𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 16

984 54 2
                                    

Emilia masih lagi pelik dengan keadaan sekarang. Bukannya dia cakap dia nak balik ke? Dahtu sekarang apa kehey aku pun kena sekali ni? Pahal aku pulak yang nak kena angkut anak buah aku ni? Dah kenapa keluarga Fayyan yang kena turun padang pula ni?

"Sumpah aku pelik sekarang ni kak"

"Bukannya kau seorang, aku pun. Dah kenapa kita yang terlibat ni? Aku bukannya bini Ryan pun lahai. Yang lagi aku peliknya, ketua mafia tak alert dengan persekitaran dia. Sejak bila Ryan careless? "

"Aku pun tak faham kenapa kita angkut anak buah kau kak. Sekali dengan abang Zariq yang duduk Rusia pun kau angkut"

Emilia mengeluh sambil memandang persekitarannya. Lambat lagi ke anak buah aku ni nak sampai? Zariq masih lagi dalam perjalanan. Membebel bagai mak nenek Zariq tu apabila Emilia menelefonnya memberitahu bahawa Fayyan terlibat dalam hal Raffael sedangkan musuh tu musuh Adryan bukannya Emilia. Yang musuh Adryan tu pun bodoh. Apa dia fikir Emilia tu isteri Adryan ke nak libatkan keluarga Fayyan? Dasar lalat!

"Miss, Tuan Muda"

Suara anak buahnya menyebabkan perhatian Emilia serta Ezrian beralih kepada anak buah mereka yang menegur mereka. Dua beradik itu bangun daripada duduk mencangkung di dalam semak yang berada di kawasan gudang lama itu lalu berjalan menuju ke arah tempat anak buah Emilia berkumpul.

Sabar jap, bagi aku bebel sat. Lame betul musuh ni, eh kejap musuh ke kalau pengacau jalan cerita macam ni? Entahlah lalat mana sesat dalam cerita aku ni ha. Serius aku cakap, lame betul letak ketua mafia tu dekat gudang lama. Letaklah dekat hotel 5 bintang ke dekat resort ke ha barulah kena dengan taraf ketua mafia tu. Ini tak, tempat lapuk tu jugalah dipilihnya.

Tapi bak kata Emilia dengan Ezrian, taste lalat ni tinggi juga. Gudang lama tepi pantai dia pilih. Bunyi deruan ombak yang menenangkan itu sedikit sebanyak dapat meredakan kemarahan dua beradik itu. Berbalik kepada situasi tadi, dua beradik itu memandang Ezriel serta Arran buat seketika. Aku masih lagi tak faham kenapa Fayyan terlibat ni.

"You know the drill right? "

"Manalah I tahu how Fayyan work"

Emilia mengeluh. Lupa yang di hadapan dia sekarang ni adalah keluarga Raffael. Lain keluarga, lain cara mereka bekerja. Emilia memandang ke arah Arran yang jelas wajahnya kelihatan serius di bawah sinaran cahaya bulan. Kenalah serius, dah kalau posisinya sebagai headhunter perlu digunakan sekarang maknanya situasi agak serius.

"I rasa tugas headhunter semua sama. Duduk tempat tinggi then tunggu arahan ketua untuk lepaskan tembakan pada target. So, sementara headhunter I nak sampai sini dalam masa 30 minit lagi, I nak you tolong as headhunter Raffael. "

"Okey. Then nanti headhunter you pulak ke ambik alih? "

"Yes, tapi at the different place. Kita masih tak tahu siapa dia musuh korang, yang I tahu tu musuh Ryan--"

"Musuh Ryan? Then kita tengah selamatkan siapa ni sunshine? "

Emilia memandang Ezrian dengan pandangan kau tak ceritakan lagi ke?. Apabila adiknya dah tersengih-sengih, tahulah dia yang adiknya tak ceritakan lagi perkara sebenar. Emilia mengeluh panjang. Aku ni dahlah tengah tahan senggugut daripada tadi, bawa bala betul adik aku ni. Penatlah aku macam ni nak kena terangkan pula.

"We're about to save Raffael's leader right now, Ar"

"Ryan? Baru je I lepas maki dia sebelum adik you telefon Arran 15 minit yang lepas, sunshine. Nak buat apa selamatkan dia? Eh kejap, kalau nak selamatkan Ryan, tapi kenapa Fayyan yang--"

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now