Aku tengok kereta Tesla Roadster putih milik adik aku tiada di poarch kereta apabila kereta Adryan memasuki kawasan rumah. Bagus! Biar budak dua orang tu balik rumah papa. Bukannya mummy tak ada dekat rumah. Baik mummy duduk rumah buat kerja dia lagi bagus.
Adik aku pula bukannya tak tahu tentang ini. Sedangkan dia sendiri sejak aku kahwin dengan Adryan selalu jugalah melepak dengan Ayran dekat rumah papa mentua aku. Tambah pula ada si Arran dekat sana, lagilah menjadi budak dua orang tu. Aku membantu Adryan untuk mengangkat barang dapur yang kami beli sebentar tadi. Habis sahaja aku angkat barang, barulah aku nampak kelibat kereta adik aku muncul.
Cepat-cepat aku masuk ke dalam rumah sebelum mengunci pintu utama rumah. Begitu juga dengan semua pintu yang boleh diakses daripada luar. Setelah aku selesai mengunci semua pintu, Adryan memandang pelik ke arah aku. Sebelah keningnya yang diangkat menyebabkan aku terus tergelak. Terus berkerut mukanya. Sah dia fikir bini dia dah gila.
Mendengar bunyi loceng yang bertalu-talu kedengaran dalam rumah kami menyebabkan suami aku juga tergelak setelah itu. Dia faham dah kenapa aku bertindak sedemikian. Aku bergerak ke arah tablet alarm system rumah. Aku hidupkan kamera lalu terpampang muka adik aku dan juga Ayran. Aku membuka mic lalu bersuara.
"Sorry! Both of you are late, boys! "
"Bukak lah setan! Kau nak adik kau demam ke syaiton?'
"Oh~ Kau nak syaiton kan aku dekat sini? Okey, aku tunjukkan syaiton aku! Duduk lah situ sampai sudah!"
"Bala cakap dengan kau ni kak! Cepatlah dah hujan ni!"
"Selagi aku rasa kau layak duduk luar tu, selagi itulah kau merempatlah dekat luar tu!"
Aku tamatkan perbualan kami dengan mematikan kamera. Aku berjalan pula ke arah pintu utama rumah. Aku tunggu hampir sepuluh minit sebelum suami aku mendekati aku. Aku nampak dia pegang tuala dan juga baldi. Tahu dah untuk siapa. Aku buka semula pintu rumah dan suami aku terlebih dahulu mencampakkan tuala ke arah mereka berdua. See? Kami berdua bukannya kejam mana pun. Adryan terlebih dahulu memarahi adiknya sebelum aku memarahi adik aku.
"Lain kali jangan buat perangai, Ayran! Kau ni memalukan aku betul!"
"Lah! Aku pula salah! Ez kau taknak salahkan?!"
"Sama je korang berdua! Ez aku tak adalah nak marahkan sangat sebab dia tu adik Em. Kau tu adik ipar! Sedar diri sikit!"
"Menyakitkan hatilah cakap dengan kau ni along! Tepilah! Aku nak mandi!"
Ayran berjalan laju ke arah bilik tetamu yang berada tidak jauh dengan ruang tamu rumah. Adik aku pun begitu. Dah serupa Hulk dua ekor tu. Yang adik aku pula, aku yakin dia sebenarnya tengah menganjing si Ayran tu. Sebelum sempat dia hendak masuk ke dalam bilik tetamu, Adryan menegurnya menyebabkan adik aku juga seperti Ayran tadi ; memberontak. Payah betul nak kawal budak dua orang ini.
"Kau dah besar, Ez. Tolong berdikari. Jangan harapkan kakak kau selalu. Kalau kakak kau taknak tegur kau, biar aku yang tegur"
"Abang Ryan jangan nak jadi macam papa dekat sini eh! Kakak tak cakap apa pun tahu?!"
Dengan itu dia masuk ke dalam bilik tetamu. Mujurlah dia tak buat perangai dia. Biasanya kalau dia dah memberontak, dia akan hempas pintu. Macam budak kecil kan? Tetapi itulah realitinya. Aku tahu dalam perangai dia itu, ada salah aku juga sebab terlalu manjakan dia. Almaklumlah selepas sahaja arwah ibu meninggal, papa semakin bertambah sibuk sehinggakan adik aku yang masih lagi baru nak membesar ketika itu agak terabai. Aku pula sebagai kakak sulung dia hanya ikutkan sahaja apa yang dia nak.
