Aku terkebil-kebil memandang Ezriel yang berada dibawah aku. Namun, suara Adryan yang menyapa sistem pendengaran aku menyebabkan aku cepat-cepat bangun lalu berlari ke luar rumah. Eh kejap. Weh! Aku dahlah tak pakai tudung! Lantaklah!
Aku segera masuk ke dalam kereta Audi Rs6 aku. Oh ya. Aku lupa nak ceritakan yang aku sempat capai kunci kereta semasa sesi kejar-mengejar aku dengan Adryan sebentar tadi. Suami aku sahaja yang tidak perasan. Aku meninggalkan kawasan rumah lalu memandu menuju ke mana sahaja yang aku mahu asalkan aku tak kena paksa mandi dengan ais!
Hampir 20 minit aku memandu mengelilingi bandar. Mujur sahajalah tinted cermin kereta aku yang ini agak gelap. Aku sudahlah tidak bertudung sekarang ini. Aku memicit-micit seketika kening aku yang terasa berdenyut. Berhenti sahaja di traffic light yang berwarna merah, aku perasan Lamborghini Aventador black matte disebelah kanan kereta aku, Mercedes AMG GT63s di belakang kereta aku, Audi R8 aku disebelah kiri aku.
Aku hanya smirk. Ah! Cepat betul buat kerja suami aku itu. Aku segera menekan laju pedal minyak meninggalkan ketiga-tiga kereta yang aku kenali itu. Anak mata aku tajam fokus pada pemanduan. Adryan tidak tahukah yang dia berkahwin dengan wanita yang cukup gila? Aku rasa berapa kali dah aku tunjuk perangai gila aku depan dia.
Skrin display kereta aku yang menunjukkan panggilan daripada suami aku menyebabkan aku semakin menekan lebih kuat pedal minyak. Butang menerima panggilan aku tekan sebelum suara Adryan bergema dalam corong radio kereta.
"Jangan buat kerja gila, Emilia Ezrina Fayyan! Kau demam buat cara demam!"
Aku tekan butang tamat panggilan. Aku malas nak dengar suami aku membebel. Cukuplah Zariq yang bebel dengan aku semasa aku berada di pejabat tadi. Aku lajukan pemanduan aku. Aku pandang Range Rover yang berada di hadapan aku. Ada tiga biji semuanya. Ketiga-tiganya menghala ke arah aku. Aku tekan kuat pedal minyak sebelum anak buah aku yang memandu Range Rover itu menukar jalan.
Mungkin dia sedar yang ketua dia takkan berhenti? Yes! Aku hanya tersenyum kemenangan apabila melihat kesemua kereta yang aku kenali sudah ketinggalan di belakang. Tembakan yang secara tiba-tiba menyebabkan aku melajukan pemanduan aku. Argh! Suami aku pun sibuk nak tunjuk gila dia!
Aku nampak Chevrolet Camaro suami aku memintas kereta aku secara tiba-tiba menyebabkan aku mengelak dengan cepat. Suami aku memang gila! Dia nak mati ke? Sudahlah kelajuan aku melebihi 100km/j. Panggilan daripada suami aku sekali lagi aku angkat. Sebelum sempat dia mengatakan apa-apa kepada aku, aku terlebih dahulu menjerit kepadanya.
"Volevi morire?! [Did you want to die?!]"
"Poi rallenta la macchina, signora! [Then slow down the car, signora!]"
"Aku tak bodoh lagi, Adryan"
"Kau patut tahu anak buah aku dan juga anak buah kau sudah siap sedia nak serang kau apabila mereka terima arahan daripada aku, love"
"Do it then"
"Jangan cabar aku, Ezrina"
"Kenapa? Rasa tercabar ke, Erfan?"
Aku tahu aku tengah cari pasal dengan dia sekarang ini. Apa dia ingat anak buah aku nak dengar cakap dia? Heh! Suami aku ini tahu berangan sahaja. Aku tamatkan panggilan kami apabila aku sudah mendengar suara Adryan merengus kegeraman bergema melalui corong radio kereta aku. Puas hati aku!
Aku meneruskan pemanduan aku. Tembakan demi tembakan menyebabkan aku pula yang merengus kegeraman. Jahanam kereta aku kejap lagi! Mujur sahajalah kereta aku bulletproof. Kalau tidak, mahu meletup kereta aku.
Aku aktifkan mod auto-pilot apabila aku sudah hidupkan peta ke mana yang aku mahu pergi. Aku capai rifle yang ada bawah tempat duduk aku. Aku buka tingkap belah atap kereta sebelum aku melepaskan tembakan kepada anak buah aku. Sesuka hati sahaja dia ikut arahan suami aku!
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...