𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 45

803 37 4
                                    

"A-apa maksud Em ni? Ibu tak faham?"

Aku letakkan fail yang telah lengkap segala detail tentang 'kematiannya'. Aku hanya merenung dalam anak mata ibu tanda untuk menyuruhnya membuka isi kandungan tersebut. Adik aku pun dah berpeluk tubuh di tepi aku. Terus dia campak jajan dia tadi sewaktu aku menyatakan perkara ini.

Tangan ibu menggeletar apabila aku merenungnya tajam. Sempat ibu menoleh ke arah papa di sebelah sebelum dia membuka isi kandungan fail tersebut. Ibu menyelak helaian demi helaian. Nampak jelas muka papa dan juga ibu pucat apabila melihat segala yang ada dalam fail tersebut. Apa ingat boleh tipu kami berdua hidup-hidup? Aku yang suruh Emilia siasat tentang ini disebabkan sejak kali pertama berjumpa dengan ibu lagi sudah macam-macam perkara terjadi.

Dokumen yang aku berikan itu lengkap dengan semua data peribadi ibu yang Alpha Team dapat. Bermula daripada surat kematian ibu kemudiannya surat pengesahan daripada doktor sehinggalah ujian DNA yang tertulis nama Aisyah Suriani dan juga Auni Safirah dengan ujian DNA aku dan Ezrian. Apa ingat Emilia duduk sahaja ke sewaktu dia membawa diri ke Malaysia dulu? Emilia tak ingat yang aku ada ambil alih sekejap ketika itu memandangkan dia demam. Aku yang pergi ajak Ezrian buat ujian DNA untuk sahkan perkara ini. Aku mengeluh perlahan apabila teringat akan perkara kejam dan juga gila yang dibuat oleh papa dan ibu.

"Death isn't something to joke around. Do you really wanna die, Ibu?"

"Emilia Ezrina Fayyan binti Fayyan Mikael! Apa cakap macam tu dengan ibu?!"

"I'm not Emilia Ezrina Fayyan, papa. I'm Iris Arina."

Jelas wajah ibu dan juga papa terkejut. Dah masuk 13 tahun. Takkan tak boleh bezakan lagi kami berempat? Aku akui memang aku jarang keluar oleh kerana Emilia tidak mahu mengingati masa hitamnya terdahulu. Doktor sahkan dia juga ada PTSD. Atau aku patut cakap aku yang ada PTSD tu? Disebabkan itu juga, memori itu aku yang pegang. Macam aku cakap. Kalau aku tak wujud, Emilia tu memang dah duduk wad gila lah jawabnya.

"M-macam mana? Bukannya Sof--"

"Its been thirteen years pa. Arin wujud dalam badan Emilia terlebih dahulu sebelum wujudnya Sofia. Kalau bukan Arin yang pegang memori thirteen years ago, rasanya papa takkan tengok anak lelaki papa depan mata seperti sekarang. Papa dengan ibu takkan boleh tengok anak sulung diaorang ni depan mata seperti sekarang."

Aku nampak ibu menundukkan kepalanya. Papa pula jelas terbias di wajahnya perasaan serba salah. Perkara yang terjadi 13 tahun yang lalu bukanlah memori Em tetapi memori aku. Em akan ingat juga disebabkan aku seperti berkongsi badan dengannya walaupun itulah hakikatnya. Emilia Ezrina Fayyan ialah Iris Arina dan Iris Arina juga ialah Emilia Ezrina Fayyan. Kami seperti dua soul yang ada dalam satu badan. Aku patut cakap empat tadi. Tapi abaikan sahaja.

"Is this the reason kenapa papa tak pernah balik Malaysia? Sebab ibu sebenarnya masih hidup? "

Adik aku bersuara setelah sekian lamanya dia diam. Aku tahu adik aku juga tengah tahan amarahnya. Aku dengar suara sayup Zariq memberi salam ke dalam rumah aku. Aku malas nak pusing belakang pandang ke arahnya. Aku masih lagi sakit hati dengan perbuatan papa dengan ibu saat ini. Zariq yang masuk ke dalam ruang tamu rumah perasan akan suasana yang tegang hanya berdiri di sebelah aku. Aku nampak ibu pandang Zariq.

"Kenapa Zariq? Zariq pun nak marahkan ibu tentang ni?"

"Zariq siapa nak marahkan ibu? Tapi kalau ibu tanya apa perasaan Zariq, Zariq juga akan rasa macam mana anak-anak ibu rasa. Benda macam ini bukannya boleh buat main. Banyak lagi cara lain yang boleh buat untuk lindung ibu, pa"

Aku rasa suara Zariq semakin tenggelam apabila aku picit kepala aku yang terasa pening. Memori lama aku kembali ditayangkan ke dalam minda aku menyebabkan aku melarikan diri daripada ruang tamu. Suara Zariq yang memanggil aku tidak diperdulikan. Tak sampai beberapa tapak daripada ruang tamu, aku tak dapat tampung kesemuanya menyebabkan aku jatuh terduduk ke lantai.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now