𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 56

723 32 2
                                    

Badan Haiyan yang mengeras apabila aku menerpanya jelas menunjukkan yang dia tidak menyangka dengan perbuatan aku ketika ini. Apa? Aku peluk dia eh bukannya aku nak bunuh adik aku sendiri.

"Terima kasih kerana teruskan hidup kau, dik. Aku ingatkan aku dah hilang adik bongsu aku."

"Er.... along tak marah Zarif?"

Aku lepaskan pelukan lalu kepalanya diketuk. Sempat jugalah dia marahkan aku sambil menanyakan kenapa secara tiba-tiba aku memukul kepalanya. Geram aku dengan adik aku yang seorang ini. Aku ingatkan perangai Zaq je hauk, rupanya dia lagi hauk daripada Zaq.

"Hauk betul perangai kau! Lain kali jangan buat macam ni dah. Dah lah. Jom balik."

"Balik mana? Orang ada tugas lagi yang tak selesai ni."

"Tugas apa pulanya? Aku yakin Miss kesayangan kau tu mesti dah cakap dekat kau kan?"

"Taknaklah. Orang taknak jumpa abang Zaq lagi. Nanti lagi teruk abang Zaq mengamuk daripada along. Biarlah dulu. Miss suruh jemput kak Di dekat airport. "

"Diana turun sini?"

Pelik aku. Kenapa pula Diana nak kena turun sini? Diana juga merupakan salah seorang ahli Alpha team Fayyan. Dia bergerak sebagai co-leader kepada Alpha team disebabkan bawah Alpha team ada lebih kurang 10 orang ahli. Lima lelaki, lima perempuan. Rasanya dah boleh dapat tangkap kot lima lelaki itu ketuanya siapa. Em tak pernah campurkan anak buah dia. Sejak dia balik Malaysia dulu, dia buat keputusan untuk rombak balik kesemua team yang ada dalam Fayyan mafia.

Dia cakap dia nak anak buah dia jaga batas juga. Say yeay to that. Yeay! Tapi mangsanya ialah aku. Tapi dia tetap turun padang juga tolong aku ketika itu. Cumanya credit dia hanyalah tiga puluh peratus. Selebihnya aku yang perlu uruskan. Haih... begini lah hidup seorang Muhammad Zariq Haikal bin Muhamad Zahlan sebagai seorang personal assistant kepada Emilia Ezrina Fayyan binti Fayyan Mikael. Kalau Emilia pun dah busy, aku dua kali ganda busy daripada dia.

"Orang gerak dulu lah. Kak Di dah telefon. Bebel pulak makcik tu nanti. Zarif harap along tak bocorkan rahsia ni kepada angah. Nanti tiba masanya, Zarif sendiri jumpa abang Zaq."

Dengan itu adik aku berlalu pergi untuk menjemput Diana. Anak buah Emilia yang menguruskan hal Fayyan di Sepanyol. Aku memulakan langkah untuk bergerak ke rumah keluarga Raffael. Kata Emilia, Adryan mahu kami semua berkumpul untuk makan malam keluarga. Aku hanya ikutkan sahaja. Mercedes AMG GT putih milik aku dihidupkan sebelum aku memandu keluar daripada basement parking menuju ke rumah keluarga Raffael.

Emilia Ezrina Fayyan's POV

Sampai sahaja aku dengan Ezrian ke rumah keluarga Raffael, Adryan menyuruh aku untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum meminta aku untuk turun ke dapur menolongnya masak makanan malam. Sesungguhnya kalau suami aku tak sebut pun, aku tetap akan buat. Badan aku dah melekit.

Naik sahaja ke bilik Adryan di rumah keluarga Raffael, aku melihat notifikasi yang muncul di lockscreen iPhone aku. Aku menekan notifikasi tersebut sebelum aku berfikir setelah melihat notifikasi itu.

Flo
Know what causing your period date late

Aku hanya mengeluh perlahan. Tak perlu. Aku tahu period aku yang datang sekejap dan lambat kali ini disebabkan oleh stres. Aku agak tertekan sejak dua menjak ini. Penat pun ada. Ya lah, masalah utama cerita aku ini masih tidak selesai. Entah bila tahu boleh selesai.

Aku hanya biarkan lalu membersihkan diri. Aku sikat rambut yang sedikit lembap itu sebelum menyarungkan tudung sarung ke kepala aku. Aku teringat akan kejadian dua bulan lepas. Baju tidur yang aku pakai menggunakan material kain yang sama iaitu kain satin. Jangan salahkan aku! Ini sahaja baju tidur yang ada dekat dalam bilik Adryan. Setahu aku, aku tak pernah bawa balik baju tidur yang ini ke rumah keluarga Raffael.

