Terkejut juga aku apabila Adryan dan juga Ayran secara tiba-tiba melepaskan tembakan. Aku hanya memandang sahaja ke arah manusia yang tumbang dihadapan aku dan kemudiannya aku mengalihkan pandangan ke arah Adryan. Tak payah cerita betapa seriusnya muka dia saat ini. Dia hanya menyebut agar aku perlu menumpukan fokus kepada sekeliling aku.
Aku yang mahu bergerak mengikut mereka terhenti apabila aku rasa contraction aku semakin kuat. Aku dah hampir terduduk disitu dan ianya menyebabkan adik aku yang berada di belakang aku menanyakan keadaan aku sama ada aku memerlukan bantuan daripada yang lain ataupun tidak. Namun, belum sempat aku ingin menjawab soalan Ezrian, bunyi seperti orang sedang berlawan yang berada tidak jauh daripada kami menyebabkan aku menolehkan pandangan aku ke arah bunyi tersebut dan nampak Adryan dan juga Ayran sedang menumpaskan anak buah mummy yang muncul. Adryan segera memberikan arahan kepada Zariq untuk turun ke bawah dan digantikan dengan Ezrian sebagai posisi headhunter Fayyan.
"Kau jangan buat kerja gila Adryan!"
Aku berbisik kepadanya yang merapati aku. Adryan hanya memandang ke arah aku dengan muka bekunya. Aku sungguh ni! Dia gila ke nak suruh Zariq tinggalkan posisi headhunter dia sekarang? Dahtu siapa yang nak tolong dia dengan Ayran?
"Aku takkan buat kerja gila kalau kau tak buat kerja gila dulu sayang. Before you ask, you should mirror what you've done first before you asked me signora."
"Je ne te permettrai pas de faire ça mon cher mari. [I won't allow you to do that my dear husband]"
"En ce moment, tu as besoin de te reposer et de me laisser prendre ton fardeau en tant que leader, love.[Right now you need to rest and let me take your burden as a leader, love]"
Aku memandang ke arah Ezrian yang turut menayangkan muka agar aku menyerahkan tugas aku kepada mereka dan biarkan Adryan yang mengetuai mereka. Aku hanya mengeluh sambil menayangkan senyuman kelat kepada Adryan. Adryan menggosok kepala aku dengan perlahan sebelum mencium lembut dahi aku. Tangannya yang mengusap kepala aku berhenti di pipi aku sebelum dia mengusap lembut pipi aku.
"Take care, signora. Wait for me kalau nak bersalin pun. Aku nak jadi tukang sorak kau dalam labour room nanti. Aku pergi dulu. Ayran needs me."
Sebelum dia pergi, sempat aku tarik muka dia untuk melabuhkan ciuman pada bibirnya, seolah-olah aku lupa yang Ezrian dekat sebelah aku dah naik menyampah tengok drama aku dengan Adryan saat ini. Aku lepaskan tautan kami sebelum sempat aku bisik kepadanya. Aku sempat pegang sebelah tangannya sebelum dia berlalu pergi.
"Prenez soin de vous et soyez prudent. Je vais te casser la gueule si tu te blesses.[Take care and be careful. I'll kick your ass if you get hurt.]"
Ya itu yang aku bisik pada Adryan tadi. Silakan nangis sebab lepas ni memang korang akan kerja maki. Astagfirullahaladzim. Aku tak ajar tau korang maki haaa. Jangan nak salahkan aku eh!
"La squadra Delta va ad aiutare il signor Adryan e Ayran. Alpha team per favore aspetta per aiutarli dopo questo. [The Delta team goes to help mr Adryan and Ayran. Alpha team please wait to help them after this.]
"Il suo comando ha ricevuto, signorina. [Your command received, Miss.]"
"Il suo comando ha ricevuto, signorina. [Your command received, Miss.]""Grazie, signora. [Thank you signora]"
Aku menahan contraction yang semakin lama semakin kuat menyebabkan aku secara tidak sengaja menarik kuat rambut adik aku yang masih lagi menunggu ketibaan Zariq untuk menukar posisi dengannya. Berperang jugalah aku dengan adik aku dekat situ sebelum Zariq tiba. Serius aku tak pernah tahu yang sakit nak bersalin macam ini sekali! Arghh!! Taknak dah bersalin lepas ni. Aku nak suruh Adryan pakai protection kalau dia nak tuntut hak dia dekat aku. Serius tak nak dah!!!
YOU ARE READING
Adryan's Signora
عاطفية[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...