𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 30

1K 46 2
                                    

Percayalah. Aku memang tak keluar pun daripada kolam tu walaupun aku dah start rasa nak mengigil kesejukan. Apabila saat aku dah buat keputusan nak keluar sahaja daripada kolam ini, aku nampak suami aku menghampiri aku. Semakin lama, semakin jelas bayangannya.

Adryan hulurkan tangannya untuk aku supaya aku dapat naikkan badan aku semula ke daratan. Naik sahaja aku ke daratan, terus Adryan balutkan aku dengan tuala mandi aku. Aku baru perasan yang badan aku sudah kelihatan lekuk disebabkan baju aku melekat pada kulit. Belum sempat aku nak berjalan ke dalam rumah, Adryan kembali dukung aku.

"Jangan nak protes dah. Aku buat sebab kau tu isteri aku. Dosa kau, aku yang tanggung. Jadi, jangan harap aku nak bagi anak buah kau tengok badan kau, signora"

Kalau kau tanya apa aku rasa sekarang? Aku rasa beruntung dan juga terharu sangat. Mungkin sesetengah orang rasa biasa sahaja dan menyatakan Adryan hanya mengatakan perkara yang benar. Bagi aku, aku terharu. Adryan jaga aurat aku dengan baik. Masa aku bercinta dengan Ar, zaman jahiliah aku dahulu, Ar tak pernah nak tegur suruh aku pakai tudung. I means Ar tak pernah buat semua itu.

Sekali lagi, mungkin bagi orang lain, biasa sahaja. Baru boyfriend, kenapa nak kena jaga aurat kau pula sedangkan hubungan pun masih lagi haram? Bagi aku, boyfriend atau tidak, tanggungjawab kau sebagai satu umat Islam untuk tegur kalau perempuan tu tak tutup aurat. Apatah lagi kalau orang tu rapat dengan kau. At least bila kau dah tegur, tanggungjawab kau dah lepas dekat akhirat nanti.

Mesti korang terfikir. Ar tak pernah langsung ke tegur aku dulu? Jawapannya ya. Ar memang tak pernah tegur. Mungkin bagi dia or actually bagi aku sendiri, topik agama especially tentang aurat ni, isu yang sensitif. Mungkin dia tak tegur sebab tak mahu aku terasa hati? Ya lah, aku dulu teramatlah jahil ya. Solat pun lompong. Tapi alhamdulillah sekarang aku dah okey. Aku terfikir.

Adakah ini apa yang orang selalu cakap? Bila kau bersama dengan orang yang tepat, diri kau akan terjaga daripada semua aspek. Aku punya mental je tak berapa nak terjaga kalau dengan Adryan ni. Tapi sejujurnya, semua benda terjaga bila aku dah kahwin dengan Adryan. Ibu pun perasan tentang ini. Ibu siap puji aku lagi yang aku nampak makin cantik, makin berseri-seri bila tutup aurat dengan sempurna. Aku tak adalah pakai handsock apa semua lagi. Aku cuma try labuhkan tudung dahulu.

Nak tahu sebab apa? Sebab Adryan tegur sebelum kitaorang nikah dulu. Adryan siap cakap dekat aku, "Pastikan bila kau dah jadi isteri aku, tudung kau labuh bawah dada." Ya aku tahu, kita buat sesuatu kerana Allah. Aku memang buat kerana Allah dan dalam masa yang sama aku niat sebab aku nak jaga aurat untuk Adryan. Aku taknak lah jadi isteri yang sumbat suami sendiri dekat neraka nanti.

Dan, itulah yang terjadi pada hari nikah kami sehinggalah sekarang. Adryan tak paksa aku pakai handsock, stoking, berpurdah apa semua. Dia cuma cakap labuhkan tudung dahulu. Itu yang penting. Pakaian aku tidak ada masalah disebabkan aku memang pakai pakaian longgar even masa aku tak pakai tudung dahulu pun sama sahaja pakaian aku dengan sekarang.

"Yang kau nangis kenapa?"

Aku tersedar daripada monolog dalaman aku sendiri apabila suara Adryan menyapa sistem pendengaran aku. Aku baru perasan yang nangis. Aku lap air mata aku cepat-cepat sebelum aku tundukkan muka aku apabila aku perasan yang jarak antara muka aku dengan Adryan teramatlah rapat. Jantung aku pun satu! Relax tak boleh ek?

Tangan Adryan naik mencengkam lembut dagu aku supaya aku kembali pandang muka dia. Ya Allah! Jantung aku dah tak betul ni! Aku baru perasan yang kami berdua berada dalam bilik air dalam bilik tidur aku. Mana nak perasan kalau sibuk berbicara dalaman hati gituh. Adryan berdiri di hadapan aku manakala aku menghadap dia sambil duduk di atas singki.