Aku mendekati Adryan yang agak tercengang apabila Ezrian berkata begitu kepadanya. Aku memeluknya daripada belakang. Dapat aku rasakan yang badan dia mengeras sekejap apabila aku bertindak seperti itu. Dia menyoal perbuatan aku ketika ini.
"I'm sorry from behalf of Ezrian. Dia tak patut cakap macam tu dekat kau. Dia patut ingat yang kau abang ipar dia dan even kalau kita tak kahwin pun, dia memang perlu hormatkan kau disebabkan kau jauh lebih tua daripadanya walaupun cuma beza enam tahun"
"Aku dah cakapkan tadi, signora. Jangan terlalu manjakan dia."
"One day, you will know that story either from me or maybe from my other personality. Aku akan pastikan Ez minta maaf dengan kau sebab dah cakap kasar dengan kau"
Aku turun ke bawah untuk minum air. Aku perasan yang lampu di ruang tamu masih lagi terpasang. Budak dua ekor ni tak tidur lagi ke? Aku melihat waktu pada jam dinding. Sudah pukul 2 pagi. Aku menapak ke ruang tamu lalu aku mengeluh perlahan melihat keadaan budak dua orang itu.
Aku mengambil comforter dan juga bantal di dalam bilik tetamu. Kepala Ayran yang berbantalkan paha adik aku, aku tarik secara perlahan-lahan sebelum aku letakkan kepalanya ke atas bantal. Aku betulkan comforternya setelah itu dan comforter yang aku ambil daripada bilik tetamu aku buka lalu aku selimutkan adik aku.
Budak dua orang tu berkongsi comforter. Tapi bantal, adik aku yang conquer. Remote TV aku capai lalu aku menutup TV yang terpasang sejak kami berempat makan malam. Apa lagi kalau bukan mengambil kesempatan atas kesenangan Adryan dan juga aku. Aku yang cadangkan dekat Adryan pasang Netflix dekat rumah. Kalau ada masa, boleh kami berdua tengok movie. Baca balik ye, kalau ada masa. Jadinya memang adik aku serta adik ipar aku yang guna apabila mereka datang ke sini. Alah bukannya dua orang tu je, hampir semualah.
Aku sempat dengar di hujung telinga aku yang adik aku memanggil aku. Dia ni mengigau ke apa? Aku hanya mendekatinya namun tidak pula aku bersuara. Aku kembali menunduk ke arahnya. Dia bercakap sekali lagi. Ada dua makna sahaja. Sama ada dia memang terjaga daripada tadi tetapi dah nak terlelap pastu dia perasan aku ada dengan diaorang ataupun dia baru je terjaga daripada tidur apabila aku selimutkan dia. Bait-bait kata yang keluar daripada mulutnya menyebabkan aku tersenyum setelah itu.
"Tolong cakap dengan abang Ryan yang aku minta maaf."
"Minta maaf sendiri dengan dia, Ez. Aku bukannya Ryan. Ryan yang akan maafkan kau nanti bukannya aku."
"Kau kan bini dia"
"That's the point. I'm just his wife, Ez. Ask for apology from him by yourself is much better, little brother"
"Okey, fine. Goodnight, big sis"
"Goodnight too, Ez"
Dengan itu aku nampak dia menarik lagi comforternya. Aku hanya tersenyum melihat adik aku. Rambutnya aku raupkan ke belakang sebelum dahinya aku cium sekejap. Apa? Bukannya salah pun. Memang kadang itu aku selalu buat macam ini. Adik aku pun tak kisah.
Aku menapak ke dapur sebelum aku hampir menjerit melihat Adryan yang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar pada pintu peti ais. Kus.. semangat! Aku capai gelas yang terletak di sebelah sinki lalu aku menuju ke arahnya. Dia bergerak ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada aku yang ingin mengambil air.
"Aku dah cakap banyak kali hari ini dengan kau, signora. Jangan manjakan adik kau."
Dengan itu, aku dapat rasakan Isha mahu mengambil alih tubuh badan aku. Aku tidak sempat menahan Isha apabila dia terlebih dahulu keluar untuk mengambil alih badan aku ketika ini. Sah dia dengar perbualan aku dengan Adryan daripada dalam. Maka, sekarang bukannya POV Emilia Ezrina Fayyan tetapi POV Faralisha Andreanna.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...