Aku melangkah keluar daripada bilik lalu turun ke dapur untuk menolong suami aku menyiapkan makanan untuk dijamu ketika makan malam nanti. Sampai sahaja dekat ruang tamu, jangan dicerita bagaimana keadaan ruang tamu itu. Lintang pukang! Habis dikerjakan oleh semuanya kecuali Zariq yang kini berjalan ke arah aku apabila dia nampak aku.

"Tolong bagi arahan dekat aku sekarang. Aku dah gian sangat ni."

"Jangan nak mengada-ngada. Pergi mandi sana."

"Kau ni dah sebijik macam ibu! Suka membebel kalau aku tak mandi."

Aku hanya hiraukannnya lalu berjalan pula ke ruang dapur. Aku menyandarkan sebelah badan aku ke dinding pemisah antara ruang meja makan dan juga ruang dapur. Lincah betul suami aku sekarang ini. Nampaklah dia hot dekat situ. Cair sekejap hati aku melihat dia sedang memasak.

"Berapa lama lagi kau nak tenung aku, sayang?"

"Kalau boleh nak tenung selama-lamanya. Tapi tulah, ajal maut tetap kena hadap."

Aku menapak mendekati Adryan yang sudah kejung di situ. Aku mengambil alih pula sudip yang dipegangnya sebelum aku pula yang dimarahinya.

"Jangan cakap pasal mati boleh tak, Ezrina?!"

"Lah. Betul apa. Tambah pula kita punya nyawa selama ini ibarat macam permainan. "

"Kau ni kenapa, love? Tiba-tiba sahaja?"

"Tak ada apa. Aku cuma tak sedar kadang tu setiap momen yang kita lalui boleh jadi momen terakhir untuk kita bersama."

Aku tutup api dapur sebelum mengambil bekas kaca yang telah Adryan sediakan di atas meja makan sebelum mengaut semua kuah dan juga ikan yang dimasaknya. Apa? Ingat mafia tak makan ikan ke? Aku tak hingin makan steak untuk dinner malam ini. Jadinya Adryan yang kerja separuh hari pada hari ini telah aku kerahkan untuk beli ikan dekat pasar raya. Pada mulanya dia menyuruh aku katanya sebab dia malas. Last-last aku ugut dia dengan projek yang sedang dia usahakan sekarang ini.

Sebenarnya, ayat yang aku cakap dekat dia tadi itu merupakan hint secara tersirat kepada bom yang akan aku letopkan kepadanya nanti. Aku tak tahu bila nak turunkan bom itu tetapi sekarang bukan masanya. Walaupun Zariq ada cakap sepatutnya sekaranglah letopkan bom itu disebabkan big boss of the chaos hanya diam sahaja ketika ini. Masa ini sesuai untuk bangunkan syaitan dalam badan Adryan bak kata Zariq. Tapi aku tegah. Aku nak tunggu dahulu.

Aku menyurub Adryan untuk memanggil yang lain ke meja makan sekarang memandangkan sudah masuk waktu makan malam. Hari ini masa untuk kami semua meluangkan masa bersama. Masing-masing terlalu sibuk dengan urusan pejabat sehinggakan aku hanya jumpa Adryan ketika aku cuti ataupun ketika dia cuti. Kalau tidak, bangun subuh kemudian sarapan bersama then gerak ke pejabat masing-masing. Aku dah masuk alam mimpi pun belum tentu Adryan dah balik. Begitu juga dengan aku. Jadinya Adryan ambil pendekatan ini untuk meluangkan masa bersama-sama.

"I saja nak tanya you ni, Em."

"Tanya jelah."

"Taknak bagi kitaorang anak buah?"

Aku dengan Adryan sama-sama tersedak mendengar soalan daripada Zaquan. Sudahnya aku berebut air dengan Adryan. Padahal air depan mata, aku hanya capai yang mana dekat dengan aku. Adryan pula minum air Zariq menyebabkan Zariq memukul bahu suami aku.

"Korang berdua dah kenapa?"

"Dah. Jangan nak tanya soalan tu dah. Tutup kes tentang anak buah."

Aku bersyukur setelah itu mereka hanya diamkan diri dan mengubah topik lain. Aku pula dalam hati pernah juga terdetik aku ni boleh mengandung ke tidak. Biasalah. Aku pun homo sapiens yang memegang kromosom XX. Aku pun overthinking juga.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now