"Aku tanya kau ni, signora"

"Tak ada apa"

"Tak ada apanya kalau kau tiba-tiba menangis? Nak katakan aku kasar dengan kau? Kau buka baju pun tak lagi"

Okey, kali ini aku kena betulkan balik ayat dia sebab ayat dia boleh menimbulkan salah faham. Kitaorang bukannya nak making love eh! Tolong jangan salah faham! Bahaya betul ayat suami aku ni.

"Tak adalah. Aku cuma terharu bila kau cakap macam tu. Terima kasih kerana jaga aurat aku."

Aku tuturkan terima kasih itu dengan ikhlas hati sambil pandang anak mata hitamnya. Siap pakej senyuman dan juga aku peluk dia lagi. Dapat aku rasakan badan Adryan mengeras seketika apabila aku tiba-tiba sahaja menariknya ke dalam dakapan aku sebelum dia turut membalas pelukan aku. Kepala aku terasa berat sekejap apabila dia merehatkan dagunya ke atas kepala aku. Nampak tak yang aku ni masih lagi pendek daripada dia walaupun dah duduk atas sinki ni?

"Kalau aku tak tegur, suami jenis apa aku ni, signora? Memang kita gila kahwin macam itu je, tetapi itu tak bermakna aku tak ada rasa tanggungjawab untuk galas semua tu sebagai seorang suami, wife."

Adryan lepaskan pelukan antara kami berdua. Beginilah kami sejak kahwin 3 hari lepas. Ada masa kami baik, ada masa kami bergaduh. Tunggulah episod akan datang. Aku syak kitaorang gaduh nanti.

"Cabut baju kau. Kau tu dah kesejukkan dah"

Aku pandang Adryan, Adryan pandang aku. Aku angkat sebelah kening aku, dia juga begitu. Aku rasa tangan aku gatal nak menampar orang sekarang atau lebih tepat sebenarnya suami aku ni ha. Dah apa kehey aku kena buka baju depan dia? Sebelum korang tanya, meh aku cakap. Aku tak pernah disentuh lagi oleh suami aku. Dah, jangan tanya dah.

"Jangan sampai aku yang cabutkan. Lain yang jadi nanti, darling"

Menyempat dia jadi pervert dekat sini! Aku jeling tajam ke arahnya. Sabar jelah! Aku cabut tudung dan segala pakaian aku sambil mata renung tajam suami aku. Ya, aku memang tak lepas renung dia even masa aku cabut baju. Mujur sahajalah tidak terbit sedikit pun pervert dia apabila aku renung mata dia.

Apabila aku hendak tunduk untuk cabut seluar yang aku pakai, aku mendesis kesakitan. Damn! Perit weh! Aku kembali tegakkan badan aku dan apa yang aku tak sangka adalah suami aku yang tolong cabutkan seluar aku. Maka tinggal lah aku dengan hanya berpakaian dalam jenis sukan.

Aku perasan yang dia kepalkan tangannya di sisi. Apabila aku naik untuk pandang wajahnya, sejujurnya aku cakap eh. Aku takut buat seketika. Seram weh! Tajam betul dia pandang aku or actually dia pandang badan aku. Mata aku juga turun memandang ke arah yang dipandang oleh suami aku. Terbeliak mata aku apabila melihat sisi badan aku biru! Lebam weh! No wonderlah perit yang amat tadi.

"Ucciderò quel bastardo! [I'll kill that bastard!]"

Mungkin Adryan sedar yang aku masih lagi wujud depan dia maka dia beralih pandang ke arah mata aku pula. Sekali lagi aku terkebil-kebil jadinya. Aku ingatkan selama ini aku seorang sahaja yang tidak boleh diramal perangainya. Itu apa yang dikatakan oleh ramai orang lah. Rupanya, suami aku pun sama sahaja. Now, let me unofficially say this.

Introducing to you, your craziest couple.

Hi! Assalamualaikum. Aku tahu lama dah aku berdiam diri. Pernah dengar writer's block? Ha itu yang terjadi kepada aku sepanjang aku hilang sekejap ini. Maka aku comeback dengan double chapter kali ini. Maaf buat yang tertunggu. Oh ya, aku lupa nak beritahu. Kemungkinan penulisan aku selepas ini akan ditulis mengikut POV Emilia. Majoritinya akan ditulis mengikut POV dia lah. Kalau ada 3rd person POV pun korang boleh perasan sendiri.

Sneak peak untuk episode akan datang : officially introducing to you, your craziest couple.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now