah! "

"Aku suruh kau buat kerja senang macam itu pun tak boleh nak buat! Pemalas punya budak! Dasar adik kutip!"

"Kau jangan sampai aku baling kesan hingus aku ni dekat kau pula! "

"Baling lah kalau berani. Kau nak kena bantai dengan Ryan ke?"

Aku menaikkan sebelah keningku kepadanya sambil berpeluk tubuh. Punca dia selesema kerana aku tidak sengaja terbersin depan muka dia. Sekali lagi mohon baca eh, aku tak sengaja okey! Manalah aku nak tahu dia wujud dekat sebelah aku ketika itu. Yang dia pula cerdik tak pergi basuh muka, hanya sekadar mengelap mukanya dengan tisu basah yang ada di ruang tamu rumah ketika aku dan juga Adryan pulang ke rumah keluarga aku.

Aku nampak dia jalan macam Hulk dah. Tersenyum juga aku menengoknya. Geli hati tengok adik aku itu. Sebabnya dia memang tak boleh menang apabila aku sudah membabitkan nama Adryan. Adryan tu nampak sahaja macam beku tetapi ya Allah! Aku lepas dah kebah demam hari itu, nak masuk dapur pun dia tak bagi. Katanya aku tak sembuh lagi. Apa ke pelik si suami aku tu ha.

Tidak lama setelah itu, aku mendengar adik aku menjerit menyebut nama Ayran terus tersedar daripada lamunan. Diikuti pula dengan bunyi derapan tapak kaki yang bertindan. Aku pejam mata sahaja apabila tahu adik aku dan juga adik ipar aku tengah main kejar-kejar. Aduhlah! Setan berdua tu kalau dah bergabung, habis dunia ni terbalik! Almaklumlah dua orang itu sebaya. Memang ngam teruk lah.

Aku melihat Ayran yang menerjah masuk ke dalam ruang meeting dan sudah semestinya diikuti oleh adik aku yang mengejarnya. Ada yang nak kena tarik telinga ni kejap lagi! Apabila melihat aku sudah menjeling, barulah dua orang itu senyap lalu duduk sedikit jauh daripada aku dan juga Zariq.

Aku pandang suami aku yang masuk last sekali. Berkerut juga dahi aku apabila memandang kesemua pihak atasan Raffael sekarang ini. Ini udah mengapa? Sekali dengan Ezriel pun ada ni ha.

"Apa tujuan korang datang sini ni? "

"Kau dah tahu sebenarnya tapi kau pura-pura tak tahu ke, signora?"

Aku rasa nak sepak sahaja muka kacak suami aku ketika ini. Apa benda dia ni? Aku memang tak tahu apa tujuan mereka datang. Aku mengangkat sebelah kening aku kepadanya. Adryan memandang pula ke arah Arran untuk menceritakan kepadaku. Oh tolong katakan yang apa aku tengah fikirkan tidak benar.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now