𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 25

994 44 2
                                    

"Aku tahu kau gila tapi jangan melebih sangat tunjuk yang kau tu gila!"

"Aku cuma tunaikan apa yang kembar kau nak sangat aku buat! Apa kau fikir aku ni teringin ke nak kahwin dengan kau?"

Adryan terdiam. Ezriel yang suruh Emilia kahwin dengan dia? Argh! Penyakit gila Emilia sudah berjangkit dekat kembar dia! Dua-dua dah gila!

"Ar suruh? Apa maksud kau?"

Emilia memeluk tubuhnya sambil bersandar pada pintu peti ais. Bahunya diangkat tanda dia tidak mengetahui tujuan sebenar Ezriel menyuruhnya kahwin dengan Adryan. Zariq yang baru sahaja masuk ke ruang dapur perasan dengan suasana tegang yang berpunca daripada dua orang itu.

Sebelah keningnya diangkat sebagai tanda tanya mengapa Adryan berada di sini. Emilia hanya merenungnya. Zariq yang faham akan pandangan Emilia hanya menganggukkan kepalanya. Okey, faham. Terus tak jadi dia hendak memberitahu tentang misi mereka di Malaysia.

"Then? Sekarang apa jadi?"

"Kita kahwin lah apa lagi"

Hampir sahaja gelas yang berada di hadapannya mahu dibaling ke arah gadis itu. Geram! Boleh dia jawab macam tu je? Dia fikir kahwin ni benda yang boleh dibuat main ke? Rambut hitamnya diramas kasar setelah itu.

Emilia hanya mengekalkan sahaja ekspresi wajahnya yang tidak berperasaan itu. Aku bukannya ada nafsu nak kahwin even dengan Ar. Kalau kau tanya kenapa? Sebabnya perasaan nak kahwin tu dah mati masa Ar batalkan majlis nikah kitaorang. Kalau kau suruh aku jujur perasaan aku sekarang, aku akan jawab aku tak rasa apa-apa sebab aku malas nak fikir tentang perasaan ni semua. Penat!

"Kau tahu tak kahwin ni bukannya benda main, Emilia? Cara kau sekarang ni macam kau anggap perkahwinan itu suatu perkara yang boleh dibuat main"

"Tahu"

Tercengang Adryan dibuatnya. Emilia ni dah kenapa? Dah kalau tahu kenapa disuruhnya mummy buat juga majlis? Eh peliklah aku!

"Aku tahu kau banyak benda nak tanya aku tapi tolong simpan dulu. Aku tahu kalau kita berdua kahwin, dunia bakal kiamat. Sebab apa? Dua-dua tak reti nak mengalah, dua-dua keras kepala, degil. Aku tahu semua tu, Ryan. Buat masa sekarang anggap je lah yang memang kita berjodoh dan aku tak ada jodoh dengan kembar kau"

"Aku taknak, Em. Kenapa kau buat kerja gila?"

"Macam aku cakap, aku cuma tunaikan apa kembar kau nak sangat. Bukannya kau sorang kena pressure, Ryan. Aku kena pressure dengan mummy kau okey lagi. Tapi apa perasaan kau kalau kau ada girlfriend tapi girlfriend kau suruh kau kahwin dengan kawan baik dia sendiri?"

Adryan terdiam sekali lagi. Tak tahu pula dia yang kembarnya yang memaksa Emilia untuk kahwin dengan dia. Mungkin sebab sudah tidak tahan atau mungkin sebab geram makanya Emilia pun setuju untuk kahwin dengan dia.

"Kau taknak balik rumah kau ke? Ni dah pukul 12:30, Ryan"

Adryan memandang ke arah Emilia yang jelas kepenatan lalu dia bangun daripada kerusi makan yang dia duduk. Emilia hanya melihat sahaja Adryan yang berjalan ke arahnya.

Adryan menunduk sedikit supaya tingginya sama dengan Emilia yang sedikit rendah daripadanya. Dipandang tepat anak mata gadis itu lalu didekatkan sedikit wajahnya dengan wajah Emilia.

"Se sei sicuro della tua decisione, allora suppongo che dovresti prepararti, mia futura moglie [If you are sure of your decision, then I suppose you should prepare yourself, my future wife]"

Adryan merenung semula ke arah anak mata Emilia yang sedikit pun tidak gentar dnegan tindakannya namun sebaliknya yang berlaku. Emilia smirk weh! Kini, giliran gadis itu pula untuk mendekatkan wajahnya dengan wajah Adryan.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now